Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan

Call Directions Contact the organization

Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan (Yayasan IMPAK) merupakan sebuah NGO

29/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

✨PERGINYA SEORANG TOKOH, KEKALNYA SERIBU BUDI.✨

Ada insan yang kehadirannya membawa ketenangan, baktinya menyentuh kehidupan, dan pemergiannya meninggalkan rasa kehilangan yang mendalam.

Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan warga pengurusan Yayasan IMPAK menzahirkan ucapan belasungkawa kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian insan tercinta, Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Budi, kasih dan pengabdian Almarhumah akan terus dikenang dengan penuh penghormatan. Segala kebaikan yang ditinggalkan menjadi teladan untuk kita meneruskan bakti kepada masyarakat dan negara.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, menerima segala amal solehnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh keluarga dikurniakan kesabaran dan kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Jasad kembali kepada Ilahi. Budi kekal dalam ingatan, kasih tersemat dalam doa. Al-Fatihah.

15/09/2026

🇲🇾🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🌺🇲🇾

Tanggal 16 September mengingatkan kita bahawa Malaysia terbina daripada perpaduan, pengorbanan dan kekuatan dalam diversiti.

Dari Semenanjung, Sabah hingga Sarawak, kita berkongsi satu tanah air, satu identiti dan satu masa hadapan. Marilah kita terus menghormati perbezaan, memperkukuh perpaduan serta membina Malaysia yang inklusif, sejahtera dan penuh ihsan.

✨“Inisiatif Kami Hari Ini, IMPAK Masa Hadapan Anda”✨

Yayasan IMPAK komited melaksanakan inisiatif dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan kerana setiap usaha hari ini mampu mencetuskan IMPAK yang besar pada masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Pengurusan Yayasan IMPAK.

❤️Berbeza budaya, tetap satu jiwa.
🤝 Berbeza latar, tetap satu keluarga.
🇲🇾 Berbeza negeri, tetap satu Malaysia.

24/08/2026

*Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ*

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu suri teladan yang baik bagi kamu.”

(Surah Al-Ahzab: 21)

Dengan penuh kesyukuran, Yayasan IMPAK mengucapkan

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

“Berselawat, Menghayati Sirah, Meneladani Akhlak Rasulullah ﷺ”

Ikhlas daripada,
YAYASAN IMPAK

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H/2026M daripada Lembaga Pemegang Amanah serta warga kerja Yayasan IMPAK.Sempena hari y...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H/2026M daripada Lembaga Pemegang Amanah serta warga kerja Yayasan IMPAK.

Sempena hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan, dan kesabaran. Semoga semangat Aidiladha ini terus memberi inspirasi kepada kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada Para Peserta/Penyumbang Program Ibadah Korban & Aqiqah KURNIA 1447H/2026M, KEMBOJA anjuran Yayasan IMPAK, Rakan-rakan Strategik dan seluruh umat Islam!

Selamat Hari Pekerja Kepada Seluruh Rakyat Malaysia 💐Semoga setiap usaha yang kita lakukan menjadi ibadah dan sentiasa d...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja Kepada Seluruh Rakyat Malaysia 💐

Semoga setiap usaha yang kita lakukan menjadi ibadah dan sentiasa diberkati Insha Allah.
Dan terima kasih atas komitmen dan dedikasi anda dalam membina masa depan yang lebih baik.



Indah cahaya di pagi raya,Takbir bergema menyentuh jiwa,Andai tersalah tutur dan kata,Mohon maaf atas segalanya.Di kesem...
20/03/2026

Indah cahaya di pagi raya,
Takbir bergema menyentuh jiwa,
Andai tersalah tutur dan kata,
Mohon maaf atas segalanya.

Di kesempatan ini, kami dari *Yayasan Impak* ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


10 malam terakhir Ramadan telah tiba.Mari gandakan ibadah dan moga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar, malam ...
10/03/2026

10 malam terakhir Ramadan telah tiba.
Mari gandakan ibadah dan moga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar, malam yang penuh keberkatan.
Insha Allah 🤲🏼🤲🏼✨


06/03/2026

Mari kita mengingati peristiwa Nuzul Al-Quran

- Berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun laitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan tarikh 6 Ogos 610M.
- lanya merupakan penurunan ayat pertama al-quran kepada Rasulullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
- Ayat al-Quran pertama yang diturunkan adalah Surah al-Alaq, ayat 1-5.
- Peristiwa ini berlaku di Gua Hira' yang mana gua tersebut terletak di utara Mekkah dan la menjadi tanda awal kenabian Muhammad SAW serta menjadi titik tolak kepada perjuangan menyebarkan fahaman agama Islam di bumi Arab.
- Tujuan al-Quran diturunkan lalah untuk tadabbur kandungannya kerana terdapat banyak manfaat yang boleh diambil dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Amalan yang digalakkan
- Perbanyakkan bacaan al-Quran sebaiknya sehingga khatam.
- Beriktikaf di masjid kerana ia merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
- Perbanyakkan dengar ceramah, pengisian dan tazkirah yang berkaitan dengan peristiwa Nuzul Quran supaya kita dapat hayati perjalanan Nabi dalam menerima wahyu yang pertama.
- Beristighfar dan berdoa agar diampuni segala dosa yang telah dilakukan mahupun yang akan dilakukan kerana peristiwa ini terdapat keberkatannya yang tersendiri.


19/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙

Bulan Ramadan adalah bulan al-Quran dan ia bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
Moga hadirnya bulan yang mulia ini membawa cahaya ke dalam hati, ketenangan dalam jiwa dan keberkatan dalam setiap langkah kita.
Semoga setiap doa diangkat, setiap amal diterima dan setiap dosa diampunkan.
Amin Ya Rabb 🤍🤲🏼

Ikhlas Dari Yayasan Impak


COUNTDOWN RAMADAN YANG DIRINDUI 🌙2️⃣0️⃣ HARI LAGIMalam Nisfu Syaaban mengajar kita tentang luasnya keampunan dan rahmat ...
30/01/2026

COUNTDOWN RAMADAN YANG DIRINDUI 🌙
2️⃣0️⃣ HARI LAGI

Malam Nisfu Syaaban mengajar kita tentang luasnya keampunan dan rahmat Allah. Inilah masa untuk membersihkan hati, saling memaafkan dan meninggalkan perkara yang buruk.
Persiapkan diri dengan kebaikan agar Ramadan disambut dengan jiwa yang tenang dan penuh keikhlasan.


Address

Aras 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 16 Jalan Utara
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+601159963406

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Inisiatif Membangun Pendidikan Dan Amal Kebajikan:

Shortcuts

Share