ABIM Selangor - Rasmi

Directions Website Contact the organization

ABIM Selangor - Rasmi Media Sosial Rasmi ABIM Selangor

https://linktr.ee/abimselangor

4 Agenda Dakwah ABIM Selangor 2023

1. Pemberdayaan Sosial
2. Kesukarelawanan
3.

Pendidikan dan Kenegaraan
4. Pengukuhan Institusi

4 Teras Gerakan ABIM Selangor 2023

1. Tarbiyah
2. Latihan & Kaderisasi
3. Urusan Gerakan
4. Pengukuhan Ekonomi

PROGRAM PENCEGAHAN SALAH LAKU SEKSUAL (TUNAS DERMAGA) SIRI 2.0Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada 17 September 202...
24/09/2026

PROGRAM PENCEGAHAN SALAH LAKU SEKSUAL (TUNAS DERMAGA) SIRI 2.0

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada 17 September 2026, ABIM Selangor telah melaksanakan Program Pencegahan Salah Laku Seksual (Tunas Dermaga 2.0) yang bertempat di SK Selayang Baru 1. Peserta program ini adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan 6.

Pengisian Tunas Dermaga Siri 2.0 ini telah disampaikan oleh barisan pimpinan dan jurulatih DERMAGA, Sdr. Taufiq Hidayah (Setiausaha Agung) dan Sdr. Abdul Kodir (Timbalan Yang Dipertua). Terima kasih diucapkan atas kesudiaan menyampaikan perkongsian yang memberi manfaat kepada para peserta. Semoga para peserta dapat mengambil segala nasihat sekaligus diterap menjadi benteng diri dalam menghadapi zaman keremajaan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru dan pentadbir SK Selayang Baru 1 atas kesudiaan kerjasama bersama pihak ABIM Selangor.

جزاكم الله خيرا

Tunas DERMAGA merupakan sebahagian daripada inisiatif ABIM yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pendidikan seksual dan pembentukan akhlak kepada peserta di bangku sekolah. Inisiatif ini amat penting sebagai salah satu langkah awal untuk membendung masalah salah laku sosial dalam kalangan masyarakat.

ABIM Selangor percaya dengan inisiatif ini dapat membantu ke arah membina masyarakat yang lebih baik.

YOUTH UPSKILL @ Y-HUB PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGINPelajari asas penyelengga...
22/09/2026

YOUTH UPSKILL @ Y-HUB PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN

Pelajari asas penyelenggaraan penghawa dingin secara praktikal bersama pengajar berpengalaman. Sesuai untuk kerjaya, pendapatan sampingan atau kegunaan sendiri.

📅 27 September 2026 (Ahad)
⏰ 2.00 petang – 5.00 petang
📍 YHub Selangor, Lembah Subang 1, Selangor

👨‍🏫 Pengajar: Muhammad Azim Fitri bin Mohd Azami
🔧 Juruteknik Penghawa Dingin

👥 Terbuka kepada: Belia berumur 18–30 tahun di Lembah Subang

Link pendaftaran:
https://forms.gle/WKA3nHncz8dqndSw8

Urusan lanjut sila whatsapp:
+60 10-204 3493 (Urusetia)

Tambah kemahiran baharu dan bina peluang masa depan. Daftar sekarang!

ABIM ni siapa?Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakan belia Islam yang menghimpunkan belia dalam u...
11/09/2026

ABIM ni siapa?

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah gerakan belia Islam yang menghimpunkan belia dalam usaha membina masyarakat berteraskan nilai Islam, ilmu dan kemanusiaan.

📌 Ikuti siri jom kenali ABIM untuk mengenali lebih dekat sejarah, prinsip, perjuangan dan sumbangan ABIM kepada masyarakat.

'Sejahterakan Selangor dengan Dakwah'


Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾✨ Kemerdekaan bukan sekadar laungan sejarah, tapi amanah untuk kita bina negara dan sat...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾✨

Kemerdekaan bukan sekadar laungan sejarah, tapi amanah untuk kita bina negara dan satukan ummah. Daripada kami di ABIM Selangor, mari raikan dengan jiwa yang benar-benar merdeka!

TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ahmad Fahmi bin Mohd Samsuddin, Presiden Angkatan Belia ...
28/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ahmad Fahmi bin Mohd Samsuddin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), atas penganugerahan sebagai Tokoh Belia Harapan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H / 2026M.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda untuk terus melangkah, memimpin dan menyumbang demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas Daripada:
Saf Kepimpinan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor

✨ USRAH WADAH-ABIM-PEPIAS (WAP) SELANGOR✨Semua ahli WAP Selangor dijemput hadir Usrah WAP Selangor bulan Ogos 2026 berta...
25/08/2026

✨ USRAH WADAH-ABIM-PEPIAS (WAP) SELANGOR✨

Semua ahli WAP Selangor dijemput hadir Usrah WAP Selangor bulan Ogos 2026 bertajuk:

WASATIYAH: Asas Pembinaan Masyarakat MADANI

📆 Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 malam - 10.45 malam
🏢 Tempat: AYG Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi

😋 Makan malam disediakan.

Pertanyaan, hubungi:

📱 En. Firdaus (WADAH Selangor): 012-2657808
📱 Sdr. Bilal (ABIM Selangor): 014-7830261
📱 Sdr. Haiqal (PEPIAS): 016-3336679


TAHNIAH & SYABAS! 🏆🔴🟡ABIM Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kontinjen Selangor atas kejuaraan keseluruha...
25/08/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆🔴🟡

ABIM Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kontinjen Selangor atas kejuaraan keseluruhan SUKMA XXII Selangor 2026!

🥇 101 Emas
🥈 73 Perak
🥉 71 Gangsa

Terima kasih atlet, jurulatih & seluruh warga kerja atas perjuangan ini.

📢 INFAQ JUMAAT ABIM SELANGOR🤲 Jom rebut ganjaran sedekah pada hari yang paling mulia."Dan apa sahaja yang kamu infaqkan,...
21/08/2026

📢 INFAQ JUMAAT ABIM SELANGOR

🤲 Jom rebut ganjaran sedekah pada hari yang paling mulia.

"Dan apa sahaja yang kamu infaqkan, maka Allah akan menggantinya. Dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki."
— (Surah Saba': 39)

💳 Cara Menyalurkan Sumbangan:

Pilihan 1: Pindahan Dalam Talian (Online Transfer)
- Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Nombor Akaun: ⁠12038010001335⁠
- Nama Akaun: Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Selangor

Pilihan 2: Melalui Aplikasi BIMB Mobile
1️⃣ Sadaqa → NGO
2️⃣ Pilih Negeri: Selangor
3️⃣ Pilih NGO: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) – Cawangan Selangor
4️⃣ Masukkan jumlah sumbangan & Confirm & Pay

🌱 Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk ummah.

NUKILAN PASCA MUKTAMAR BELIA ISLAM NEGERI SELANGOR KALI KE-54 Muktamar Belia Islam Negeri Selangor Kali Ke-54 pada 25 Ju...
09/08/2026

NUKILAN PASCA MUKTAMAR BELIA ISLAM NEGERI SELANGOR KALI KE-54

Muktamar Belia Islam Negeri Selangor Kali Ke-54 pada 25 Julai 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh ukhuwah dan harmoni. Rangkaian program yang merangkumi Karnival Undang-Undang Syariah Selangor 2026, persidangan muktamar, serta Perlawanan Bola Sepak NGO-NGO Islam ini berjalan lancar menerusi sokongan pelbagai pihak.

Yang Dipertua ABIM Selangor, Muhammad Zakir bin Abdul Razak, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JAIS, MAIS, PIBK Kluster Amar Makruf Nahi Mungkar, WADAH Selangor, PEPIAS, ABIM Pusat dan cawangan, serta seluruh jawatankuasa dan kepimpinan sesi 2025-2026 yang telah bertungkus-lumus menjayakan agenda dakwah ini.

Meneruskan legasi perjuangan, ABIM Selangor bertekad memegang visi "Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah" sebagai panduan kepimpinan. Fokus utama akan ditumpukan kepada perkasaan kaderisasi dan tarbiah, pembudayaan ilmu, pengukuhan institusi pendidikan, serta penyantunan masyarakat berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Diharapkan seluruh keluarga besar ABIM Selangor dapat memberikan doa dan sokongan demi merealisasikan cita-cita melahirkan generasi pembina tamadun di negeri Selangor.

IHTIFAL TASKI ABIM SELANGOR 2026 | 20 JUN 2026 | UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)Alhamdulillah, Ihtifal TASKI ABIM S...
21/06/2026

IHTIFAL TASKI ABIM SELANGOR 2026 | 20 JUN 2026 | UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)

Alhamdulillah, Ihtifal TASKI ABIM Selangor 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 20 Jun 2026 di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), menghimpunkan lebih 200 ibu bapa, guru-guru serta warga TASKI ABIM dari seluruh Selangor bagi menyaksikan anak-anak mereka beraksi dalam empat kategori pertandingan iaitu hafazan, bercerita, nasyid dan azan.

Program dwitahunan ini menjadi medan bagi mencungkil potensi, membina keyakinan diri serta menyemai kecintaan kepada al-Quran dan nilai-nilai Islam dalam kalangan generasi pewaris ummah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPTM, YBhg. Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh, diiringi oleh Setiausaha Negeri ABIM Selangor, Muhammad Taufiq Hidayah, serta wakil Takmir Pendidikan ABIM Selangor, Dr. Fauzi Hj. Fadzil.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para guru TASKI ABIM yang telah bertungkus-lumus melatih para peserta, para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, serta sukarelawan daripada PEPIAS dan mahasiswa Universiti Poly-Tech Malaysia yang bersama-sama menjayakan program ini.

Firman Allah SWT:

﴿وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا﴾

“Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
(Surah Taha: 114)

Semoga usaha berterusan dalam mendidik generasi rabbani ini sentiasa diberkati Allah SWT dan melahirkan anak-anak yang berilmu, berakhlak serta menjadi aset berharga buat agama, bangsa dan negara.




Address

Sekretariat ABIM Selangor, 4-3, The Right Angle, Jalan 14/22, Petaling Jaya Darul Ehsan
Petaling Jaya
46100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM Selangor - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ABIM Selangor - Rasmi:

Share