Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR)

Motto : Membantu, Bekerjasama, Muafakat

15/06/2026
12/06/2026
Teksi tidak dibenarkan tawar-menawar tambang. Tetapi mengapa e-hailing dibenarkan menggunakan sistem bidding yang akhirn...
10/06/2026

Teksi tidak dibenarkan tawar-menawar tambang. Tetapi mengapa e-hailing dibenarkan menggunakan sistem bidding yang akhirnya menekan kadar tambang dan pendapatan pemandu?




BIDDING MEROSAKKAN STRUKTUR TAMBANG E-HAILINGRamai melihat bidding sebagai satu pilihan.Pengguna bebas memilih tambang y...
08/06/2026

BIDDING MEROSAKKAN STRUKTUR TAMBANG E-HAILING

Ramai melihat bidding sebagai satu pilihan.

Pengguna bebas memilih tambang yang lebih murah.

Pemandu p**a bebas menerima atau menolak tempahan.

Namun kesan sebenar bidding bukan terletak pada pilihan yang diberikan.

Kesan sebenar bidding adalah bagaimana ia mengubah struktur tambang seluruh industri e-hailing.

Apabila pengguna dibiasakan dengan tambang yang lebih murah, tambang tersebut akan menjadi penanda aras baharu dalam pasaran.

Lama-kelamaan, harga yang dahulunya dianggap terlalu rendah mula diterima sebagai sesuatu yang normal.

Apabila pengguna mula menganggap tambang murah sebagai perkara biasa, platform yang menawarkan tambang lebih rendah akan menjadi pilihan.

Platform lain p**a akan menerima tekanan untuk menawarkan kadar yang lebih rendah bagi mengekalkan daya saing.

Akhirnya, persaingan tidak lagi tertumpu kepada kualiti perkhidmatan, keselamatan, pengalaman pengguna atau kos operasi sebenar yang ditanggung pemandu.

Sebaliknya, persaingan mula tertumpu kepada siapa yang mampu menawarkan harga paling rendah.

Di sinilah struktur tambang industri mula berubah.

Tambang tidak lagi mencerminkan nilai sebenar sesuatu perkhidmatan.

Tambang tidak lagi mengambil kira peningkatan kos operasi yang ditanggung pemandu.

Sebaliknya, tambang mula dibentuk oleh tekanan pasaran untuk menjadi lebih murah daripada pesaing.

Bidding tidak menurunkan kos operasi.

Bidding tidak meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Bidding hanya mengubah jangkaan pengguna terhadap kadar tambang yang dianggap normal.

Bidding bukan persaingan sihat.

Bidding memaksa industri bersaing pada harga paling murah, bukan kualiti perkhidmatan.

Apabila industri dipaksa bersaing pada harga paling murah, yang menjadi mangsa ialah nilai perkhidmatan dan maruah pendapatan pemandu.

Bidding tidak merosakkan satu perjalanan.

Bidding merosakkan struktur tambang seluruh industri e-hailing.

HARAMKAN SISTEM BIDDING.
TETAPKAN TAMBANG DINAMIK MINIMUM.








SIAPA SEBENARNYA MENURUNKAN KADAR TAMBANG E-HAILING?Ramai menyalahkan platform.Ramai menyalahkan pemandu.Ramai juga meny...
08/06/2026

SIAPA SEBENARNYA MENURUNKAN KADAR TAMBANG E-HAILING?

Ramai menyalahkan platform.
Ramai menyalahkan pemandu.
Ramai juga menyalahkan pengguna.

Tetapi hakikatnya, punca utama kejatuhan kadar tambang e-hailing adalah sistem bidding.

Apabila sesebuah platform membenarkan pemandu bersaing sesama sendiri melalui tawar-menawar harga, persaingan tidak lagi berlaku pada kualiti perkhidmatan, tetapi pada siapa yang sanggup menerima tambang paling rendah.

Hari ini RM30.
Esok RM25.
Lusa RM20.

Ramai berkata, "Kalau tak mahu ambil, jangan ambil."

Masalahnya, sentiasa ada pemandu yang terpaksa menerima tambang lebih rendah kerana perlu mendapatkan tempahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Apabila perkara ini berlaku secara berterusan, pasaran akan menyesuaikan diri dengan harga yang lebih rendah. Tambang yang suatu ketika dahulu dianggap tidak munasabah akhirnya menjadi kadar pasaran yang baharu. Akibatnya, penurunan tambang bukan lagi berlaku kepada seorang pemandu, tetapi kepada keseluruhan industri seperti yang sedang berlaku hari ini.

Lebih memburukkan keadaan, kadar tambang yang rendah ini akan dijadikan rujukan oleh pasaran. Apabila pengguna sudah terbiasa dengan tambang murah, sebarang usaha untuk menaikkan semula kadar tambang akan mendapat tentangan kerana harga rendah telah dianggap sebagai perkara biasa.

Inilah sebabnya mengapa kadar tambang yang telah jatuh akibat bidding amat sukar untuk dipulihkan semula.

Sedangkan kos operasi tidak pernah turun.

Minyak naik, Insurans naik, kos penyelenggaraan kenderaan naik, kos sara hidup naik.

Tetapi tambang terus ditekan ke bawah.

Lebih membimbangkan, apabila sesebuah platform menawarkan tambang lebih murah melalui bidding, platform lain juga akan menerima tekanan untuk menurunkan tambang bagi kekal bersaing.

Akibatnya, penurunan tambang tidak lagi berlaku pada satu platform sahaja, tetapi merebak ke seluruh industri.

Inilah yang dipanggil "race to the bottom". Perlumbaan menurunkan harga sehingga industri tidak lagi mampu memberikan p**angan yang munasabah kepada pemandu.

Dalam mana-mana industri, persaingan yang sihat berlaku melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, kecekapan operasi dan inovasi.

Namun dalam sistem bidding, persaingan berlaku melalui penurunan harga.

Apabila satu-satunya cara untuk mendapatkan tempahan adalah dengan menawarkan harga lebih rendah, maka pendapatan pemandu akan sentiasa berada di bawah tekanan tanpa mengira peningkatan kos operasi.

Kesannya jelas:

• Pendapatan pemandu semakin merosot.

• Semakin ramai pemandu berpengalaman meninggalkan industri.

• Kualiti perkhidmatan terjejas.

• Masa menunggu pengguna semakin lama.

• Keseluruhan industri terperangkap dalam kitaran penurunan tambang yang sukar dipulihkan.

Hakikatnya, bidding tidak mencipta nilai baharu.

Bidding hanya menurunkan harga dengan mengorbankan pendapatan pemandu.

Jika tambang diserahkan sepenuhnya kepada sistem tawar-menawar, tambang tidak lagi ditentukan berdasarkan jarak, masa dan kos operasi sebenar, tetapi berdasarkan siapa yang paling sanggup mengurangkan pendapatannya sendiri.

Tambang yang adil perlu mengambil kira jarak perjalanan, masa, kos operasi dan kelangsungan industri, bukannya tahap kesanggupan pemandu untuk menerima pendapatan yang semakin rendah.

Sebab itu penyelesaiannya bukan bidding.

Penyelesaiannya ialah tambang dinamik minimum yang adil dan telus berdasarkan jarak, masa perjalanan, permintaan serta kos operasi semasa.

Haramkan sistem tambang bidding.
Tetapkan tambang dinamik minimum.

Hentikan perlumbaan menurunkan harga sebelum seluruh industri menjadi mangsanya.

Selamatkan masa depan industri e-hailing.



Selagi Sistem Bidding Wujud, Isu Tambang Rendah Tidak Akan Selesai📍 Setia City Convention Centre, Setia Alam Ke KLCC📏 Ja...
06/06/2026

Selagi Sistem Bidding Wujud, Isu Tambang Rendah Tidak Akan Selesai

📍 Setia City Convention Centre, Setia Alam Ke KLCC

📏 Jarak: 38 km

⏱️ Masa Perjalanan: 59 minit

🚦 Peak Hour | Hari Cuti | Trafik Sesak

Tambang Bidding:
- InDrive: RM28.00
- Maxim: RM36.20

Tambang Dinamik:
- MyCar: RM94.22
- Grab: RM59.00
- Bolt : RM 30 (selepas promo 40%)

Perjalanan yang sama.
Jarak yang sama.
Masa yang sama.

Tetapi masih ada platform yang menawarkan tambang serendah RM28 untuk perjalanan sejauh 38 km yang mengambil masa hampir 1 jam.

Jika perjalanan seperti ini pun boleh ditawarkan pada harga RM28, bagaimana pemandu mahu menampung kos minyak, penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup yang semakin meningkat?

Hakikatnya mudah.

Pengguna akan memilih tambang yang paling murah.

Apabila tambang bidding dibenarkan, seluruh industri akan menerima tekanan untuk menurunkan harga bagi kekal bersaing.

Inilah punca sebenar perang harga dalam industri e-hailing.

Jangan salahkan pemandu kerana menerima tempahan.

Yang perlu dipersoalkan ialah kenapa sistem membenarkan tambang ditekan sehingga ke paras yang tidak munasabah.

Selagi tambang bidding dibenarkan, selagi itulah perang harga akan berterusan.

Dan selagi perang harga berterusan, isu tambang rendah tidak akan pernah selesai.

Haramkan Tambang Bidding
Tetapkan Tambang Dinamik Minimum
Lindungi Pendapatan Pemandu
Wujudkan Persaingan Yang Adil

Industri e-hailing memerlukan tambang yang adil, bukannya sistem yang mengorbankan pendapatan pemandu demi tambang murah.




Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD

Rumah dah siap, baru cari paku, tukul dan pahat.Akta dah lulus, pelaksanaan dah jalan, struktur pampasan baru nak kaji?P...
13/05/2026

Rumah dah siap, baru cari paku, tukul dan pahat.

Akta dah lulus, pelaksanaan dah jalan, struktur pampasan baru nak kaji?

Pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing bukan bahan eksperimen dasar.


1. The implementation of the new 'Group Ride' function by Grab Malaysia is viewed as a strategic step in reducing public...
09/05/2026

1. The implementation of the new 'Group Ride' function by Grab Malaysia is viewed as a strategic step in reducing public dependence on private vehicles and can help smoothen urban traffic flow and reduce transportation costs.

2. Penghantar welcomes the Transport Ministry's stand in encouraging the development of mobility solutions in Kuala Lumpur that are capable of reducing dependency on private car use.

3. The approach will improve public transport integration and enhance the urban mobility ecosystem through the use of practical and efficient technology, it said as it urged the government to reconsider the qualifications for BUDI MADANI RON95 (BUDI95) additional quota for part time e-hailing drivers who are active at least four days a week and recorded a minimum of 500 kilometres' travel a month.

Kredit : New Straits Times

Full News Article :

https://www.nst.com.my/amp/news/regional/2026/05/1435772/group-ride-improves-public-transport-integration-penghantar


Asalukabillah.Walaupun taktik scam seperti ini sudah banyak kali didedahkan, dan platform juga telah berulang kali menge...
06/05/2026

Asalukabillah.

Walaupun taktik scam seperti ini sudah banyak kali didedahkan, dan platform juga telah berulang kali mengeluarkan peringatan, masih ada rakan pemandu dan penghantar yang menjadi mangsa akibat mengambil risiko atas dasar simpati dan kepercayaan.

PENGHANTAR amat berharap semua rakan pemandu dan penghantar mengambil iktibar daripada kejadian ini. Jangan sesekali membuat pembayaran bagi pihak pelanggan, berkongsi maklumat peribadi atau meneruskan permintaan yang meragukan tanpa pengesahan rasmi melalui aplikasi.

Keselamatan dan kewaspadaan perlu sentiasa menjadi keutamaan ketika menjalankan tugasan. Jangan mudah terpedaya dengan helah simpati, cerita kecemasan atau “tips” yang digunakan scammer untuk mengambil kesempatan terhadap komuniti gig e-hailing dan p-hailing.

https://www.facebook.com/share/p/18SxTckp7z/



Address

Petaling Jaya
46150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia:

Shortcuts

Share