Tabung Infaq Kaisar Farmasi

Tabung Infaq Kaisar Farmasi Program Tabung Infaq Kesihatan ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kaisar Farmasi bagi membantu golongan yang memerlukan.

Program Tabung Infaq Kesihatan Kaisar Farmasi telah dilancarkan dengan rasminya pada 10 April 2021 oleh Dato’ Sri Haji Norazam Shah bin Ibrahim, Group Managing Director Kaisar Group. Untuk makluman, Program Tabung Infaq oleh Kaisar Farmasi telah berjalan selama setahun yang lalu di mana seluruh kutipan telah diinfaqkan kepada masjid-masjid dan surau berdekatan bagi membendung wabak Covid-19. Lazim

nya, kebanyakkan bantuan di luar sana yang disalurkan kepada golongan yang memerlukan adalah berupa bentuk makanan. Namun, kami dari Kaisar Farmasi lebih terpanggil untuk membantu pesakit dan penjaga pesakit ini dengan memberikan bantuan berupa ubat-ubatan, supplement kesihatan, alatan rehabilitasi seperti katil, tilam hospital dan kerusi roda yang secara langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit dan juga penjaga. Setiap sumbangan yang diberikan merupakan amanah yang akan ditukarkan kepada barangan kesihatan dan seterusnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Anda boleh menyampaikan infaq di mana-mana cawangan Kaisar Farmasi berdekatan atau terus hubungi Kaisar HQ di talian 017-7205681 untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut

Anda Infaq, kami sampaikan!

Address

Jalan PJS 2, PJ Seksyen 2C/2D
Petaling Jaya
46000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Infaq Kaisar Farmasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share