06/11/2024
Source: 04 November 2024 (Universiti Kebangsaan Malaysia Facebook)
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐บ, ๐ง๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐บ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐บ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ
Beliau diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Datoโ Dr Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Datoโ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Arena sukan ini merupakan sumbangan kedua Yayasan Azman Hashim, selepas Arena Sukan di Kampus Bangi yang telah dirasmikan pada bulan September tahun lalu. Jumlah sumbangan Yayasan Azman Hashim bagi kedua-dua arena ini, termasuk kompleks dan padang sintetik, mencecah RM 7,402,340.00.
Arena Sukan di Kampus Kuala Lumpur ini bukan sahaja berfungsi sebagai padang untuk bersukan, tetapi juga sebagai pusat aktiviti fizikal dan sosial bagi pelajar. Dengan lokasinya yang strategik dan kemudahan terkini, arena ini mampu menarik minat ramai, terutamanya peminat sukan bola sepak.
Naib Canselor dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Azman Hashim khasnya kepada Tan Sri Azman Hashim atas sumbangan dalam membangunkan arena sukan ini. Naib Canselor optimis bahawa arena ini akan lebih banyak menggalakkan aktiviti yang sihat dalam kalangan warga UKM secara khasnya dan masyarakat luar secara amnya.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Tuan Haji Zanudin Mohd Daud yang menjalankan fungsi Pendaftar; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana; Prof. Dr. Norhamidi Muhamad; Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datoโ Dr. Hanafiah Harunarashid dan Pengarah Pusat Sukan, Dr Nur Shakila Mazalan.