13/07/2026
Pada Sabtu, 11 Julai 2026 yang lepas. Beliawanis PEMBINA sempat menziarahi Puan Shazamawati selaku Ketua Wanis ISMA Pusat yang telah banyak menabur bakti dalam medan dakwah.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami mengambil inspirasi serta menyambung semangat perjuangan yang telah lama mereka pikul dengan penuh istiqamah.
Melihat kesungguhan dan pengorbanan mereka mengingatkan kami bahawa perjuangan dakwah memerlukan keikhlasan, kesabaran dan jiwa yang sentiasa bergantung kepada Allah SWT.
Semoga segala nasihat, doa dan perkongsian yang diberikan menjadi bekalan buat kami untuk terus melangkah, memperbaiki diri dan menggalas amanah sebagai generasi penerus perjuangan.