06/10/2013
Teringat kata-kata Dr Azizan Osman pagi tadi ketika saya berbual dengan beliau," orang melayu nie,PENAKUT!!"
Tersentap juga saya dibuatnya,namun itu lah hakikatnya masya"karat" kita yang terlalu takut nak kaya melalui perniagaan. Jangan katakan kaya,nak tulis IMPIAN pun takut..
ps: siapa yang mahu FREE coaching bersama saya,share post ini dan share yang ke-300 akan terpilih..:)
THE POWER OF WRITING
Semua orang s**a berangan, termasuk saya. Tak salah berangan, percuma p**a tu. Tapi yang salahnya kerana kita tak tulis apa yang kita impikan tu. Rugi besar tau!
Penting sebenarnya menulis ni. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang ambil mudah malas nak tulis-tulis ni. Leceh la, buang masa la. Haa… baguslah tangguh-tangguh urusan tu..
Ilmu ini ditekankan oleh mentor kesayangan saya, Dr. Azizan Osman. Tulis matlamat dan impian kita dengan jelas dan spesifik. Yang kita tulis semua itukan doa.
Kenapa kena spesifik? Supaya kita jelas dengan apa yang kita impikan dan kita fokus dengan jelas apa yang kita tulis tu.
Analogi mudahnya, jika anda di restoran mamak dan order The O Ais kurang manis, tambah ais, bungkus ikat tepi. Adakah anda yakin yang mamak tu akan bagi seperti yang anda order tu? Atau dia bancuh sahaja teh ais tu dan suruh anda bungkus sendiri? Mestilah dia akan bagi seperti yang kita order tu kan?
Kalau dengan mamak kita boleh yakin yang kita dapat apa yang kita order tu sebijik sebijik, kenapa dengan Allah kita tak yakin p**ak??
Macam tu jugak la nak berdoa, nak menulis ni. Sebab tu lah kena jelas dan spesifik!
Saya telah menulis impian saya sewaktu di IMKK, 7 bulan yang lalu tentang apa yang telah berlaku hari ini. Salah satu antara apa yang saya tulis ialah saya telah ditemu ramah dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 pagi tadi bersama mentor saya, Dr. Azizan Osman. Saya juga tulis yang saya telah memeluk mentor kesayangan saya, dan dapat berbual dengannya personal! Alhamdulillah, dengan izin Allah, apa yang saya tulis 7 bulan lalu benar-benar berlaku sekarang!
Nak tahu apa yang saya tulis lagi? Saya telah menulis yang saya telah mendapat liputan paparan akhbar tentang kejayaan yang saya kecapi. Saya telah menulis yang saya telah menjadi Jutawan sebelum umur 25 tahun! Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar. Dengan izin Allah yang Maha Kuasa, Allah izinkan apa yang saya tulis dahulu menjadi kenyataan.
Anda seronok tak jika apa yang ada tulis itu menjadi kenyataan, satu demi satu ‘wish list’ anda ‘approved’?
Adakah anda telah menulis matlamat dan impian anda? Jika belum, cepat-cepat tulis. Fast action, fast result!
Siapa nak tahu lagi tips seterusnya, share status ini dan orang yang share dan komen paling kreatife,saya akan berikan free coaching.. =)