Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM

Call Directions

Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM We are Malaysian Association for the Disabled Community (MADC)

Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia (PMOKUM)

Sempena sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia peringkat Negeri Perlis, Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia te...
26/10/2026

Sempena sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia peringkat Negeri Perlis, Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia telah berbesar hati menyumbangkan 50 batang tongkat putih kepada wakil Rumah Kebajikan Lavender Oku Penglihatan Perlis, di sampaikan oleh Tuan Pengerusi ,YBhg Dato' Silatul Rahim Bin Dahman kepada Pengerusi mereka Ybrs Tuan Marja Tuan Mat. Selain tongkat putih Persatuan juga telah menyerahkan 60 naskhah Alquran braille kepada Rumah Kebajikan tersebut


Bulan Oktober adalah bulan yang berkisar kepada sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia bagi OKU penglihatan yang sentiasa p...
24/10/2026

Bulan Oktober adalah bulan yang berkisar kepada sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia bagi OKU penglihatan yang sentiasa peka akan keperluan sebatang tongkat dalam kehidupan seharian mereka.
Tahun 2026 ini bagi negeri Perlis, sambutan telah diadakan di Masjid Putera Syed Jamalullail Arau, dianjurkan oleh Rumah Kebajikan oku penglihatan Lavender Perlis dengan kerjasama Persatuan Membantu OKU Malaysia di mana lebih 200 orang tetamu jemputan termasuk wakil dari NGO masing-masing, jemputan khas, para sukarelawan dan keluarga bagi OKU yang menjadi peserta di dalam majlis itu.
Berbagai acara telah diadakan, antaranya berjalan beramai-ramai mengiringi oku, acara menanam pokok di halaman masjid, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga oku penglihatan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan kraftangan di beberapa booth.
Apa yang menarik adalah tuan pengerusi PMOKUM YBhg Dato Silatul Rahim bin Dahman, telah dijemput khas untuk ditemuramah dalam forum bual bicara mengenai tajuk tertumpu kepada hal orang kurang upaya penglihatan.
Tuan Pengerusi juga telah membuat penyerahan 50 batang tongkat putih dan 60 naskhah Al Quran Braille kepada Rumah Lavender melalui Pengerusi mereka Tuan Marja Tuan Mat yang menjadi Pengarah Program untuk majlis ini.
Majlis berakhir pada waktu tengahari setelah segalanya berjalan lancar.
Semua yang hadir menerima cenderahati dari tajaan beberapa agensi salah satu di antaranya Syarikat Indah Water Konsortium, yang telah sudi menghulurkan sumbangan bagi memeriahkan majlis sambutan Hari Tongkat Putih peringkat negeri Perlis ini.
Tahniah!.




Perutusan Khas oleh Pengerusi dan CEO Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM 15hb Oktober adalah hari...
15/10/2026

Perutusan Khas oleh Pengerusi dan CEO Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM

15hb Oktober adalah hari yang sangat bermakna bagi semua komuniti oku penglihatan yang dianggarkan seramai 285 juta di seluruh dunia.

Tarikh ini diistiharkan sebagai hari Tongkat Putih Antarabangsa bagi mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh tongkat putih dalam kehidupan seharian mereka.
Ia adalah alat pemandu arah yang memberi kebebasan kepada mereka untuk bergerak bebas dan selamat di semua persekitaran khususnya di kawasan awam.
Tongkat putih juga memberi keselesaan kepada penggunanya untuk berjalan dengan penuh maruah dan jati diri.
Tongkat putih berperanan memperkasakan keupayaan penggunanya bagi menjalani kehidupan dengan berdikari untuk ke sekolah, universiti, pusat rawatan, tempat kerja, pusat membeli belah, pusat rekreasi, rumah ibadat, menziarahi ahli keluarga serta rakan taulan dan sebagainya.

Tongkat putih mempunyai pelbagai saiz, dan diperbuat dari pelbagai bahan seperti kayu, buloh, rotan, aluminium, grafait, besi, keluli dan fiber.
Ia mempunyai kepanjangan yang berbeza-beza bergantung kepada ketinggian seseorang pengguna itu. Kebiasaannya ketinggian tongkat putih hendaklah berada di paras dada penggunanya. Ia mempunyai 2 warna iaitu putih sepenuhnya dan putih berbelang merah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Tongkat Putih Antarabangsa kepada semua komuniti OKU penglihatan, ibu bapa, penjaga, guru-guru pendidikan khas dan semua pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja amal untuk kebajikan oku penglihatan di seluruh dunia.
Semoga pengguna tongkat putih diangkat ke martabat yang lebih tinggi dan bermaruah.
Saya yakin proses pembangunan dan pemerkasaan oku di negara ini berada di tahap yang memuaskan, dan berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua agensi, kerajaan dan badan bukan kerajaan di atas usaha dan inisiatif ke arah kemajuan komuniti OKU.
Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
YBhg Dato' Silatul Rahim Bin Dahman
Pengasas, Pengerusi dan CEO
PMOKUM

Pengerusi Serantau
iCEVI Asia Timur

Vice President
Majlis Pemulihan Malaysia

Ahli Pemegang Amanah
Yayasan Orang Buta Malaysia

Setiausaha,
Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zone 4
Parlimen Bukit Bintang

Hari Tongkat Putih Sedunia disambut pada 15 Oktober setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian, kebebasan, dan hak golong...
15/10/2026

Hari Tongkat Putih Sedunia disambut pada 15 Oktober setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian, kebebasan, dan hak golongan Orang Kelainan Upaya, OKU cacat penglihatan.
Tongkat putih bukan sekadar alat bantuan berjalan, tetapi lambang kemandirian serta mengiktiraf kebebasan, keselamatan dan mobiliti buat mereka.
Selain meningkatkan kesedaran orang awam tentang keperluan dan hak golongan oku penglihatan, ia bertujuan mempromosikan kepada masyarakat bahawa tongkat putih dapat menjana kehidupan harian dengan tabah dan lebih inklusif serta mesra aksesibiliti.
Bertemakan "Ability Beyond Vision" tahun ini,
Hari Tongkat Putih Sedunia disambut dengan harapan dapat menyuntik semangat untuk terus meningkatkan taraf kehidupan dengan lebih bermakna dan bermaruah.
Kepada golongan oku penglihatan, Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM ingin mengucapkan
"SELAMAT HARI TONGKAT PUTIH🧑🏻‍🦯2026!"

Minggu ini kami telah menerima 100 pasang telekong dan juga 100 kotak ice cream, untuk di agih kepada residen dan komuni...
14/10/2026

Minggu ini kami telah menerima 100 pasang telekong dan juga 100 kotak ice cream, untuk di agih kepada residen dan komuniti di Lembah Subang 2 ini.
Kedua-dua sumbangan ini adalah ikhlas daripada individu oku dan penderma tetap, The lost Food Project.
Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang prihatin dan sentiasa mengambil inisiatif bagi menyokong usaha Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia dalam menjalankan aktiviti kebajikan, untuk disalurkan kepada penerima selayaknya.

Kami amat mengalu-alukan kepada anda yang berhajat untuk membuat sumbangan.
Sila salurkan segala infaq atau derma anda kepada:
Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia
Di Bank Simpanan Nasional
No akaun: 1410629000141017
Terima kaseh!.


Today our Chairman and assistant Secretary, attending an International conference on "Social Development (ISM-ICSD 2027)...
13/10/2026

Today our Chairman and assistant Secretary, attending an International conference on "Social Development (ISM-ICSD 2027)" organize by The Institute Social Malaysia as part of the participants, representing Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia.

We purchased 3 pcs of white cane and a glass magnifier to bring back home,  at the exhibition hall when the Conference w...
08/10/2026

We purchased 3 pcs of white cane and a glass magnifier to bring back home, at the exhibition hall when the Conference was still held in Johannesburg for 2nd Regional Africa ICEVI 2026 recently.


Pertemuan di antara Tuan Pengerusi Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia, Dato' Silatul Rahim Bin Dahman deng...
07/10/2026

Pertemuan di antara Tuan Pengerusi Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia, Dato' Silatul Rahim Bin Dahman dengan Yang Berhormat Ustaz Muhammad Suffian bin Maradzi, ADUN Seri Menanti, bagi penyerahan 2 buah kerusi roda di pejabat beliau, sebagai mewakili penerima OKU yang memerlukan di kawasan tersebut.
Dengan pertemuan ini juga, Yang Berhormat telah sudi menghulurkan sumbangan ikhlas kepada tuan pengerusi mewakili pihak persatuan. Diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari kami🙏
Ini adalah titik permulaan yang amat bermakna, bagi mengeratkan silaturahim di antara kedua-duanya, demi keperluan, serta faedah komuniti oku khasnya, dan masyarakat pelbagai amnya, untuk memastikan kesejahteraan mereka di masa-masa hadapan.

Kepada yang sudi untuk memberi apa jua sumbangan, sila salurkan kepada:
Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia
Di Bank Simpanan Nasional
No akaun: 1410629000141017



Address

Ara Damansara
Petaling Jaya
47301

Telephone

+60391724260

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia - PMOKUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share