Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama - JPPA PKR

Directions Contact the organization

Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama - JPPA PKR Laman penerangan hal ehwal Islam dan politik

24/09/2026
20/09/2026

🎙️ SIARAN LANGSUNG: PODCAST SEMAK EPISOD 5 🎙️

Sertai wacana khas bersama YB Dato' Ng Suee Lim (Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor) dan moderator Dr. Mohd. Fauzi bin Fadzil (Pengarah Komunikasi Keadilan Selangor) bagi mengupas isu-isu semasa di Negeri Selangor.

Topik Tumpuan:
- Persediaan Tahun Melawat Selangor
- Kestabilan Pendirian Parti DAP dan Pandangan Rakan Komponen
- Isu Dinamik dan Hala Tuju Politik

🗓️ Tarikh: 20 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 10:00 Pagi
📲 Siaran Langsung: YouTube Biro Komunikasi Keadilan Selangor

15/09/2026

Kenyataan Media
15 September 2026

Hifz Din Yang Tidak Ditunaikan Oleh UMNO

1. Apabila Ketua UMNO Bahagian (KUB) Sepang, berucap di pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Datuk Noorazli Said memfitnah dan menghina agama Kristian tiada sebarang teguran diberikan oleh pimpinan tinggi UMNO.

2. ⁠Majlis Ulama UMNO (MUU) juga membisu. Tiada sebarang kenyataan atau teguran diberikan kepada KUB Sepang.

3. ⁠Melihat kepada firman Allah:
وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Surah Al-An’am Ayat 108

Dari ayat ini larangan menghina atau mencerca sembahan atau agama lain termasuk dalam pemeliharaan maruah dan nama baik agama Islam.

4. Dalam firman Allah ini juga dinyatakan dengan jelas tujuan larangan menghina sembahan lain adalah untuk mengelakkan agama Islam diperlakukan dengan perkara yang serupa.

5. ⁠Ia bukan sahaja salah dari sudut kemasyarakatan malah ia juga melanggar prinsip-prinsip Islam.

6. ⁠Tidak cukup untuk Datuk Noorzali Said memohon maaf kepada penganut agama Kristian, beliau perlu memohon maaf kepada umat Islam dan yang lebih besar adalah meminta ampun dari Allah s.w.t kerana melanggar larangan-Nya.

7. ⁠BiPPA menuntut agar Datuk Noorazli Said mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan maruah agama Islam.

8. ⁠Memartabatkan maruah agama bukan sekadar dilaungkan tapi segala nilai ajaran Islam perlu diamalkan.

Haji Amidi bin Abdul Manan,
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama.

Merangkap,

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.

Kenyataan Media6 September 2026Unsur Ghuluw Semakin Nyata Dalam PAS1. Terdapat 2 perkara yang mendapat perhatian umum da...
07/09/2026

Kenyataan Media
6 September 2026

Unsur Ghuluw Semakin Nyata Dalam PAS

1. Terdapat 2 perkara yang mendapat perhatian umum dalam ucapan di Muktamar PAS yang baharu bagi tahun 2026.

2. Kehidupan seorang muslim adalah berteraskan keimanan. Sebaik mana pun manusia dia tidak akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. jika tiada keimanan pada dirinya.

3. ⁠Tanda permulaan keimanan adalah kalimah syahadah yang diungkapkan dengan sungguh-sungguh.

4. ⁠Tanpa ikrar dengan lisan, pengakuan dengan hati dan beramal dengan jasad, kesempurnaan iman tidak akan diperolehi.

5. ⁠Itu belum lagi diteliti keikhlasan yang menyucikan hati dari sebarang penyekutuan Allah dengan segala perkara yang lain.

6. ⁠Inilah sebabnya para sahabat tidak putus-putus memohon keampunan kepada Allah, khuatir jika wujud syirik sehalus zarah yang merosakkan keimanan kepada Allah.

7. ⁠Mudah dan murahnya syurga pada pandangan pimpinan PAS.

8. ⁠Umat Islam tidak akan berkongsi syurga dengan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS. Walaupun dia menerima perjuangan Islam ala PAS, selagi dia belum melafazkan syahadatain dan menerima Islam seutuhnya maka tiada syurga yang boleh ditawarkan oleh PAS kepadanya.

9. ⁠Murahnya maruah Islam sehingga dijadikan tunggangan. Agama Islam menjadi alat untuk memuaskan gejolak nafsu kegilaan PAS terhadap kuasa.

10. ⁠Islam yang terkandung padanya keadilan, kemuliaan insan, dakwah, nilai sejagat yang membawa kesejahteraan kepada seluruh makhluq, adalah matlamat perjuangan bukannya alat yang boleh bertukar ganti mengikut selera kita.

11. ⁠Golongan inilah yang meletakkan agama di tangan dan akan menjualnya atau ditukar mengikut selera dan keperluan diri dan kelompok tertentu.

12. ⁠Jangan bertukar antara 'ghayah' (matlamat) dan 'wasilah' (alat). Islam adalah matlamat (ghayah) dan politik ini adalah alat (wasilah).
13. ⁠Jika Islam dijadikan alat maka akan tercemarlah segala kesucian dan kemuliaan Islam.

14. ⁠Kesanggupan menjadikan agama Islam sebagai tunggangan dan syurga sebagai tukaran sokongan adalah bukti jelas 'keghuluwan' (ekstremisme) pada kepimpinan PAS hari ini.

15. ⁠Ghuluw adalah ancaman yang jelas kepada Islam. Ia jauh lebih bahaya dari amcaman lain. Islam terancam di Malaysia kerana ekstremisme yang didukung oleh PAS.

Amidi bin Abdul Manan,
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat,
Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

26/02/2026

Kenyataan Media
26 Febuari 2026

U'lama PAS Kaki Spin

1. Merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Dewan U'lama PAS Pusat berkaitan isu memijak al-Quran oleh seorang pelajar IPT di Pahang.

2. Pada 30 Jan lepas, Ahli Parlimen Jasin, yang juga Timb. Ketua Dewan U'lama PAS cuba memutarbelitkan fakta di Dewan Rakyat dengan memetik di luar konteks stres sebagai faktor terjerumus ke kancah seks songsang, kini YB Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan Dewan U'lama p**a sekali lagi cuba mengelirukan masyarakat awam dengan tindakan yang serupa.

3. ⁠YB M. Nor dengan jelas cuba memberikan gambaran bahawa YBM Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Hassan, tidak tegas dan terlalu berlembut dalam menangani isu berkaitan.

4. ⁠YB M. Nor mengkritik bahawa pendirian _li ta'arufu_ seperti yang disuarakan oleh Dr. Zulkifli Hassan tidak sesuai dan menunjukkan kelemahan dalam menghadapi isu sebegini.

5. ⁠Beliau dengan sengaja memekakkan telinga terhadap kenyataan di permulaan respon Dr. Zulkifli Hassan, yang menyokong tindakan tegas dan pantas pihak berkuasa tanpa kompromi. Dr. Zulkifli Hassan, menyokong segala tindakan berdasarkan lunas undang-undang.

6. ⁠Adakah sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa menahan reman individu terbabit selama 4 hari itu bukan satu ketegasan yang sewajarnya? Pihak berkuasa bertindak pantas bagi mengekang perkara tersebut dari berleluasa dan sekaligus mempertahankan maruah umat Islam.

7. ⁠Namun pendengaran beliau pulih kembali apabila Dr. Zulkifli Hassan menyebut tentang tugas yang lebih besar dan berat iaitu melaksanakan dakwah dan tarbiah kepada masyarakat agar maruah agama Islam terpelihara bersama keharmonian masyarakat.

8. ⁠Jelas ini adalah akhlaq yang buruk. Sengaja melaga-lagakan dan cuba merosakkan imej saudara sesama Islam.

9. ⁠Ia sikap yang amat tidak wajar selaku Ahli Dewan U'lama yang bertindak sebagai batu api, dan akhlaq ini disebut sebagai 'namimah' yang amat dicela oleh Islam.

10. ⁠Di bulan Ramadhan ini, kita sewajarnya bermuhasabah dan menginsafi segala kelemahan dan kekurangan diri kita bukan menjadi agen pemecah umat Islam.

Amidi bin Abdul Manan
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat,
Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Tazkirah oleh Sheikh Jamil al-Jarumi. Ganjaran besar amalan di bulan Ramadhan dan kemuliaannya.
21/02/2026

Tazkirah oleh Sheikh Jamil al-Jarumi. Ganjaran besar amalan di bulan Ramadhan dan kemuliaannya.

11/01/2026

Pernyataan Pandangan
11 Januari 2026

Pertembungan Anwar Ibrahim-Mustafa Kamal Ataturk

1. Ramai yang mempertikai penghormatan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim terhadap Mustafa Kamal Ataturk di Ankara. Seolah-olah Anwar telah tercabut akar akidah keIslamannya. Seumpama telah bertukar arah kiblat perjuangannya.

2. Anwar dan Mustafa Kamal adalah dua sosok yang berseberangan dari sudut idealisme perjuangan. Keduanya mempunyai keyakinan yang berbeza dalam menjulang martabat bangsa dan mengangkat harakat negara.

3. ⁠Latar dan pengalaman Mustafa Kamal adalah sebagai seorang pemimpin tentera Turkiye yang cemerlang dan berwibawa. Memimpin tentera Turkiye memenangi perang demi perang mempertahankan Pemerintahan Ottoman.

4. ⁠Namun beliau juga menyaksikan kebejatan yang berlaku dalam istana Kesultanan Uthmaniyyah. Rasuah, ugutan dan penyelewengan berlaku secara berleluasa.

5. ⁠Apa yang lebih buruk adalah runtuhnya akhlaq pemimpin dan para ulama sehingga masyarakat mempertikaikan integriti dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan agama.

6. ⁠Ulama tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang mampu mempertahankan kebenaran. Mereka bersekongkol dalam menafikan keadilan untuk rakyat.

7. ⁠Apabila suasana menjadi terlalu rosak, ia memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam itu sendiri.

8. ⁠Maka sebab itulah sokongan yang begitu meluas diberikan kepada Mustafa Kamal Ataturk apabila beliau mampu menghalau penjajah khususnya Greece yang dibantu oleh kuasa Eropah yang lain seperti Inggeris dan Itali.

9. Kemenangan dalam siri-siri Peperangan Kemerdekaan pada 1922 menaikkan reputasi Mustafa Kamal Ataturk selaku penyelamat Bangsa Turki. Rakyat tidak lagi melihat Sultan Abdul Majid II sebagai seorang yang mampu mempertahankan maruah Bangsa Turki. Baginda telah dikhianati oleh orang-orang kepercayaan baginda sendiri.

10. ⁠Kelemahan baginda dilihat sebagai kelemahan Islam.

11. ⁠Lantaran itu apabila Mustafa Kamal mengusulkan agar faham nasionalisme sekular dijadikan asas negara Turkiye Moden, suara Islam mula luntur di hati rakyat.

12. ⁠Dari ketetapan tersebut maka bermulalah pembinaan wajah dan watak baharu Bangsa Turki. Serban digantikan dengan topi. Tudung labuh berniqab (cadar) ditanggalkan.

13. ⁠Huruf Arab digantikan dengan huruf Latin. Pendidikan Islam hanya wujud di luar sistem pendidikan arus perdana dan tidak lagi menjadi keutamaan negara.

14. ⁠Amalan agama adalah dalam ruang lingkup peribadi. Tiada siapa yang boleh mengenakan tindakan jika ada yang makan di tempat awam di kala siang Ramadhan.

15. ⁠Mustafa Kamal Ataturk mengambil sikap bahawa nilai yang dibawa Islam membawa kepada kemunduran. Nilai Barat perlu dijadikan ikutan oleh Bangsa Turkiye. Peperangan hanya mempertahankan wilayah negara, bukan pertembungan nilai bangsa.

16. Pengaruh pemikiran Mustafa Kamal turut terkesan kepada Soekarno selaku pendiri Negara Indonesia. Beliau mempertahankan perjuangan Mustafa Kamal Ataturk sehabisnya antaranya dalam tulisan beliau Di Bawah Bendera Revolusi.

17. ⁠Selang 45 tahun kemudian seorang pemuda muncul di Malaysia. Malaysia yang baru merdeka juga tercari-cari identiti masyarakatnya. Pemuda ini dengan penuh keyakinan mengusulkan bahawa Islam adalah sebuah kekuatan.

18. ⁠Islam mempunyai kekuatan dalam membina peradaban. Pemuda ini yakin bahawa Bangsa Melayu khususnya, akan menjadi semakin bermaruah dan kuat apabila kukuh ikatan aqidahnya bersama Islam. Sikap yang sama sekali berbeza dengan sikap Mustafa Kamal Ataturk.

19. ⁠Slogan 'Islam sebagai cara hidup', 'Islam sebagai sistem kehidupan' diangkat bagi memperteguh komitmen masyarakatnya bersama Islam.

20. ⁠Kitab 'Islam and Secularism' menjadi asas bagi penghujahan betapa sekularisme di Barat yang diertikan dengan pemusuhan terhadap agama adalah satu tragedi terhadap peradaban.

21. ⁠Kitab 'Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu' yang mengangkat betapa besarnya jasa Islam dan membina Bangsa Melayu yang mencintai ilmu dan mampu membina peradaban membesarkan lagi jarak perbezaan antara pemuda ini dengan Mustafa Kamal Ataturk.

22. ⁠Pemuda yang dimaksudkan ini adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

23. ⁠Atas keyakinan terhadap Islam maka beliau terus berjuang untuk merealisasikan apa yang diyakininya.

24. ⁠Bermula dengan penginstitusian Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bank Islam, Takaful Islam.

25. ⁠Ditambah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dengan jelas menggariskan betapa agama perlu diberikan tempat yang tinggi dan bukan dimusuhi dalam pendidikan arus perdana negara.

26. ⁠Kalau Mustafa Kamal mengkehendaki wanita Turkiye membuang tudung, tapi Anwar Ibrahim mendidik anak buahnya agar memakai tudung atas kesedaran sendiri.

27. ⁠Tulisan Jawi menjadi salah satu agenda beliau. Tulisan Jawi bukan sekadar tulisan, tetapi ia adalah penghubung kebudayaan Melayu di Nusantara. Ia tersebar dari Kemboja ke Selatan Thai, ke Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Kesultanan Brunei dan Kalimantan lalu menyeberangi Laut Sulu ke Selatan Filipina.

28. ⁠Atas kesedaran itu, Islam dilihat sebagai satu adikuasa yang kuat pengaruhnya dalam mengangkat darjat, martabat dan harakat bangsa Melayu.

29. ⁠Jelas terbukti bahawa kedua-dua pemimpin ini mengambil posisi yang berlawanan.

30. ⁠Maka jika kita ingin memahami keterujaan sahabat apabila Baginda Rasulullah s.a.w yang bangun berdiri menghormati jenazah Yahudi yang lalu di hadapan Baginda, ia bukan sahaja dari sudut adab dan perilaku tetapi juga pertembungan pemikiran dan permusuhan pandangan antara kedua pihak yang tidak menghalang penghormatan diberikan atas sifat kemuliaan insan (karamah insaniah).

31. ⁠Sudah tentu setiap bangsa ada cara penghormatan yang tersendiri, ia bukan satu penyembahan atau kepatuhan kepada seorang yang berbeza pendirian.

Amidi bin Hj Abdul Manan.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat,
Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan.

02/12/2025

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama - JPPA PKR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama - JPPA PKR:

Shortcuts

Share