02/06/2026
KEDATANGAN TIDAK DIUNDANG-PEMERGIAN TIDAK DIHALANG.
Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih
Kami Tiada Sukarelawan Tetap, Tiada bergaji, tiada beri gaji, tiada beri Alaun atau Token.
Kepada Sesiapa yang hendak menjadi Sukarelawan Kami,
Pastikan kena Kuat Mental Dan Fizikal. Tahan dimaki di dibahan serta di usik. 😂
Boleh membantu tanpa berkira, jangan terpaksa,memaksa diri. jangan lupakan kerja hakiki, jangan lupakan anak isteri keluarga di rumah.
Jangan fikir nak jadikan platform urus jenazah ini sebagai sumber mata pencarian dan duit sampingan poket dan belanja. ‼️.
Ps : -
Kami Memberi bantuan menguruskan Jenazah, Menyediakan Kenderaan Jenazah mengambil dan menghantar jenazah Dari dalam daerah, hingga ke luar negeri di dalam semenanjung Malaysia.
Kami juga menguruskan Jenazah Warga Asing yang meninggal di Malaysia untuk dihantar semula ke Negara Asal mereka.
Bantuan yang kami berikan adalah Percuma seperti berikut,
kami Ambil dan urus jenazah di bilik wakaf kami atau di lokasi yang kami boleh uruskan jenazah tersebut.
lalu kami menyediakan kelengkapan jenazah kain kafan, kami menguruskan memandikan mengkafankan jenazah tersebut sehingga menyediakan kenderaan jenazah hantar ke kargo.
Berkaitan dokumentasi, kedutaan, Kementerian Kesihatan, pengawetan jenazah, keranda import Export. Pihak Kami akan cadangkan Syarikat Pengurusan jenazah harga yang paling minimal.
Jika waris setuju teruskan.
Jika tidak setuju abaikan dan cari sendiri syarikat yang lebih murah, Waris deal berurusan sendiri.Dengan syarikat yg kami cadangan kan. ‼️
Pihak Kami Juga Memberi Pinjaman Katil Pesakit / Kerusi Roda, stok baru atau terpakai kepada masyarakat pesakit secara percuma.
Dengan Syarat peminjam jaga dan pelihara barangan tersebut sebaiknya.
Jika Rosak semasa hendak dipulangkan Peminjam Wajib Menggantikan apa sahaja barangan yang rosak tersebut.
Pihak Kami Tiada beri bantuan Ambulan dan Kenderaan Komuniti.
Konsep Bantuan Yang kami berikan adalah Percuma.
Bersedekah tanpa kami harapkan dan tidak menjadi Keterpaksaan kepada Ahli keluarga.
Jika tiada kemampuan untuk berSedekah, Kami Pohon Doakan kami ISTIQOMAH KUAT DAN SEHAT.
Pihak Keluarga yang dibantu jangan sesekali lupa untuk ucapkan Terima kasih / mengenang Jasa dan budi Serta berdoa buat Kami..
Simpan nombor kami untuk kami bantu anda
SHAHROL 01165235949 ABGCHIK
FIRDAUS 0173500763 EPIT
AZIZAN 0192482234 WAKLAN
👍✅