Komastaa ditubuhkan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya berasaskan prinsip koperasi iaitu:
i. keanggotaan sukarela dan terbuka;
ii. kawalan demokratik oleh anggota;
iii. penglibatan ekonomi oleh anggota;
iv. autonomi dan kebebasan;
v. pendidikan, latihan dan maklumat;
vi. kerjasama antara koperasi; dan
vii. mengambil berat terhadap masyarakat sebagaimana yang ditakrifkan menurut Seks
yen 2 Akta Koperasi 1993. Komastaa adalah koperasi pengguna dan boleh menjalankan aktiviti berikut:
a. perniagaan pasaraya, pasar mini, runcit dan restoran;
b. kebajikan dan pendidikan anggota;
c. perolehan harta, simpanan dan pelaburan;
d. usahasama dan lain-lain aktviti seperti tercatat di dalam Undang-Undang Kecil Komastaa. Komastaa boleh menyertai usahasama dan koperasi lain seperti menjadi anggota Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) dan Kopsya (Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad. Komastaa melaksanakan aktiviti dengan modal:
1. fi pendaftaran (RM10.00 x 1 kali sahaja);
2. syer (minima RM100.00);
3. deposi t anggota;
4. simpanan khas anggota;
5. pembiayaan khas anggota; dan
6. pembiayaan luar yang diluluskan oleh Suruhan jaya Koperasi Malaysia. Keanggotaan Komastaa terbuka kepada:
1. Penduduk Kariah Masjid Tun Abdul Aziz, PJ;
2. Warganegara Malaysia berumut 18 tahun ke atas;
3. Pemastautin atau pelajar dan wargakerja di kawasan operasi Masjid Tun Abdul Aziz;
4. Syarat-syarat lain adalah seperti tercatat di dalam Undang-Undang Kecil Komastaa. Faedah menyertai Komastaa:
1. Peluang untuk meningkatkan kedudukan ekonomi diri sendiri;
2. Peluang untuk meningkatkan kedudukan ekonomi anggota jemaah yang dilaksanakan dengan bergerak besama jemaah;
3. Mempraktiskan amalan demokratik, satu anggota satu undi;
4.Perkongsian keuntungan koperasi, jika ada, mengikut kadar dipersetujui oleh anggota yang akan ditetapkan dalam Mesyuarat Agung. Setiap anggota Komastaa yang berkemampuan juga digalakkan untuk menjadi penaja kepada anggota masyarakat (asnaf miskin fakir) yang dikenalpasti. Keanggotaan boleh meningkatkan keadaan ekonomi mereka melalui peluang-peluang aktiviti pendidikan, ekonomi dan kebajikan. Anggota Komastaa boleh berhenti dan semua wang miliknya akan dikembalikan setelah ditolak segala hutang, jika ada. Sebagai pelabur (membayar syer), anggota boleh mendapatkan laporan tahunan dan kewangan Komastaa secara bertulis selain dari mendengar pembentangan di Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga Komastaa
Penasihat: YBhg. Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa
Pengerusi: Rovitah bt Katan
Timb. Pengerusi: Nor Iskandar bin Azis
Setiausaha: Ahmad Muzaffar bin Abu Bakar
Bendahari: Muhammad Idris bin Amir Nordin.