22/09/2026
PPDK Sofea telah berjaya melaksanakan Program Lawatan Sambil Belajar serta Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 13 September 2026 bertempat di Terminal Bersepadu Gombak (TBG). Objektif program ini adalah membawa anak-anak OKU PPDK Sofea keluar daripada rutin pembelajaran di dalam kelas untuk merasai sendiri pengalaman berada di terminal serta menggunakan kemudahan pengangkutan awam.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, termasuk aktiviti bertemakan kemerdekaan, persembahan pelatih serta aktiviti bersama-sama di TBG. Program ini bukan sekadar untuk berseronok, tetapi memberikan peluang kepada para pelatih untuk memperoleh pengalaman sebenar, meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial serta belajar menggunakan kemudahan awam dalam suasana yang lebih terbuka.
Bagi pihak TBG p**a, program ini turut membawa mesej bahawa terminal bukan sekadar tempat untuk menaiki dan turun bas, tetapi merupakan sebuah ruang awam yang boleh dinikmati dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti OKU.
β€οΈ SETULUS PENGHARGAAN BUAT PARA PENYUMBANG
Program yang penuh bermakna ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.
π Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Mall
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini serta menyediakan ruang dan kemudahan yang bersesuaian untuk para pelatih PPDK Sofea.
π Sani Express
Setinggi-tinggi penghargaan atas tajaan pengangkutan yang membolehkan anak-anak istimewa PPDK Sofea bergerak dari Damansara Damai ke TBG dan p**ang semula ke Damansara Damai dengan selamat dan selesa.
π¦ Konsortium E-Mutiara Berhad
Terima kasih atas tajaan aiskrim yang telah menceriakan lagi program dan menghadirkan senyuman buat anak-anak PPDK Sofea. π¦π
π₯€πͺ Rotary Satellite Club of Metro KL Synergy
Terima kasih atas sumbangan air kotak dan makanan ringan untuk para pelatih. Sumbangan ini amat bermakna dan membantu melengkapkan keperluan para pelatih sepanjang program berlangsung.
π· PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Yang Dihormati, Yang Berbahagia Datoβ Sri Mohd Nadzlim Bin Mohd Noor,
Chief Executive Officer, Terminal Bersepadu Gombak Sdn. Bhd.
GITT Property Management Sdn. Bhd.,
Datoβ Sri Wan Mohammad Sani Bin Datoβ Salleh,
Group Chairman, Sani,
Tuan Wan Mohammad Iskandar Bin Datoβ Salleh,
Chief Executive Officer, Sani Express,
Tuan Sharifuden Mohammad Dom,
Pengerusi Khidmat Pelanggan & Hospitaliti, Sani Express Sdn. Bhd.,
serta para penyumbang, ibu bapa, guru-guru, petugas dan semua pihak yang telah memberikan masa, tenaga, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil pada pandangan kita, amat besar nilainya buat anak-anak istimewa PPDK Sofea.
Terima kasih kerana bersama-sama membuka ruang untuk mereka belajar, meneroka, mencuba, berkawan dan mencipta kenangan indah di luar bilik darjah.
Kerana bagi kami di PPDK Sofea, setiap pengalaman adalah satu pembelajaran, setiap senyuman adalah satu kejayaan, dan setiap sokongan mampu mengubah kehidupan.
PPDK Sofea
Ikhlas β’ Prihatin β’ Berdikari
Bersama Membina Potensi, Mengubah Kehidupan.