Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Damansara

Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Damansara Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Damansara adalah sebuah badan bukan kerajaan berteraskan Islam

Jawatankuasa ISMA Damansara bagi sesi 2023/2024:

Yang Dipertua: Dr Ahmad Muslim Bin Ahmad Roslan
Naib Yang Dipertua: Encik Mohd Hanif Bin Mohd Shaidi
Ketua Wanita: Cikgu Norasikin Binti Azmi
Setiausaha: Encik Muhammad Syafiq Bin Mazli
Bendahari: Cik Siti Nur Hanisah Binti Abd Halim
Ketua Biro Wanita :
- Cikgu Norasikin Binti Azmi
Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) :
- Cikgu Norhamizah Bi

nti Abdul Hamid
Ketua Biro Pemuda :
- Encik Mohd Hafiz Bin Mohd Annuar
Ketua Kelab Remaja Islam (KRIM) :
- Encik Ahmad Husaini Bin Md Yunus
Ketua Biro Dakwah Islamiyat (BIDAK) :
- Ustaz Abdullah Husaini Bin Zainuddin
Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia (BKOM) :
- Puan Wannor Hanisah Binti M.Tajudin
Ketua Biro Sumber Manusia :
- Encik Rais Bin Abdul Rahman
Penolong Biro Sumber Manusia :
- Puan Nazatul Shima Binti Jin Samsudin

22/07/2026

MENGAPA MEMILIH PEMIMPIN MUSLIM YANG BERINTEGRITI DAN BERWIBAWA?

Apabila tiba musim pilihan raya, kita sering mendengar seruan supaya memilih pemimpin yang berintegriti, cekap dan berwibawa. Semua itu benar dan penting. Namun, Islam meletakkan satu asas yang lebih mendasar sebelum semua sifat tersebut, iaitu iman.

Mengapa?

Kerana dalam perspektif syarak, keadilan (’adl) bukan sekadar bermaksud tidak mencuri, tidak menipu atau tidak menyalahgunakan kuasa. Keadilan bermula daripada hubungan seorang manusia dengan Allah SWT. Sebab itulah para ulama ketika membicarakan syarat seseorang menjadi saksi, imam, hakim atau pemegang amanah, mereka meletakkan syarat ’adil. Manakala, asas kepada sifat adil itu ialah iman dan ketakwaan, bukan sekadar reputasi yang baik di mata manusia.

Seseorang yang benar-benar beriman sedar bahawa setiap perkataan, keputusan dan amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Keimanan melahirkan kawalan dalaman (inner accountability) yang tidak bergantung kepada kamera, undang-undang atau pengawasan manusia. Apabila tiada siapa melihat sekalipun, dia tetap takut melakukan kezaliman kerana yakin Allah sentiasa melihat.

Hakikatnya, setiap daripada kita adalah pemimpin. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang ayah memimpin keluarganya, seorang ibu memimpin rumah tangganya, seorang guru memimpin anak didiknya, malah setiap individu memimpin dirinya sendiri.

Apabila seseorang memimpin dirinya dengan iman, dia akan berusaha berlaku adil terhadap dirinya dan orang di sekelilingnya. Dia mengawal hawa nafsu, menunaikan hak orang lain dan menjadikan halal serta haram sebagai sempadan tindakannya. Kepimpinan yang adil bermula daripada kepimpinan terhadap diri sendiri.

Prinsip yang sama berlaku pada sebuah negara. Negara bukan sekadar sebuah sistem pentadbiran atau ekonomi, tetapi sebuah masyarakat yang dibentuk oleh nilai. Oleh itu, kita tidak boleh memisahkan iman daripada dimensi nilai, dan tidak boleh memisahkan dimensi nilai daripada dimensi kenegaraan.

Apabila iman dipisahkan daripada pemerintahan, ukuran baik dan buruk akhirnya berubah mengikut kepentingan politik, tekanan pasaran atau kehendak majoriti semata-mata. Integriti p**a menjadi slogan yang berubah-ubah mengikut siapa yang memegang kuasa. Sebaliknya, apabila kepimpinan dibina di atas asas iman, nilai keadilan mempunyai sumber yang tetap, iaitu wahyu Allah SWT.

Namun, iman sahaja belum memadai. Islam juga menuntut kekuatan dan keupayaan. Nabi Yusuf AS berkata:

“Jadikanlah aku penjaga perbendaharaan negeri; sesungguhnya aku seorang yang menjaga lagi berpengetahuan.”

Baginda tidak hanya menawarkan kesolehan, tetapi juga kemampuan mentadbir. Demikian juga kisah Nabi Musa AS apabila dikatakan bahawa sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang kuat lagi amanah. Ertinya, kepimpinan Islam menggabungkan dua unsur utama iaitu amanah yang lahir daripada iman dan kompetensi yang melahirkan keberkesanan.

Atas sebab itu, apabila memilih pemimpin, seorang Muslim tidak sepatutnya hanya bertanya, “Siapa paling pop**ar?” atau “Siapa paling pandai berpidato?” Sebaliknya, persoalan yang lebih utama ialah, adakah dia seorang yang menjaga agamanya, adakah dia mempunyai integriti yang lahir daripada keimanan, adakah dia memiliki ilmu, pengalaman dan kewibawaan untuk memikul amanah, adakah keputusan-keputusannya akan membawa masyarakat lebih dekat kepada keadilan yang diredai Allah?

Membina negara yang maju bukan sekadar soal membina lebuh raya, bandar pintar atau meningkatkan angka ekonomi. Negara yang benar-benar maju adalah negara yang dipimpin oleh manusia yang mempunyai kompas moral yang benar. Dalam Islam, kompas itu ialah iman, manakala arah perjalanannya ialah keadilan.

Maka memilih pemimpin Muslim yang berintegriti dan berwibawa bukanlah soal sentimen kaum atau slogan politik semata-mata. Tetapi, sebahagian daripada usaha memastikan nilai wahyu terus menjadi asas pembinaan masyarakat dan negara. Kerana apabila iman menjadi asas kepimpinan, integriti bukan lagi sekadar janji kempen, tetapi menjadi amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Ustaz Khairul Fatihin Saedal Atas
Ketua Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Nilai

18/07/2026

PENYATUAN MELAYU BELUM SELESAI, USAHA PERLU DITERUSKAN

Alhamdulillah penyatuan Melayu tercapai, walaupun belum 100 peratus kerana ada lagi parti-parti Melayu berada diluar penyatuan tersebut walaupun mereka berminat untuk menyertainya, tetapi tidak dilayan.

Perlu diingatkan juga jangan terlalu yakin kemenangan akan tercapai bila berlaku penyatuan parti besar sahaja kerana perang Hunain pada zaman Rasulullah tidak sedemikian, kadang-kadang kemenangan datang dari sumbangan yang kecil, bukan dari faktor angka ramai semata-mata. Kemenangan juga datang dari keberkatan hubungan persaudaraan yang kukuh dengan semua pejuang atau parti-parti Melayu Islam yang lain.

Sepatutnya DAP tidak berada dalam sistem kerajaan dari dulu lagi. Tetapi perpecahan parti Melayu yang memberi ruang kepada mereka berada dalam kerajaan. Parti PAS telah bersama DAP akhirnya gagal dan tendang DAP. Parti UMNO baru merasai pengalaman buruk bersama DAP pun melalui pengalaman yang sama. Gagal dan tendang DAP tetapi tidak sepenuhnya.

PKR sahaja yang masih boleh bersama DAP, mungkin boleh kekal kerana PKR bukan parti Melayu. Mungkin ada parti lain sama macam PKR, akan ditolak juga oleh orang Melayu pada masa akan datang kerana bukan parti Melayu walaupun dipimpin oleh orang Melayu. Bukan sahaja DAP menolak penyatuan parti-parti Melayu, MCA juga menolak kerjasama antara BN khususnya UMNO dengan PAS dalam PRN Negeri Sembilan sekarang.

Mudah-mudahan penyatuan parti-parti Melayu ini berkekalan dan diluaskan lagi kepada semua parti- parti Melayu yang berada diluar sana.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Penasihat Politik dan Perundangan ISMA

15/07/2026

PRESIDEN ISMA SERU MAHASISWA KUASAI ILMU KEPIMPINAN DAN TEKNOLOGI DEMI MASA DEPAN DAKWAH

BANGI, 13 Julai - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat, menyeru pimpinan mahasiswa Pertubuhan Belia Islam Nasional (PEMBINA) agar memanfaatkan tempoh pengajian di universiti untuk membina keupayaan kepimpinan, penguasaan ilmu dan kemahiran teknologi sebagai persediaan memikul amanah dakwah untuk memimpin masyarakat pada masa hadapan.

“Tanggungjawab dakwah merupakan satu amanah besar buat generasi muda yang akan menentukan masa depan umat, justeru mahasiswa perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan kecemerlangan akademik, malah pelbagai kompetensi yang diperlukan untuk menghadapi cabaran semasa.

"Selain mencapai kecemerlangan akademik, mahasiswa perlu menguasai kemahiran kepimpinan, disiplin berorganisasi, pengurusan dan hubungan luar, penguasaan ilmu merentas pelbagai bidang, keupayaan membuat keputusan berasaskan data serta penguasaan teknologi seperti Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI)," katanya ketika menyampaikan amanat kepada pimpinan mahasiswa PEMBINA dari universiti awam dan swasta seluruh Malaysia sempena Muzakarah & PIMPIN 2026.

Menurut beliau, gerak kerja dakwah pada hari ini memerlukan para da'i yang bukan sahaja memahami ajaran Islam, malah mampu mengenali realiti masyarakat, mengikuti perkembangan teknologi serta menawarkan penyelesaian yang menyeluruh terhadap pelbagai cabaran zaman berdasarkan analisis yang mendalam.

Beliau turut mengingatkan para mahasiswa supaya terus istiqamah dalam perjuangan dakwah kerana setiap pengorbanan yang dilakukan di jalan Allah SWT tidak akan disia-siakan. Bagi menguatkan semangat para peserta, beliau membawakan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud bahawa pada akhir zaman, mereka yang tetap berpegang teguh kepada agama ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran akan memperoleh ganjaran pahala seperti lima puluh orang daripada para sahabat kerana besarnya ujian yang dihadapi.

Mengakhiri ucapannya, Ustaz Shuhaib mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan keteguhan kepada seluruh da'i muda dalam memikul amanah membina generasi serta mengangkat martabat ummah.

PUASA ASYURA: ALLAH AMPUNKAN DOSA SETAHUN SEBELUMNYA25 Jun 2026 (Khamis) = 9 Muharam 1448H (Puasa Tasu'a)26 Jun 2026 (Ju...
22/06/2026

PUASA ASYURA: ALLAH AMPUNKAN DOSA SETAHUN SEBELUMNYA

25 Jun 2026 (Khamis) = 9 Muharam 1448H (Puasa Tasu'a)
26 Jun 2026 (Jumaat) = 10 Muharam 1448H (Puasa 'Asyura)

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
“Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.”

[Riwayat Muslim (1162)]

ISMA Damansara mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada semua umat Islam.Rasulullah SAW bersabda,"Orang ya...
16/06/2026

ISMA Damansara mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada semua umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda,

"Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya."

(HR Bukhari, Abu Daud dan An-Nasaie')

Semoga Aidiladha kali ini membawa keampunan buat dosa-dosa kita, serta menguatkan semangat pengorbanan dan penyatuan umm...
27/05/2026

Semoga Aidiladha kali ini membawa keampunan buat dosa-dosa kita, serta menguatkan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah demi memartabatkan Islam.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكٌم

PUASA SUNAT ARAFAH: DOSA SETAHUN YANG LALU DAN AKAN DATANG TERAMPUNNabi SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada ...
25/05/2026

PUASA SUNAT ARAFAH: DOSA SETAHUN YANG LALU DAN AKAN DATANG TERAMPUN

Nabi SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.”

HR Muslim

30/04/2026

BATALKAN FESTIVAL AIR: KENAPA IMPORT BUDAYA THAILAND?

Kuala Lumpur kembali dipenuhi aktiviti yang tidak bermanfaat yang ditiru bulat-bulat daripada negara Thailand. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bahawa Festival Muzik Air Rain Rave dijadualkan berlangsung bermula 30 April sehingga 2 Mei 2026 bersempena dengan sambutan Hari Pekerja dan selari dengan inisiatif kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang dianjurkan oleh kerajaan.

Saya betul-betul keliru sebenarnya dengan usaha yang pelik sebegini. Apakah sebenarnya dasar pelancongan yang dibawa oleh negara majoriti Melayu Islam ini? Pihak kementerian seolah-olah keliru dengan identiti negara ini. Saya harap pegawai-pegawai kita dapat membetulkan semula objektif kita dalam mempromosi sektor pelancongan di negara ini. Malaysia, sepatutnya mempromosi keunikan identiti masyarakat dan kebudayaannya untuk sama-sama dirasai oleh para pelancong yang datang. Antara keunikan Malaysia adalah identiti bangsa asal Melayu di sini telah berasimilasi sebaiknya dengan agama Islam yang merupakan Agama bagi Persekutuan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Lebih istimewa lagi, bangsa-bangsa lain yang wujud juga ada sebahagiannya telah memeluk Islam dan menzahirkan kebudayaan asal mereka melalui seni bina seperti yang boleh dilihat di Masjid India dan Masjid Diraja Cina di Klang. Pada masa yang sama hak-hak masyarakat yang bukan beragama Islam juga turut dijamin melalui perlembagaan yang telah digubal oleh para pimpinan terdahulu yang sangat memahami akan nilai keadilan dalam Islam.

Suasana muhibah dan keharmonian masyarakat yang sepatutnya menjadi antara naratif yang boleh diketengahkan oleh pihak kerajaan.

Miskin sangatkah kebudayaan negara tercinta ini, sehingga kita terpaksa mengimport budaya luar bagi mempromosikan tahun melawat negara kita? Saya membaca penafian yang dibuat oleh pihak Menteri tentang pakaian mencolok mata. Namun, saya masih tak dapat berfikir apakah yang bakal berlaku apabila manusia beramai-ramai bercampur lelaki dan perempuan berbasah-basahan bersama dalam ruang yang terhad. Kalau pun baju kurung dan baju melayu yang dipakai nanti, tetap juga tidak sopan dan bakal mengundang fitnah.

Saya berharap agar pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat awam dapat bersama-sama berfikir kesan bagi aktiviti sebegini. Aktiviti ini, seolah-olah menjadi medan mempromosi maksiat secara terbuka. Kita mesti mempunyai sifat yakin diri terhadap identiti unik negara ini (Melayu dan Islam) dan bersedia mempakejkan kepada dunia supaya dapat dinikmati bersama.

Perkara yang sama berlaku apabila kita berjalan ke negara orang, kita ingin menyelami adat resam dan budaya mereka yang asal. Sila batalkan sambutan tidak berasas itu!

Ustaz Muhammad Shahier bin Sa'min
Naib Presiden ISMA (Ketua Pemuda)

30/04/2026

FESTIVAL AIR: PENGANJURAN AWAM PERLU SELARI DENGAN NILAI AGAMA DAN BUDAYA

Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai ujian dan konflik di peringkat global yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.

Sebagai contoh, ketegangan yang melibatkan negara seperti Iran, Amerika Syarikat dan Israel, termasuk isu penutupan Selat Hormuz, telah membawa implikasi besar sehingga memaksa negara kita menilai semula beberapa dasar dan polisi penting.

Pada bulan Mac yang lalu, sebahagian kawasan di Malaysia turut dilanda kemarau, sehingga kerajaan menyeru rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga, selaras dengan saranan antarabangsa.

Baru-baru ini, di Kampung Bahagia Sandakan p**a, telah dilanda kebakaran yang memusnahkan hampir 200 buah rumah atas air.

Kejadian ini menyebabkan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal dan harta benda, hingga tinggal sehelai sepinggang.

Pada masa yang sama, umat Islam sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Haram, dengan penerbangan jemaah berlangsung hampir setiap hari.

Suasana menghantar jemaah haji juga dapat dilihat meriah di seluruh pelosok negeri di Malaysia.

Namun begitu, penganjuran festival air yang berunsur budaya luar di Kuala Lumpur dilihat sebagai satu langkah yang kurang sensitif terhadap realiti semasa umat.

Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam sewajarnya lebih berhati-hati dalam memilih bentuk hiburan agar tidak bercanggah dengan nilai agama serta suasana spiritual yang sedang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun terdapat jaminan bahawa festival ini akan dipantau dengan ketat, pengalaman menunjukkan bahawa program seumpama ini sering membuka ruang kepada unsur-unsur yang boleh membawa kepada kemaksiatan, pergaulan bebas dan pengabaian adab.

Budaya yang dibawa juga tidak berakar daripada tradisi tempatan, malah berpotensi menghakis identiti masyarakat.

Lebih membimbangkan, aktiviti ini boleh menormalisasikan perkara yang bertentangan dengan nilai Islam dan budaya setempat seperti yang digariskan dalam visi Malaysia Madani.

Tidak dapat dinafikan, golongan muda merupakan kelompok yang paling terdedah dan berpotensi untuk menyertai festival yang dianjurkan ini.

Persoalannya, tidakkah suasana semasa sudah cukup mencabar sehingga kita perlu menambah lagi unsur yang boleh merosakkan jati diri generasi muda?

Dari sudut kenegaraan, perkara ini wajar dinilai dalam kerangka Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan dan jati diri rakyat.

Prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, menuntut agar setiap penganjuran awam selari dengan nilai keagamaan. Begitu juga prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang menekankan adab serta batas pergaulan dalam masyarakat.

Maka dengan itu, sebarang aktiviti yang berpotensi melanggar prinsip-prinsip ini perlu dinilai semula demi memelihara keharmonian dan maruah negara.

Sebagai seorang Muslim, tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran serta memelihara maruah diri dan masyarakat bukanlah satu pilihan, tetapi suatu kewajipan.

Kita dituntut menilai setiap perkara berdasarkan neraca syariat, bukan sekadar hiburan atau keuntungan ekonomi semata-mata.

Justeru, festival yang dirancang ini wajar dibatalkan dengan segera sebagai usaha mempertahankan nilai, akhlak dan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati.

Marilah kita menghayati pesanan dan nasihat yang telah direkodkan dalam Hadis di bawah ini:

Daripada Zainab binti Jahsy RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم دَخَلَ عليها فزِعًا يقولُ: لا إلَهَ إلَّا اللهُ! ويلٌ للعَرَبِ مِن شَرٍّ قدِ اقتَرَبَ؛ فُتِحَ اليومَ مِن رَدمِ يَأجوجَ ومَأجوجَ مِثلُ هذه. وحَلَّقَ بإصبَعِه الإبهامِ والَّتي تَليها،

قالت زَينَبُ بنتُ جَحشٍ: فقُلتُ: يا رَسولَ اللهِ، أنَهلِكُ وفينا الصَّالِحونَ؟

قال: نَعَم، إذا كَثُرَ الخَبَثُ.

Maksudnya:

“Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang semakin hampir. Pada hari ini telah dibuka daripada tembok Yakjuj dan Makjuj sebesar ini…”

Zainab bertanya: “Adakah kita akan binasa sedangkan dalam kalangan kita ada orang-orang soleh?”

Baginda SAW menjawab:

“Ya, apabila banyaknya kemungkaran (kejahatan).”

(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim).

Ustaz Muhammad Afif bin Idris
Ketua Pemuda ISMA Nilai

Address

45-2, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Telephone

+60194752077

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share