TSM Charity Golf

Directions Website Contact the organization

TSM Charity Golf " It is important that we do something in life, to help the poor and the needy and that when we give, we give from the heart.

" - YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Founder TSMCG)

25/09/2026

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 TAHUN 2026 SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG, PERAK.

Alhamdulillah, pada 11 September 2026 yang lalu, kami telah menerima jemputan daripada SMK Seri Samudera untuk merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Sofera Manjung, Perak.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Wan Muhammad Adzwan, Operations Manager, yang mewakili YBhg. Dato’ Mustapha Buang, Presiden TSM Charity Golf.

Buat anak-anak SMK Seri Samudera, khususnya para bakal calon SPM 2026, jadikanlah setiap ilmu, pengalaman, cabaran dan kenangan sepanjang zaman persekolahan sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh.

Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kejayaan dalam SPM dan terus melangkah dengan penuh keyakinan menuju masa depan. 🌟

Tahniah dan selamat maju jaya buat semua bakal graduan Tingkatan 5 SMK Seri Samudera 🎓


22/09/2026

🇲🇾 A Throwback to Merdeka Golf 2026 ⛳

Celebrating the spirit of Merdeka through a day of sportsmanship and memorable moments on the green.

📅 10 September 2026
📍 Tasik Puteri Golf & Country Club

A meaningful celebration of unity, passion and the love for the game. 🇲🇾✨

15/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

16 September — hari kita mengenang bahawa Malaysia dibina atas kepelbagaian, perpaduan dan semangat bersama. ❤️🤍💙💛

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu, serta menjadi tanah air yang lebih baik untuk generasi akan datang.

UDARA BERJEREBU, KESIHATAN DIUTAMAKAN 😷Keadaan jerebu memerlukan kita lebih prihatin terhadap kesihatan diri dan keluarg...
11/09/2026

UDARA BERJEREBU, KESIHATAN DIUTAMAKAN 😷

Keadaan jerebu memerlukan kita lebih prihatin terhadap kesihatan diri dan keluarga. Kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu, kekal hidrasi dan ambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada segala kemudaratan dan dikurniakan kesihatan yang baik. 🤲🏻

Jaga diri. Jaga keluarga. Jaga kesihatan.

Satu Hati, Satu Negara, Sejuta Harapan 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghargai semangat pe...
30/08/2026

Satu Hati, Satu Negara, Sejuta Harapan 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghargai semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air.

Semoga Malaysia terus melangkah maju dengan penuh keyakinan, saling menghormati dan semangat kebersamaan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! 🇲🇾

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ 🌙✨

Semoga kita sentiasa meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Semoga cinta kepada Rasulullah menjadi jalan menuju rahmat dan keberkatan-Nya. 🤍

Semoga Jumaat yang mulia ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam kehidupan dan kebaikan buat kita semua.Mari...
21/08/2026

Semoga Jumaat yang mulia ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam kehidupan dan kebaikan buat kita semua.

Marilah kita memperbanyakkan doa, menghulurkan sedekah dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi asbab hadirnya keberkatan dan manfaat kepada lebih ramai insan. 🤲🏻✨

Jom Berdoa. Jom Beramal. Jom Berkongsi Kebaikan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤍

Kebaikan Bermula Dengan Satu Langkah 🤍Setiap kebaikan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan yang besar dalam kehidupa...
17/08/2026

Kebaikan Bermula Dengan Satu Langkah 🤍

Setiap kebaikan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seseorang. Memberi bukan sekadar tentang harta, tetapi juga tentang masa, tenaga, perhatian dan keikhlasan. Satu tindakan kecil hari ini mungkin menjadi sinar harapan buat insan lain.

Marilah kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dan membina sebuah masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan saling menyokong.

Salam Jumaat, Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan hati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala uru...
31/07/2026

Salam Jumaat,

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan hati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan kesihatan yang baik buat kita semua.

📍SMK Seri Samudera, Manjung, Perak🗓️ Jumaat, 19 June 2026Alhamdulillah, Yayasan TSM Charity Golf berbesar hati menerima ...
20/06/2026

📍SMK Seri Samudera, Manjung, Perak
🗓️ Jumaat, 19 June 2026

Alhamdulillah, Yayasan TSM Charity Golf berbesar hati menerima jemputan untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Seri Samudera, Manjung, Perak.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan usaha serta pencapaian cemerlang para pelajar yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam bidang akademik.

Pada kesempatan tersebut, Yayasan TSM Charity Golf turut menyampaikan saguhati kepada 10 orang pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 sebagai tanda penghargaan dan galakan untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Address

5. 003, Block J, The School, Jaya One, 72A, Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TSM Charity Golf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TSM Charity Golf:

Shortcuts

Share