28/06/2025
Maklumat Aktiviti KRT
Nama KRT/SRS: KRT TAMAN INDAH JAYA
Nama Aktiviti/Program: Majlis penyampaian sumbangan geran PASUKAN KESELAMATAN KEJIRANAN PETALING JAYA ( PKKPJ ) 2025
Anjuran : MBPJ
Tarikh: 28 Jun 2025 (SABTU)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan sivik MBPJ ( Dewan Banquet MBPJ )
Pengisian Aktiviti:
1. Kata-kata aluan dari yang berhormat dato bandar petaling jaya.
2. Kata-kata aluan dari yang berhormat puan jamaliah binti jamaluddin, EXCO kesihatan awam dan alam sekitar negeri selangor
3. Inisiatif ini menjadi bukti nyata komitmen berterusan MBPJ bagi memperkukuh aspek keselamatan komuniti sekali gus membentuk persekitaran bandar yang lebih selamat, inklusif dan mampan untuk seluruh warga Petaling Jaya.
4. Sebanyak 135 permohonan geran PKKPJ telah diluluskan melibatkan 71 Persatuan Penduduk (RA), 38 Rukun Tetangga (RT) dan 26 Badan Pengurusan Bersama (JMB). Sejumlah peruntukan sebanyak RM600,000 telah disalurkan, di mana setiap pasukan layak menerima sumbangan sebanyak RM3,000.
5. Inisiatif ini bukan sekadar sumbangan, tetapi simbol penghargaan kepada semangat sukarelawan yang menjadi tunjang keselamatan komuniti di Petaling Jaya.
Perasmi: YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin , EXCO kesihatan awam dan alam sekitar negeri selangor
Kehadiran: 3 orang wakil ajk krt Taman Indah Jaya
Laporan oleh:
Mohamad yusasrol shah bin mohd yusoff
Penolong Setiausaha
Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya - PKKPJ
𝙈𝙚𝙢𝙗𝙪𝙙𝙖𝙮𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣, 𝙈𝙚𝙧𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙖𝙣
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama