JEHAD_FISABILILLAH

JEHAD_FISABILILLAH "KAMI MENYAMPAIKAN SERUAN JIHAD" ALLAHUAKBAR !!!

SIAPAKAH ORANG YANG CERDIK?Perawi : Syaddad bin Aus RA Koleksi : Sunan At-Tirmidzi Kitab :Sifat KiamatBab :Bab daripadan...
30/07/2025

SIAPAKAH ORANG YANG CERDIK?

Perawi : Syaddad bin Aus RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Sifat Kiamat

Bab :Bab daripadanya

No. Hadith : 2459

Status :

Matan Hadith
عَنْأَبِيْ يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ .قَالَ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ

]سنن الترمذي, كتاب صفة القيامة والرقائق والورع عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب منه ,رقم حديث 2459]

Terjemahan
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)

Pengajaran

1-Setiap orang yang beriman akan digelar seorang yang cerdik atau benar-benar berakal apabila sentiasa bermuhasabah dan menghitung dirinya. Atau dengan erti kata lain, orang yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematian, lalu dia beramal dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematiannya dengan menggunakan kesempatan yang ada dengan melakukan amalan yang bermanfaat tanpa mensia-siakannya

2-Ingatlah pesanan Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA : “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan persiapkanlah diri kamu untuk hari perhitungan yang besar di hadapan Allah SWT Yang Maha Agung kerana perhitungan seseorang kamu akan menjadi ringan di akhirat nanti bagi seseorang yang sentiasa menghisab dirinya ketika di dunia.

3-Manakala seseorang itu dianggap seorang yang lemah keimanannya apabila sentiasa mengikuti hawa nafsu dan hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata serta melakukan dosa-dosa tanpa menghiraukan hari pembalasannya kelak.

4-Mereka berangan-angan kepada Allah SWT dengan andaian Allah SWT akan memasukkannya ke syurga dan akan mengampuni dosa-dosanya yang s**a menangguh-nangguhkan istighfar dan taubat kepada Allah SWT.
Sumber rujukan :
1. Kitab Jami’e at-Tirmizi

2. Kitab Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’e at-Tirmizi Lil Mubarakfuri

3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

🌹Pengakhiran Kalimah Untuk Masuk Syurga🌹عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ...
29/07/2025

🌹Pengakhiran Kalimah Untuk Masuk Syurga🌹

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang akhir kata-katanya (sebelum meninggal dunia) ialah ‘Lā ilāha illā Allāh’ (Tiada tuhan melainkan Allah), maka dia akan masuk syurga." (HR Abu Daud No: 1621) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kalimah "La ilaha illa Allah" (Tiada Tuhan melainkan Allah) adalah kunci utama syurga, ia merupakan asas akidah dan bukti keimanan seseorang.

2. Al-Qurtubi menyebutkan, maksud “akhir kalam” bukan semata-mata secara lisan fizikal, tetapi kalimah terakhir yang keluar dari kesedaran hati dan lidah serta diucapkan dengan iman yang benar, bukan secara kebetulan atau tanpa sedar.

3. Menurut Imam Ibn Rajab, hanya orang yang hidupnya dibina atas tauhid dan amal soleh akan diberi taufik oleh Allah untuk menyebut kalimah ini di akhir hayat.

4. Pengakhiran dengan kalimah ini adalah tanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan petanda besar keampunan Allah.

5. Orang yang biasa dengan zikrullah ketika hidup lebih mudah mengucapkannya ketika menghadapi sakaratul maut.

6. Hadis ini memberikan harapan besar kepada orang beriman: jika akhir kalimah kita ialah "La ilaha illa Allah", maka syurga adalah balasannya. Namun, juga menjadi peringatan bahawa pengakhiran itu tidak datang tanpa usaha. Bahkan memerlukan kehidupan yang dibina atas iman, amal, taubat dan pengharapan kepada rahmat Allah.

KISAH IMAM MALIK DAN PEMFITNAHAda seorang lelaki memfitnah Imam Malik lalu meminta maaf kepada beliau.Imam Malik meminta...
19/07/2025

KISAH IMAM MALIK DAN PEMFITNAH

Ada seorang lelaki memfitnah Imam Malik lalu meminta maaf kepada beliau.

Imam Malik memintanya membawa bantal yang berisi bulu binatang lalu mengajak lelaki itu memanjat sebuah bukit.

Di puncak bukit, Imam Malik mengoyakkan bantal bulu itu lalu melambung bulu-bulu itu ke udara lalu berkata kepada lelaki tadi bahawa ia akan memaafkan lelaki tersebut dengan syarat lelaki tersebut mengutip semula semua bulu yang berterbangan.

Lelaki itu berkata bahawa mustahil dia dapat mengutip semula semua bulu bulu tersebut.

Kata Imam Malik aku boleh saja maafkan tetapi dosa fitnah yang engkau sebarkan tidak dapat engkau kutip kembali.

Address

DAULAH ISLAMIYAH
Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JEHAD_FISABILILLAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share