22/08/2026
PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI – HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026
# JIWA KOMUNITI MADANI 🇲🇾❤️
Alhamdulillah, program **Jiwa Komuniti Madani – Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 Peringkat Daerah Petaling** telah berjaya dilaksanakan pada **Ahad, 16 Ogos 2026** bertempat di **Gelanggang dan Padang ABC, PPR Lembah Subang 1**.
Program ini menjadi salah satu wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Semangat **Malaysia MADANI** diterjemahkan melalui penglibatan dan kerjasama masyarakat dalam mewujudkan komuniti yang harmoni, bersatu padu dan saling menyantuni.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan cintakan negara terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
**Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.** 🇲🇾
**Jiwa Merdeka, Komuniti Bersatu!**