Martabat PJ

Directions Website Contact the organization

Martabat PJ We aim to fight for an inclusive, healthy and sustainable life including a commitment to reduce, if not eradicate, poverty and hunger for all.

Our mission has always been to alleviate poverty and to address the lack of opportunities for the urban poor.

Selamat Hari Malaysia daripada Martabat PJ! 🇲🇾
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia daripada Martabat PJ! 🇲🇾

Calling for volunteers!Martabat will be taking part in the Rewang: “Anak Selamat, Keluarga Bahagia” community event on S...
12/09/2026

Calling for volunteers!

Martabat will be taking part in the Rewang: “Anak Selamat, Keluarga Bahagia” community event on Saturday, 26 September 2026 at Medan Cahaya, Petaling Jaya.

The event aims to educate families and children on safety, wellbeing and violence prevention. The event will also be attended by Selangor Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari.

Martabat will be running a session on Good Touch & Bad Touch for Children and Anti-Violence for Adults, as well as an interactive information booth with leaflets, videos and games focused on preventing violence and promoting safety.

We’re looking for 15 volunteers to help us run the booth, support the session and engage with children and community members throughout the event.

📅 Saturday, 26 September 2026
🕘 9.00 AM – 3.30 PM
📍 Block G & H, Medan Cahaya, Petaling Jaya

Interested in volunteering and being part of the team? Get in touch with us!
Sharon: 011-3629 1107
Nitya: 013-725 5439

Do come and be part of a meaningful day with the community!

Wanita Ke Hadapan: Melakar Ke HadapanAkhir bulan lepas, Martabat PJ berkesempatan mengendalikan bengkel Program Wanita K...
12/09/2026

Wanita Ke Hadapan: Melakar Ke Hadapan

Akhir bulan lepas, Martabat PJ berkesempatan mengendalikan bengkel Program Wanita Ke Hadapan: Melakar Ke Hadapan di Sepang.

Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen P113 Sepang dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu

Kami amat teruja dapat bertemu dengan begitu ramai wanita yang bersemangat, berani berkongsi pandangan dan mempunyai keinginan yang kuat untuk membawa perubahan dalam komuniti dan masyarakat. Bengkel ini menjadi satu pengalaman yang amat bermakna buat kami. Selain berkongsi idea dan pengalaman, kami juga berpeluang mendengar pandangan serta belajar daripada pengalaman para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Penyertaan wanita dalam politik amat penting untuk memastikan proses membuat dasar lebih inklusif dan mencerminkan keperluan sebenar masyarakat. Apabila lebih ramai wanita terlibat dalam kepimpinan dan membuat keputusan, lebih banyak pengalaman dan perspektif dapat dibawa ke meja perbincangan. Demokrasi juga menjadi lebih kukuh apabila wanita mempunyai ruang yang bermakna untuk memimpin dan membentuk hala tuju negara.

Terima kasih kepada YB Datuk Aiman dan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen P113 Sepang atas jemputan untuk mengendalikan program ini. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk bersuara, memimpin dan terlibat secara aktif dalam politik.

Our own Martabat PJ Advisor Maria Chin Abdullah, together with Masjaliza Hamzah, explores the progress made, the gaps th...
12/09/2026

Our own Martabat PJ Advisor Maria Chin Abdullah, together with Masjaliza Hamzah, explores the progress made, the gaps that remain, and why women’s representation and leadership in STEM still matter.

Read the full article to find out more

Reading Time: 8 min readBy Masjaliza Hamzah and Maria Chin Abdullah Asia remains relatively disadvantaged in gender equality in education. However, women’s participation in STEM tells a different, more complex story, marked by both...

Selamat Menyambut Hari Merdeka 🇲🇾 kepada semua daripada Martabat PJ
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Merdeka 🇲🇾 kepada semua daripada Martabat PJ

Minggu lalu, Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ) bersama Persatuan Mawar Qaseh Peduli telah menganjurkan ...
14/08/2026

Minggu lalu, Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ) bersama Persatuan Mawar Qaseh Peduli telah menganjurkan program “Kesedaran Membawa Kebebasan: Ke Arah Masyarakat Tanpa Keganasan” di Banting, Kuala Langat.

Tujuan program telah bertujuan memperkasa wanita dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai Keganasan Berasaskan Gender (KBG), termasuk hak, perlindungan dan sokongan yang tersedia kepada mereka. Program ini disokong oleh Kasih Malaysia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Kasih Malaysia Datin Seri Azlin Hezri.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat kami serta para panelis kami Pn. Iza Sharina binti Ismail (Hospital Banting), Pn. Zarina binti Sulong (JKM Kuala Langat), En. Amirul Izzat bin Yusri (PERKESO Klang) dan Insp. Norhidayah binti Mohd (IPD Kuala Langat) atas perkongsian berkaitan perlindungan undang-undang, rawatan kecemasan, sokongan kebajikan serta peluang ekonomi untuk wanita.

Kami berharap dapat meneruskan lebih banyak program sebegini pada masa hadapan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai KBG serta memperkukuh penglibatan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menangani isu ini.

Program “Kesedaran Membawa Kebebasan: Ke Arah Masyarakat Tanpa Keganasan” yang dianjurkan oleh Martabat Untuk Semua Peta...
09/08/2026

Program “Kesedaran Membawa Kebebasan: Ke Arah Masyarakat Tanpa Keganasan” yang dianjurkan oleh Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ) bersama Persatuan Mawar Qaseh Peduli semalam memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran wanita mengenai Keganasan Berasaskan Gender (KBG).

Dari memahami bentuk-bentuk keganasan sehingga mengetahui hak dan saluran mendapatkan bantuan, pengetahuan memainkan peranan penting dalam memperkasa individu dan komuniti.

Baca liputan media di bawah: https://malaysiatribune.news/martabat-pj-mawar-qaseh-peduli-perkasa-wanita-tangani-keganasan-berasaskan-gender/

KENYATAAN MEDIA | PRESS STATEMENTKenyataan ini dikeluarkan Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ) bersama Pe...
09/08/2026

KENYATAAN MEDIA | PRESS STATEMENT

Kenyataan ini dikeluarkan Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ) bersama Persatuan Mawar Qaseh Peduli bersempena dengan program “Kesedaran Membawa Kebebasan: Ke Arah Masyarakat Tanpa Keganasan” yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Banting, Kuala Langat.

"Kami percaya setiap wanita berhak hidup dengan selamat, dihormati, dan bebas daripada keganasan. Tiada seorang pun patut hidup dalam ketakutan – sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja atau di ruang digital."

Terima kasih kepada para peserta dari Politeknik Banting atas sokongan dan penyertaan dalam program kami.💜
09/08/2026

Terima kasih kepada para peserta dari Politeknik Banting atas sokongan dan penyertaan dalam program kami.💜

Martabat Untuk Semua baru-baru ini berpeluang mengadakan satu Bengkel Penyertaan Wanita dalam Politik di Jeram, Kuala Se...
31/07/2026

Martabat Untuk Semua baru-baru ini berpeluang mengadakan satu Bengkel Penyertaan Wanita dalam Politik di Jeram, Kuala Selangor.

Terima kasih kepada semua peserta atas perbincangan yang begitu aktif dan bermakna. Kami berbesar hati dapat kembali bertemu dengan komuniti wanita di sini. Sebelum ini, kami juga pernah mengadakan beberapa bengkel bersama mereka, dan setiap kali berjumpa, kami sentiasa kagum dengan semangat, kesungguhan untuk menimba ilmu serta komitmen mereka untuk membawa perubahan kepada komuniti.

Apabila lebih ramai wanita terlibat sebagai pemimpin, suara dan pengalaman wanita dapat diterjemahkan kepada dasar yang lebih inklusif, adil dan mencerminkan keperluan sebenar masyarakat. Demokrasi menjadi lebih kukuh apabila wanita mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk memimpin. Bersama-sama, kita terus membuka lebih banyak ruang agar lebih ramai wanita berani melangkah ke hadapan sebagai pemimpin.

Program ini telah dilaksanakan bersama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Ucapan penghargaan juga kepada Ahli Majlis Kuala Selangor, Pn. Arutselvi dan Pn. Haliza atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Address

D-3-33, Block D, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1
Petaling Jaya
46050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Martabat PJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Martabat PJ:

Shortcuts

Share