Persatuan Penduduk Gugusan Semarak Seksyen 4 Kota Damansara

Call Directions

Persatuan Penduduk Gugusan Semarak Seksyen 4 Kota Damansara PPGS Seksyen 4 Kota Damansara telah ditubuhkan pada 12 Jun 2026. No pendaftaran PPM-018-10-12062026

Semarak Sejahtera Satu Komuniti

23/07/2026
[LAWATAN KEBAJIKAN & PRIHATIN KOMUNITI GUGUSAN SEMARAK]Untuk makluman pihak tuan/puan, anak kepada penduduk di kawasan k...
23/07/2026

[LAWATAN KEBAJIKAN & PRIHATIN KOMUNITI GUGUSAN SEMARAK]

Untuk makluman pihak tuan/puan, anak kepada penduduk di kawasan kita kini sedang bertarung dengan penyakit Epilepsy Syndrome (Sawan).

Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Penduduk Gugusan Semarak telah mengadakan sesi ziarah kebajikan pada 21 Julai 2026 (Selasa) jam 6.00 petang ke kediaman keluarga berkenaan bagi meneliti keadaan semasa dan menghulurkan sokongan moral serta bantuan awal.

Butiran Pesakit:
🔹 Nama Anak: Muhammad Zikri Mikael bin Abdullah (7 Tahun)
🔹 Nama Ibu Penjaga: Puan Noor Sahirah Binti Zulkefli
🔹 Alamat: 3-3-8 Blok 3, Gugusan Semarak, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4 Kota Damansara

Keadaan Kesihatan & Keperluan:
Adik Zikri Mikael tidak dapat makan secara normal dan bergantung sepenuhnya kepada pemakanan melalui tiub (Nasogastric Tube). Pihak hospital telah menyarankan agar beliau menjalani Diet Ketogenik khusus bagi mengawal serangan sawan tersebut.

⚠️ Beban Kos Bulanan:
Keperluan formula susu khas diet ketogenik serta peralatan perubatan pakai buang (seperti tiub, picagari feeding, dan lampin pakai buang) memerlukan kos bulanan yang sangat tinggi. Beban kewangan ini amat berat untuk ditanggung oleh keluarga berkenaan memandangkan pendapatan bulanan mereka yang agak terhad.

📞 Hubungi / Bantuan Terus:
Kepada jiran tetangga atau mana-mana pihak yang berhasrat untuk bertanyakan khabar mahupun menghulurkan sumbangan terus, boleh hubungi ibu beliau, Puan Noor Sahirah di talian 018-2131690.

Sama-sama kita mendoakan agar Adik Zikri Mikael diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan keluarga beliau dikurniakan ketabahan.

✅ UPDATE: Mesyuarat Bulanan Kali Ke-2 Selesai Dijalankan!Sabtu lalu (18.7.2026), barisan AJK Persatuan Penduduk telah be...
22/07/2026

✅ UPDATE: Mesyuarat Bulanan Kali Ke-2 Selesai Dijalankan!

Sabtu lalu (18.7.2026), barisan AJK Persatuan Penduduk telah berkumpul di Dewan Gugusan Semarak 2 bermula jam 9.00 malam bagi membincangkan beberapa agenda penting kawasan:

💡 Intipati Utama Mesyuarat:

Perancangan & tindakan susulan bagi Penubuhan KRT.

Persiapan awal untuk Program Ambang Merdeka Semarak.

Perbincangan Yuran Keahlian Persatuan (Tahunan & Seumur Hidup).

Perancangan Pelancaran Baju Korporat Rasmi AJK persatuan.

Terima kasih atas komitmen dan idea-idea padu yang disumbangkan. Semoga segala perancangan ini berjalan lancar demi kebaikan seluruh penduduk Gugusan Semarak! 🌳✨

🌳Update Hari Ke-2: Kerja Cantas Pokok Diteruskan Esok (Khamis) 🌳Hari ini masuk hari kedua kontraktor MBPJ bertungkus-lum...
15/07/2026

🌳Update Hari Ke-2: Kerja Cantas Pokok Diteruskan Esok (Khamis) 🌳

Hari ini masuk hari kedua kontraktor MBPJ bertungkus-lumus mencantas dahan-dahan pokok di kawasan kita.

Tapi ada sedikit plot twist! Kerja hari ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana ada beberapa buah kenderaan buruk/tersadai betul-betul di bawah pokok yang hendak dicantas. Atas faktor keselamatan jentera dan harta benda, kontraktor terpaksa tangguhkan baki kerja ke esok hari (16 Julai 2026).

Esok, kontraktor akan fokus untuk mencantas di bahagian dalam.

🌳 KEMAS KINI: KERJA-KERJA CANTASAN POKOK HARI PERTAMA SELESAI 🌳Susulan tinjauan tapak semalam (13 Julai), kerja-kerja ca...
14/07/2026

🌳 KEMAS KINI: KERJA-KERJA CANTASAN POKOK HARI PERTAMA SELESAI 🌳

Susulan tinjauan tapak semalam (13 Julai), kerja-kerja cantasan pokok di kawasan kita telah mula dijalankan hari ini (14 Julai 2026) oleh pihak kontraktor MBPJ. Untuk makluman semua, proses ini akan memakan masa selama dua (2) hari iaitu pada 14 dan 15 Julai 2026.

Alhamdulillah, fasa pertama hari ini berjalan lancar. Kawasan yang dah dicantas kini nampak lebih terang dan selamat!

⚠️ NOTIS PENDUDUK: Kerja-kerja baki akan disambung semula esok (15 Julai). Mohon kerjasama semua penduduk untuk tidak meletakkan kenderaan berhampiran kawasan pokok yang dijadualkan untuk dicantas esok demi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Terima kasih kepada kru kontraktor MBPJ yang bertungkus-lumus hari ini. Kita sambung esok! 💪✨

🛠️ Tinjauan Turun Padang: Perancangan Cantas Pokok bersama MBPJ 🛠️Sebelum kerja bermula, perancangan awal itu wajib! Sem...
14/07/2026

🛠️ Tinjauan Turun Padang: Perancangan Cantas Pokok bersama MBPJ 🛠️

Sebelum kerja bermula, perancangan awal itu wajib! Semalam (13.7.2026), kami telah turun padang bersama wakil kontraktor MBPJ untuk meneliti struktur dan kawasan pokok-pokok yang perlu dicantas.

Langkah ini bagi memastikan proses cantasan sebenar pada hari ini (14.7.2026) berjalan lancar dan mengikut standard keselamatan yang ditetapkan.

Terima kasih MBPJ atas tindakan responsif. Semoga usaha ini memberikan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik untuk penduduk setempat! 💪🌳

06/07/2026
Pada hari saya hadir selaku ajk kebajikan dan sosial,saya bersama pengurusi ppgs menziarahi dan bertanya khabar abang sh...
04/07/2026

Pada hari saya hadir selaku ajk kebajikan dan sosial,saya bersama pengurusi ppgs menziarahi dan bertanya khabar abang sham,beliau akan menjalani prmbedahan pintasan jantung pada hari selasa ini bersamaan 22/6/2026.Pihak Ppgs mendoakan agar diberi kekuatan dan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

Address

2-2-3 GUGUSAN SEMARAK, Jalan CAMAR 4/1 KOTA DAMANSARA
Petaling Jaya
47810

Telephone

+60143256788

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Gugusan Semarak Seksyen 4 Kota Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share