Empati Malaysia

Empati Malaysia Mari bersama EMPATI kita memupuk nilai empati ini dari teras agar menjadi jalan ke mercu kejayaan Malaysia buat selamanya.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat empati yang meraikan kepelbagaian dan memperkasakan perlindungan hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat bersandarkan pada penghayatan sifat empati setiap individu. Pertubuhan Empati Malaysia atau nama ringkasnya EMPATI terlahir daripada inspirasi sekumpulan anak muda Malaysia yang mahukan pembebasan minda, atau dalam Bahasa Arab – Hurriyatul Fikr yang

sewajarnya menjadi norma dalam diri setiap insan, terutama buat golongan belia. EMPATI menjunjung tinggi sifat empati sebagai teras kepada penyelesaian terhadap ada jua isu dalam proses pembentukan Malaysia yang lebih baik untuk masa hadapan. Ditubuhkan pada Julai 2020 dan dengan rasmi mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 8 Disember 2020, EMPATI diterajui oleh Loh Ker Chean sebagai founder dan dua orang co-founder, Shafikry Saad dan Ruben Raj. Matlamat EMPATI jelas mahukan rakyat Malaysia terutama anak muda bebas dari kemelut kongkongan idea sempit berkenaan isu dalam negara seperti kaum, kelas sosial, gender dan agama. EMPATI percaya bahawa isu kaum wanita tidak hanya patut disuarakan oleh golongan wanita sahaja, isu mengenai belia tidak seharusnya hanya diperjuangkan oleh golongan belia, dan hal berkaitan warga emas tidak hanya diperkatakan oleh golongan warga emas sahaja.

Address

Jalan Bahagia SS 6
Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empati Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Empati Malaysia:

Share