09/03/2026
SAINS DI SEBALIK PUASA DAN KANSER.
Autofagi ( Autophagy ) adalah proses semulajadi di dalam badan di mana sel akan membersihkan dan mengitar semula komponen rosak seperti protein lama , toksin dan organel yang tidak berfungsi.
Proses ini penting untuk KESIHATAN kerana is membantu badan :
Membaiki sel
Mengurangkan keradangan
Melambatkan penuaan sel
Menyokong sistem imun
Berpotensi mengurangkan risiko penyakit kronik termasuk KANSER.
Autofagi biasanya aktif bila tubuh berada dalam kekurangan tenaga contohnya :
Puasa ( Intermittent fasting & puasa Ramadhan )
Senaman
Pengurangan kalori
Tidur berkualiti
Ramai pakar percaya autofagi mula meningkat sekitar 12-16 jam berpuasa tetapi tahap maksimum bergantung kepada individu.
Tetapi kesannya bergantung kepada :
Apa yg dimakan waktu berbuka
Jumlah gula dan makanan proses
Kualiti tidur
Jika berbuka berlebihan , kesan Autofagi boleh berkurang.