28/11/2025
PROSEDUR KEDAMPARAN MAMALIA MARIN
What to do? ๐คจ
PROSEDUR KEDAMPARAN MAMALIA MARIN
Jabatan Perikanan Malaysia ingin mengingatkan orang awam tentang langkah yang betul sekiranya menemui mamalia marin terdampar di pantai.
Apa yang perlu dibuat?
โ๏ธ Perhatikan haiwan dari jarak selamat
โ๏ธ Tentukan sama ada haiwan masih hidup atau telah mati
โ๏ธ Jika masih hidup, bantu dengan rawatan kecemasan seperti diarahkan
โ๏ธ Pastikan haiwan sentiasa basah, terlindung daripada cahaya matahari serta berada dalam posisi yang betul
โ๏ธ Hubungi FISHCOM 03-8888 5019 dengan segera
Apa yang dilarang?
โ Mengganggu atau mengerumuni haiwan
โ Memasukkan objek asing ke dalam mulut atau lubang pernafasan
โ Menolak haiwan ke laut tanpa arahan
โ Menarik atau menyeret haiwan yang terdampar
Untuk pelaporan rasmi, orang awam digalakkan mengisi borang kedamparan mamalia marin dan menyerahkannya kepada Jabatan Perikanan Malaysia.
Mari bersama memastikan keselamatan mamalia marin serta kelestarian ekosistem laut negara.