14/10/2026
SESI KHAS PASCA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027 DAN PELANCARAN APLIKASI MYRESQ
Universiti Malaya (UM) hari ini sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Sesi Khas Pasca Pembentangan Belanjawan 2027 dan Pelancaran Aplikasi MyResQ
di Dewan Tunku Canselor. UM
Dalam pada itu, Persatuan Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas turut dijemput hadir bagi menyertai dan menjayakan sesi penuh bermakna ini.
• Ucaptama Khas: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Dr. Shamsul Azri Abu Bakar menekankan
kepentingan reformasi budaya kerja perkhidmatan
awam melalui kecekapan, akauntabiliti, dan
keberhasilan impak buat rakyat.
• Taklimat Belanjawan: Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican
memperincikan hala tuju Belanjawan MADANI 2027.
• Inovasi Komuniti: Pelancaran aplikasi MyResQ (hasil
inovasi pakar kecemasan PPUM )yang
menghubungkan penyelamat CPR terlatih
dengan mangsa kecemasan jantung berhampiran
untuk respons awal yang lebih pantas.
Kehadiran persatuan PERSAS dalam program berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan warga pentadbiran dan ikhtisas dalam menyokong agenda pembangunan negara dan pemerkasaan perkhidmatan awam yang cemerlang khasnya mewakili pegawai di PPUM.
Syabas Universiti Malaya kerana terus memimpin institusi ilmu yang memberi impak nyata kepada masyarakat!