Pakatan Kebajikan Islam Kg. Tunku

Pakatan Kebajikan Islam Kg. Tunku PAKATAN KEBAJIKAN ISLAM KG TUNKU. LATAR BELAKANG PAKATAN KEBAJIKAN ISLAM KG TUNKU. Pakatan Kebajikan Islam Kg.

Tunku (PAKATAN) telah diwujudkan sebagai sebuah organisasi informal bermula pada tahun 1966. Kg Tunku pada masa itu adalah satu kawasan perumahan baru yang majoriti penduduknya beragama Islam, tetapi mereka tidak mempunyai masjid untuk beribadah, khususnya untuk solat berjemaah dan madrasah untuk memberikan pendidikan agama kepada anak cucu mereka. Kesedaran yang mendalam inilah yang membawa

kepada penubuhan PAKATAN secara rasminya pada tahun 1968 apabila Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan PAKATAN sebagai sebuah pertubuhan NGO dengan nombor pendaftarannya 436 Selangor. Berikutan itu, AJK PAKATAN dan ahli-ahli lain telah bekerja keras mengumpul dana untuk membina Balai Islam. Pada tahun 1978 PAKATAN berjaya membina Balai lslam di atas tanah seluas kira-kira 19,000 k.p. yang dibeli daripada Syarikat Perumahan Pegawai-pegawai Kerajaan (SPPK). Dengan adanya bangunan milik sendiri itu maka bermulalah kegiatan-kegiatan keugamaan berpusat di Balai Islam seperti solat berjemaah lima waktu , solat terawih serta sambutan hari-hari kebesaran Islam. Pendidikan pra-sekolah dan Kelas Agama Fardhu ‘Ain (KAFA) juga dikendalikan di bangunan ini. Maka lahirlah Madrasah Manarul Islam Kg Tunku (MMIKT).

Address

No 2. Jalan SS 1/35, Kg. Tunku
Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:45
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:45
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:45
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:45
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:45
14:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakatan Kebajikan Islam Kg. Tunku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share