27/02/2023
Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik See Chee Kong, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sektor Perkhidmatan (SSDD) membincangkan kemajuan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi tahun 2022 serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri Perkhidmatan Profesional.
Industri perkhidmatan profesional memfokuskan inisiatif di bawah RMKe-12 di dalam Bab 2: Mengembalikan Semula Momentum Pertumbuhan bagi Industri Perkhidmatan Profesional. Terdapat tiga bidang keutamaan yang dibincangkan iaitu Bidang Keutamaan A: Melonjakkan Pertumbuhan Produktiviti, Bidang Keutamaan B: Memperluas Pasaran Eksport; dan Bidang Keutamaan E: Menambah Baik Dasar dan Tadbir Urus.