19/04/2026
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan komitmen penuh untuk memastikan akses rawatan yang saksama dan pendekatan penjagaan holistik bagi semua pesakit gangguan pendarahan di negara kita!
Semasa berucap di Majlis Perasmian WFH 2026 World Congress yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, menekankan betapa pentingnya sokongan perubatan yang menyeluruh demi menjamin kualiti hidup yang optimum buat para pesakit.
Beliau turut mendedahkan bahawa walaupun rekod Tinjauan Global WFH 2024 mencatatkan 1,056 individu berdaftar dengan hemofilia di Malaysia, angka sebenar berkemungkinan lebih besar. Kekurangan kesedaran dan akses kepada saringan serta diagnosis awal masih menjadi cabaran yang perlu kita atasi bersama.
Kami di Pertubuhan Hemofilia Malaysia (HSM) amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi daripada pihak KKM. Ini adalah langkah yang sangat positif ke arah visi kita bersama, iaitu "Rawatan untuk Semua" (Treatment for All).
Mari kita terus bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang hemofilia! Baca berita penuh yang diliputi oleh RTM di pautan di bawah.
🔗 Baca artikel penuh di sini: KKM komited pastikan akses rawatan saksama buat pesakit hemofilia
KUALA LUMPUR, 19 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa statistik semasa individu yang menghidapi hemofilia di negara ini mungkin belum menggambarkan angka sebenar berikutan isu kekurangan kesedaran dan akses kepada diagnosis awal.RINGKASAN BERITA AI − KKM komited memast...