KRT Flat Taman Maju Jaya

Call Directions Contact the organization

KRT Flat Taman Maju Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Flat Taman Maju Jaya, Community Organization, Petaling Jaya.

Salam Takziah Dari Warga KRT Flat Taman Maju Jaya.Al-Fatihah
28/09/2026

Salam Takziah Dari Warga KRT Flat Taman Maju Jaya.
Al-Fatihah

Maklumat Aktiviti KRT/SRS 2026Nama KRT/SRS:KRT Flat Taman Maju JayaNama Aktiviti/Program: Ziarah Kasih Pn Norazila Yunus...
27/09/2026

Maklumat Aktiviti KRT/SRS 2026

Nama KRT/SRS:
KRT Flat Taman Maju Jaya

Nama Aktiviti/Program: Ziarah Kasih Pn Norazila Yunus

Anjuran:
KRT Flat Taman Maju Jaya

Tarikh:
27-09-2026 (Ahad)

Masa:
5.0 petang

Tempat:
Block C, Taman Maju Jaya

Perasmi:
Pengerusi KRT Flat Taman Maju Jaya

Pengisian Aktiviti:

1) Kunjungan dan bertanya khabar
Menyantuni AJK KRT serta bertanya khabar keadaannya selepas menjalani pembedahan.

2) Sesi ramah mesra berbual secara santai untuk memberi sokongan moral, semangat dan mengeratkan hubungan silaturahim.

3) Menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang.

4) Kata2 semangat dan doa, agar beliau diberikan kesembuhan, dioermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti biasa.

Kehadiran:

Jumlah Kehadiran:
9 orang

Pecahan Peserta:
Melayu, Cina dan India

Laporan oleh
Nama: Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT Flat Taman Maju Jaya






Sukacita dimaklumkan bahawa Ybrs. Tuan Burhanuddin bin Haji DaudPengarah Perpaduan Negeri Selangor telah bertukar keluar...
17/09/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Ybrs. Tuan Burhanuddin bin Haji Daud
Pengarah Perpaduan Negeri Selangor telah bertukar keluar ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 1 September 2026.

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA
mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau selama ini.

๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ







KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, PETALING JAYA, SELANGOR|25 AUG 2026LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUL RASULAnjuran:KRT Taman Ma...
25/08/2026

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, PETALING JAYA, SELANGOR|25 AUG 2026

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Anjuran:
KRT Taman Maju Jaya & Surau Al-Falah, Taman Maju Jaya

Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Surau Al-Falah, Flat Taman Maju Jaya, Petaling Jaya

Di Rasmikan Oleh:

En. Ahmad Akhir Pawan Chik (Ahli Majlis Zon 18)

Pengisian Program:

Antara pengisian dan aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1. Perarakan Sambutan Maulidul Rasul.
2. Sarapan pagi bersama para peserta.
3. Persembahan kanak-kanak.
4. Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Azman.
5. Jamuan makan tengah hari.

Objectif Program:

1. Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW.
2. Menghayati akhlak serta sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
3. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Taman Maju Jaya.
4. Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kejiranan dalam komuniti.
5. Menggalakkan penglibatan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

ULASAN PROGRAM

Program Sambutan Maulidul Rasul telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program dimulakan dengan perarakan Maulidul Rasul yang disertai oleh penduduk pelbagai peringkat umur. Para peserta bersama-sama berselawat dan menghayati suasana sambutan dengan penuh semangat serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Program diteruskan dengan sarapan pagi, persembahan kanak-kanak dan ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Azman. Para peserta kemudiannya menikmati jamuan makan tengah hari bersama-sama.

Kerjasama antara KRT Taman Maju Jaya, Surau Al-Falah dan penduduk setempat telah menjadikan program ini satu wadah yang baik dalam mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kejiranan serta memperkukuhkan hubungan antara komuniti.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Sambutan Maulidul Rasul telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk masyarakat yang lebih bersatu, prihatin dan menghayati ajaran serta akhlak Rasulullah SAW.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€

Kehadiran
179 orang

Laporan disediakan oleh:
Khatijah Abdullah
Setiausaha
KRT Taman Maju Jaya

KEHADIRAN

179 orang

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA PETALING, DAERAH PETALING JAYASELANGOR|21 AUG 2026|TAMAN MAJU JAYALAPORAN AKTIVITI KRTNama Prog...
21/08/2026

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA PETALING, DAERAH PETALING JAYASELANGOR|21 AUG 2026|TAMAN MAJU JAYA

LAPORAN AKTIVITI KRT

Nama Program:
Ziarah Kasih KRT

Tarikh:
21 Ogos 2026 (Jumaat)

Aktiviti:
Program Ziarah Kasih KRT telah dilaksanakan dengan menziarahi beberapa buah rumah penduduk bagi menyampaikan sokongan, keprihatinan dan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

1. Blok B โ€“ Encik Najib
Kunjungan ziarah telah diadakan ke rumah Encik Najib dan pasangannya yang baru selesai menjalani pembedahan.

Sedikit sumbangan turut disampaikan kepada pasangan suami isteri berkenaan sebagai tanda prihatin dan sokongan daripada pihak KRT.

2. Blok C
Puan Maria
Ziarah kasih turut diteruskan ke rumah Puan Maria yang baru kehilangan suami akibat komplikasi penyakit strok.

Kunjungan ini bertujuan memberikan sokongan moral, mengucapkan takziah serta menyampaikan sedikit tanda keprihatinan kepada Puan Maria dan keluarga.

Kesimpulan:
Program Ziarah Kasih KRT ini merupakan salah satu usaha KRT dalam memupuk semangat prihatin, kebersamaan dan saling membantu dalam kalangan komuniti. Semoga sumbangan kecil yang diberikan dapat memberi sedikit kekuatan dan manfaat kepada keluarga yang diziarahi.

Al-Fatihah buat arwah suami Puan Maria. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kehadiran
12 orang

Laporan disediakan oleh
Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT






*Maklumat Aktiviti  KRT/SRS 2026*Nama KRT/SRS: *KRT Flat Taman Maju Jaya*Nama Aktiviti/Program: *Mesyuarat AJK Bil 6/202...
03/08/2026

*Maklumat Aktiviti KRT/SRS 2026*

Nama KRT/SRS:
*KRT Flat Taman Maju Jaya*

Nama Aktiviti/Program: *Mesyuarat AJK Bil 6/2026*

Anjuran : *KRT Flat Taman Maju Jaya*

Tarikh: *03-08-2026 (Isnin)*

Masa: *9.0 malam*

Tempat:
*Surau Al Falah Taman Maju Jaya*

Perasmi : TIADA

Agenda Mesyuarat:

1) Post Mortem Program Yang Lalu.

2) Perancangan Program Sambutan Kemerdekaan

3) Program Sambutan Maulidul Rasul

4) Program Gotong Royong Perdana

5) Program Tahunan Sukaneka

6) Program Sambutan Hari Lahir AJK Jul-Dec

7) Penyata Kewangan

8) Lain-lain hal

9) Penanguhan Mesyuarat, Jamuan Ringan, Bersurai.

Kehadiran :
Pengerusi

Jumlah Kehadiran : *14 orang.*

*Laporan oleh*
Nama: Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT Flat Taman Maju Jaya

Maklumat Aktiviti KRT/SRS 2026Nama KRT/SRS:KRT Flat Taman Maju JayaNama Aktiviti/Program:Ziarah Kasih Jiran TetanggaAnju...
02/08/2026

Maklumat Aktiviti KRT/SRS 2026

Nama KRT/SRS:
KRT Flat Taman Maju Jaya

Nama Aktiviti/Program:
Ziarah Kasih Jiran Tetangga

Anjuran:
KRT Flat Taman Maju Jaya

Tarikh:
02-08-2026 (Ahad)

Masa:
5.00 petang

Tempat:
Blok A, B dan C, Taman Maju Jaya

Perasmi:
Tiada

Pengisian Aktiviti:

- Ziarah kasih dan bertanya khabar penduduk.
- Menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penerima yang diziarahi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan KRT.
- Beramah mesra serta mengeratkan hubungan silaturahim antara AJK KRT dan penduduk setempat.

Kehadiran:

- Pengerusi dan barisan AJK

Jumlah Kehadiran:
7 orang

Pecahan Peserta:
Melayu, Cina dan India

Laporan oleh
Nama: Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT Flat Taman Maju Jaya



Rakan Perpaduan Petaling

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 3 JUL 2026 | RESTORAN UAK PJCC TAMAN MEDANPROGRAM SAMBUTAN...
03/07/2026

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 3 JUL 2026 | RESTORAN UAK PJCC TAMAN MEDAN

PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR AJK KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA
LAHIR JAN-JUN

Kehadiran

25 orang







KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 25 JUN 2026 | RESTORAN MAMA SAYANG, TANAN MAJU JAYAMAKAN M...
25/06/2026

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 25 JUN 2026 | RESTORAN MAMA SAYANG, TANAN MAJU JAYA

MAKAN MALAM MERAIKAN KEJAYAAN KONTIJEN PERARAKAN KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA

Kehadiran

60 orang

Laporan disediakan oleh

Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT Flat Taman Maju Jaya.







KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 24 JUN 2026 | SURAU AL FALAH TAMAN MAJU JAYAMESYUARAT AJK ...
24/06/2026

KRT FLAT TAMAN MAJU JAYA, DAERAH PETALING , NEGERI SELANGOR | 24 JUN 2026 | SURAU AL FALAH TAMAN MAJU JAYA

MESYUARAT AJK BIL 5/2026

Agenda Mesyuarat:

1) Ucapan alu-aluan pengacara majlis

2) Bacaan Doa

4) Ucapan Pengerusi KRT

5) Perbincangan Agihan Hadiah Program Sambutan Ulang Tahun MBPJ

6) Menentukan Tarikh, Masa dan tempat sambutan hari lahir AJK lahir Jan-Jun

7) Lain-lain hal

8) Penyata kewangan

9) Sesi bergambar

10) Jamuan ringan dan bersurai

Kehadiran

16 orang AJK

Laporan disediakan oleh

Khatijah Abdullah
Setiausaha KRT Flat Taman Maju Jaya.







Address

Petaling Jaya

Telephone

+60176574157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Flat Taman Maju Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Flat Taman Maju Jaya:

Shortcuts

Share