KRT Kawasan Flat PKNS Taman Dato' Harun

KRT Kawasan Flat PKNS Taman Dato' Harun KRT Kawasan PKNS Taman Dato' Harun

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil sempena menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H11 Februari 2025 (Selasa), 2.00 petangPerka...
11/02/2025

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil sempena menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H
11 Februari 2025 (Selasa), 2.00 petang
Perkarangan Pondok RT Flat PKNS Taman Dato Harun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izinNya dapat kita sama-sama berkumpul untuk Majlis Bacaan Yasin & Tahlil sempena menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H serta mengingati pemergian Ahli Keluarga/ Warga Flat PKNS yang telah kembali ke rahmatullah.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir, yang telah berkongsi rezeki memberi sumbangan (kewangan/ makanan), para pemimpin yang meraikan majlis, AJK KRT yang bertungkus lumus menjayakan program serta penduduk yang terlibat secara langsung mahupan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”

Terima Kasih 🤲🫶
-Ahli Jawatankuasa KRT Kawasan Flat PKNS Taman Dato Harun-










MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIL. 01/20256 Februari 2024 (Khamis), 9.00 malamPondok Aktiviti RT Flat PKNS Taman Dato Haru...
11/02/2025

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIL. 01/2025
6 Februari 2024 (Khamis), 9.00 malam
Pondok Aktiviti RT Flat PKNS Taman Dato Harun

Agenda:
-Ucapan Aluan Pengerusi.
-Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.
-Pembentangan Laporan Kewangan 2024.
-Perkara-Perkara Berbangkit.
-Pebincangan Isu Semasa.
-Hal-Hal Lain.
-Perancangan Aktiviti/Program 2025.

Semoga segala perbincangan dan perancangan Ahli Jawatankuasa dalam usaha mengekalkan kesepaduan sosial dan keharmonian komuniti dipermudahkan, mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT.










Program Gotong Royong Perangi Denggi
24/08/2024

Program Gotong Royong Perangi Denggi

CEGAH DENGGI! 🦟🤺Menyedari pentingnya usaha membanteras wabak denggi, KRT & JMB Flat PKNS dengan kerjasama KAO Malaysia S...
24/08/2024

CEGAH DENGGI! 🦟🤺

Menyedari pentingnya usaha membanteras wabak denggi, KRT & JMB Flat PKNS dengan kerjasama KAO Malaysia Sdn Bhd dan juga Ahli Majlis Zon 18 telah mengadakan Program Gotong Royong Kebersihan Cegah Denggi pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 7.30pagi - 1.30 petang
Tempat: Sekitar Flat PKNS Taman Dato Harun

Tujuan utama program ini adalah untuk mencegah hotspot pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi disamping mendidik masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan di kawasan kejiranan Flat PKNS.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti pembersihan kawasan, pencucian longkang, pembuangan barang dan bekas lama yang berpotensi menjadi tempat pembiakan jenti-jentik.

Secara tidak langsung program ini dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara perserta yang hadir. Bersama-sama kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas dari menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes demi memastikan diri, keluarga dan komuniti terhindar dari wabak denggi.

🪷🌹🌸🌷🌺🌹🌸🌷🌺🪷🌹🌸🌷🌺🪷

KRT KAWASAN PKNS TAMAN DATO' HARUN | DAERAH PETALING, NEGERI SELANGOR | 10 OGOS 2024 | 10.00 MALAM KEMPEN KIBAR JALUR GE...
13/08/2024

KRT KAWASAN PKNS TAMAN DATO' HARUN | DAERAH PETALING, NEGERI SELANGOR | 10 OGOS 2024 | 10.00 MALAM

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Tarikh : 10 Ogos 2024
Masa : 10.00 malam - 12.00 malam
Tempat : Sekitar kawasan KRT Kawasan PKNS Tmn Dato' Harun

Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke- 67, barisan AJKRT Kawasan PKNS Taman Dato Harun bersama penduduk memasang Jalur Gemilang di dalam kawasan bagi memeriahkan sambutan tersebut dan menyahut seruan kerajaan dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Seramai 25 orang dikalangan AJKRT dan penduduk berganding bahu dalam menjayakan kempen tersebut.











10/04/2023
September 2022 ..'Ziarah Prihatin'Pengerusi KRT En.Anuar serta beberapa AJK KRT melakuknZiarah prihatin ke rumah salah s...
07/02/2023

September 2022 ..'Ziarah Prihatin'

Pengerusi KRT En.Anuar serta beberapa AJK KRT melakukn
Ziarah prihatin ke rumah salah seorng penduduk Flat iaitu Kak Yah isteri En.Zam (blok 2). Sedikit sumbangan ikhlas dari pihak KRT telah disampaikan oleh Tn.Pengerusi En .Anuar. Terima kasih kpd yg terlibat bersama meluangkn sedikit masa dlm program ziarah ini.

Address

Jalan PJS 2C/5
Petaling Jaya
46000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kawasan Flat PKNS Taman Dato' Harun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Kawasan Flat PKNS Taman Dato' Harun:

Share