16/09/2026
Hari Malaysia meraikan kita semua. Namun, apa maknanya jika masyarakat asal negara ini masih diketepikan daripada keputusan yang melibatkan tanah, kehidupan dan masa depan mereka?
Malaysia bukan hanya tentang pembangunan dan ekonomi. Bagi Orang Asal, tanah bukan sekadar sumber โ ia adalah kehidupan, sejarah dan warisan yang telah dijaga sejak turun-temurun.
Dalam menghadapi perubahan iklim, banjir dan jerebu, pengetahuan, tradisi dan amalan Orang Asal dalam menjaga alam semakin penting. Namun, pencerobohan tanah dan projek pembangunan terus mengancam cara hidup, sumber kehidupan serta hubungan komuniti dengan Tanah dan Wilayah Adat mereka. Melindungi Tanah dan Wilayah Adat daripada ancaman ini juga bermakna melindungi pengetahuan, warisan dan alam yang dijaga oleh Orang Asal untuk generasi akan datang.
Sebab itu, apabila sesuatu pembangunan melibatkan Tanah dan Wilayah Adat Orang Asal, kami bukan sekadar pihak yang menerima kesan daripada keputusan yang dibuat. Kami mempunyai hak untuk terlibat dan bersuara dalam menentukan apa yang berlaku kepada tanah, wilayah dan kehidupan kami. Kami perlu diiktiraf sebagai equal partners, terutamanya dalam keputusan yang melibatkan hak dan kehidupan kami.
Tapi bagaimana hak ini sepatutnya dihormati apabila sesuatu projek pembangunan melibatkan komuniti Orang Asal?
Hak Orang Asal untuk menentukan masa depan mereka telah diiktiraf melalui piawaian antarabangsa. Dalam episod pertama siri ini, ikuti Amai dan Daro mengenali UNDRIP dan prinsip Izin berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMABT/ FPIC) โ sebuah mekanisme yang memastikan komuniti bukan sekadar dimaklumkan, tetapi mempunyai suara dalam keputusan yang memberi kesan kepada mereka.
Sempena Hari Malaysia ๐ฒ๐พ, mari kita bina Malaysia yang bukan sahaja membangun, tetapi turut menghormati masyarakat asalnya dan mengiktiraf sumbangan Orang Asal dalam melindungi warisan dan alam untuk semua.
==
Program ini dijayakan dengan sokongan daripada inisiatif โAgents of Change: Youth and Media for Responsible Businessโ Kesatuan Eropah-UNDP. Namun begitu, segala kandungan dan kesimpulan yang disampaikan adalah pandangan peribadi para pembicara sahaja, dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Kesatuan Eropah atau Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).