Alumni Bn Ke-16 RAMD

Alumni Bn Ke-16 RAMD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Alumni Bn Ke-16 RAMD, Nonprofit Organization, Petaling Jaya.

30/10/2025
03/06/2024

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah yg terbaik

03/03/2024

TETAMU KENDURI : ELOK-ELOK DAPAT PAHALA, BERTUKAR MENJADI DOSA.

Pertama sekali kita perlu tahu kenapa kenduri kahwin perlu diadakan ?

Ianya satu amalan yang diminta sendiri oleh Rasulallah SAW supaya dilakukan.

Kata Baginda, apabila ada anak2 kamu bernikah, seboleh-bolehnya diadakan sedikit kenduri walaupun dengan jamuan buah tamar.

Tujuannya, untuk memberitahu masyarakat bahawa anak si fulan telah bernikah. Ini untuk mengelak fitnah dimasa hadapan.

Contoh fitnah yang boleh timbul, apabila dapat cucu kelak, masyarakat sekitar pun tahu yang anaknya telah bernikah. Kerana mereka hadir kenduri.

Nabi Muhammad SAW tidak meminta kita membuat kenduri besar2.

Bagi yang mampu, tidak ada masalah. Lagi besar lagi bagus. Kerana lagi ramai tetamu dapat dijemput. Lagi ramai orang datang, lagi banyak tuan rumah dapat pahala.

Namun dalam situasi di negara kita, ramai juga yang tidak mampu mengadakannya secara besar. Tetapi mereka tidak ada pilihan. Terpaksa dibuat secara skala besar juga kerana ramai kenalan.

Jika panggil saudara mara sahaja, takut jiran kecil hati. Panggil saudara mara dan jiran, takut kawan2 p**a kecil hati.

Maka ada yang terpaksa jual barang kemas, buat pinjaman dan sebagainya untuk kenduri. Niat dia bagus. Kerana hendak beri orang makan. Itu tidak ada masalah.

Yang menjadi masalah adalah sikap segelintir tetamu yang tidak ada etika atau tidak tahu adab ketika datang kenduri.

Ada jemputan yang tuan rumah hanya menjemput anda dan isteri sahaja. Tapi anda datang bawa habis anak beranak sampai ke pak dan mak mertua.

Ada jemputan yang memang dia undang kita sekeluarga. Apabila dia undang kita SEKELUARGA sahaja, tidak perlulah hendak bawa bersama keluarga adik, keluarga ipar dan sebagainya.

Itu satu bab…

Masuk bab makanan p**a, janganlah semua menu hendak diisi sampai penuh pinggan. Memanglah ada disediakan ayam, daging, kambing, gulai lemak, gulai nangka dan sebagainya.

Itukan pilihan…..

Yang tak makan daging, boleh ambil ayam….

Allahuakbar, kadangkala seram sejuk saya melihat cara tetamu kaut nasi, kaut lauk dan ambil kuih muih.

Penuhhhhhhhhh sepenuhhhhhhhnya….

Ada p**a yang guna pinggan lain untuk letak lauk kerana tak muat. Masyallah…

Kuih pun diletak banyak2 itu sebagai pilihan. Bukannya hendak suruh tetamu kaut semua….

Apabila tak habis makan, boleh p**a dia bawa p**ang kueh itu….Masyallah…..

Apabila makan terlalu banyak, dah kenyang dan mula jadi ular sawa. Tidak boleh bangun dari tempat duduk. Orang lain berpusing2 cari kerusi untuk duduk makan.

Apabila orang tanya, sini kosong ke bang ???

Ehhhh….sini ada orang sambil tarik kerusi. Rupanya itu kerusi anak dia, yang pergi tambah lauk lagi.

Dimana adab kita sebenarnya ?

Kita selalu berkata, kita orang melayu dan orang Malaysia adalah bangsa beradab, bangsa yang berbudi bahasa, bangsa yang ada nilai2 timur, bangsa yang mempunyai nilai yang halus dan bla bla bla….pantang ada orang kutuk bangsa melayu sikit, kita mula menjerit marah2.

Adab apa lagi yang kita nak bercakap ? Jika adab yang simple ja , iaitu adab menghadiri majlis dan adab makan pun kita tak boleh jaga, tak usahlah kita nak bercakap tentang nilai2 adab yang lebih besar ?

Bukan semua tuan rumah orang mampu. Lagi p**a kenduri dizaman sekarang kosnya dikira per kepala. Tidak dinafikan ada juga yang masih menggunakan cara gotong royong. Tetapi itu pun masih lagi perlu dibeli lembu, ayam, kambing, beras dan sebagainya.

Kalau orang panggil kita saja, kita sajalah yang pergi. Jangan bawa rombongan. Dan jangan p**a tanya2, boleh bawa famili tak ?

Tuan rumah dah ada kira2nya yang bersesuaian dengan bajetnya dan bilangan tetamu.

Kalau orang tak jemput kita kecil hati. Apabila orang jemput, kita lebih2 p**a.

Jangan ambil makanan seperti orang lahap yang tidak makan sebulan. Ramai lagi tetamu lain dibelakang.

Tuan rumah dah kira bilangan lauk pauk dengan jumlah tetamu yang dijemput.

Janganlah kita malukan tuan rumah kerana lauk tidak cukup.

Apabila kita pergi kenduri orang, kita perlu berdoa untuk tuan rumah agar mereka dicurahkan segala keberkatan.

Doanya tidak, sebaliknya balun lauk berpinggan2 sampai orang belakang tak cukup lauk, yang akhirnya memalukan tuan rumah.

Elok2 kita menghadiri kenduri untuk dapat pahala, akhirnya dapat dosa.

Siapa yang rugi ?

02/03/2024
Sedikit usaha untuk menyemarakkan semangat Harimau pantai timur di kalangan veteran 16RAMD.Kepada veteran yg berminat un...
02/03/2024

Sedikit usaha untuk menyemarakkan semangat Harimau pantai timur di kalangan veteran 16RAMD.
Kepada veteran yg berminat untuk mendapatkan baju tersebut sila tinggalkan no HP di ruangan komen.

28/02/2024

M

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Bn Ke-16 RAMD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share