22/02/2026
RANCANGAN: PANORAMA
MAKMAL HIDUP HIJAU BANDING
TARIKH SIARAN: 22 FEBRUARI 2026 | AHAD
WAKTU SIARAN: 9.00 MALAM | TV1
SIARAN ULANGAN : KHAMIS, 26 FEBRUARI 2025 | 11:30 MLM | TV1
PENERBIT : SUKUR ISHAK
PENGACARA : HAFIQ SAMAD
SINOPSIS :
Memaparkan usaha Pulau Banding Foundation (PBF) melestarikan Flora dan Fauna di Sekitar Pulau Banding, Royal Belum Perak. Dengan kerjasama Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) dan UMK TRaCe (Tropical Rainforest Centre), menanam semula pelbagai spesis pokok hutan di sekitar Gaharu Plot di Pulau Banding.
Pulau Banding Foundation (PBF) juga menganjurkan program makmal hidup iaitu mengajak sukarelawan yang terdiri daripada Pelajar, Saintis, NGO dan lain-lain pihak terdiri daripada ahli Belum Forest Friends (BFF) menikmati susana pembelajaran terus di Banding Trail, mengkaji dan berkongsi ilmu Flora dan Fauna sambil menjaga kebersihan dan kelestarian hutan di Pulau Banding.
Saksikan PANORAMA Makmal Hidup Hijau Banding pada hari Ahad, 22 Februari 2026 pukul 9:00 malam di TV1.