Ronald McDonald House Charities Malaysia

Ronald McDonald House Charities Malaysia Non-profit organisation established in 1990 to create, find & support programs that directly improve
(2)

Keluarga bukan sekadar peneman, tetapi kekuatan untuk anak-anak pulih. RMHC memastikan keluarga dengan anak yang sakit t...
15/05/2026

Keluarga bukan sekadar peneman, tetapi kekuatan untuk anak-anak pulih.

RMHC memastikan keluarga dengan anak yang sakit tidak perlu bermalam di ruang menunggu. Kami sediakan kediaman sementara untuk mereka berdekatan hospital. Sempena Hari Keluarga Sedunia, kami jemput semua untuk bersama membantu lebih ramai keluarga untuk kekal bersama.

29/04/2026

Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah menganjurkan Program Santuni Syawal bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bagi meraikan keluarga Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Pakar USM (HPUSM), Kelantan dalam suasana penuh kemeriahan ❤️

Sebagai tanda ingatan, para keluarga menerima sumbangan duit raya, kotak rezeki, serta menikmati jamuan raya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil - wakil dari RMHC, TKHM dan HPUSM yang bersama-sama menyantuni keluarga dan meraikan raya bersama.

Terima kasih kepada semua yang hadir menyerikan majlis.


27/04/2026
Di sebalik Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald. Bilik terapi sensori ialah ruang khas yang direka untuk membantu kanak-...
23/04/2026

Di sebalik Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald.

Bilik terapi sensori ialah ruang khas yang direka untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas belajar, bermain dan berkembang dengan lebih selesa.

Di RMHC Malaysia, kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk berkembang dengan cara mereka sendiri.

Sempena Bulan Kesedaran Autisme, sama-sama kita sokong dan fahami keperluan setiap anak istimewa 💙

09/04/2026
Sabtu lepas, RMHC Malaysia berpeluang berkongsi momen istimewa bersama keluarga Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku ...
18/03/2026

Sabtu lepas, RMHC Malaysia berpeluang berkongsi momen istimewa bersama keluarga Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah, KL dalam majlis iftar yang penuh bermakna. 🌙

Bukan sekadar berbuka puasa bersama, majlis ini turut diserikan dengan sambutan hari jadi anak-anak Rumah Ronald McDonald, solat berjemaah, doa selamat serta sesi tazkirah.

Semoga kebersamaan ini dapat membawa sedikit kegembiraan dan senyuman buat mereka❤️

18/03/2026

Sempena Ramadan yang mulia ini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah menganjurkan sebuah majlis iftar di Masjid Prima Saujana, Kajang bersama kanak-kanak dari rumah rumah anak yatim yang berdekatan.

Dalam majlis yang sama juga, sumbangan duit raya turut diberikan kepada kanak-kanak ini bagi meringankan beban mereka. Terima kasih kepada semua yang hadir menyerikan majlis ini.

Baru-baru ini, Rumah Ronald McDonald di Hospital Pakar USM, Kelantan diserikan dengan Majlis Ihya’ Ramadan untuk menyamb...
10/03/2026

Baru-baru ini, Rumah Ronald McDonald di Hospital Pakar USM, Kelantan diserikan dengan Majlis Ihya’ Ramadan untuk menyambut keluarga pesakit pediatrik yang menetap di sana.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan suasana, termasuk penyampaian zakat kepada keluarga yang memerlukan, agihan duit raya untuk kanak-kanak serta keceriaan bermain bunga api.

Semoga Ramadan ini membawa senyuman dan kekuatan buat mereka.

Baru-baru ini, RMHC Malaysia dengan kerjasama Lions Club of KL North telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang penuh ...
04/03/2026

Baru-baru ini, RMHC Malaysia dengan kerjasama Lions Club of KL North telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang penuh kemeriahan dan keberkatan bersama keluarga RMH di HCTM UKM.

Program ini bukan sahaja sesi iftar bersama, malah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain bunga api dan sesi sumbangan duit raya dan hamper.

Majlis ini dianjurkan untuk mengukuhkan semangat kebersamaan antara RMHC dan keluarga yang menetap di sini. Salam Ramadan semua ✨

07/02/2026

Di Rumah Ronald McDonald (RMH) Hospital Pakar USM Kelantan, keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di hospital berdekatan boleh menikmati penginapan sementara seakan di rumah sendiri.

Dengan pelbagai fasiliti yang tersedia, RMH menyediakan persekitaran yang selesa agar keluarga dapat berehat dan bersama anak-anak mereka sepanjang perjalanan rawatan mereka.

Ketahui bagaimana RMHC Malaysia membantu menyinari masa depan kanak-kanak di rmhc-malaysia.my


Address

Level 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3, No 3, Jalan SS21/39
Petaling Jaya
47400

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00

Telephone

60378433388

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ronald McDonald House Charities Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ronald McDonald House Charities Malaysia:

Share