01/10/2026
MACMA dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringankan kos perubatan serta sara hidup salah seorang ahli MACMA Malaysia yang kini masih berada di hospital selepas pembedahan.
Beliau telah kehilangan punca pendapatan sebagai seorang pemandu bas di mana beliau mempunyai 4 orang cahaya mata di bawah umur yang masih dalam tanggungan beliau.
Sehubungan itu, sumbangan ikhlas daripada sahabat-sahabat amatlah dihargai. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MACMA Malaysia seperti berikut:
Persatuan Cina Muslim Malaysia
Bank Islam
No. Akaun: 14014010134347
Rujukan/Reference:
NHLEE
Mohon jasa baik para penyumbang untuk berkongsi resit transaksi dengan AJK Kebajikan +60 14-311 8081 bagi tujuan rekod dan simpanan pentadbiran serta kewangan MACMA Malaysia.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.