MPKK TOK KANDU

MPKK TOK KANDU MPKK Tok Kandu bersama mendekati masyarakat dan warga komuniti Permatang Tok Kandu, Seberang Jaya.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Kandu merupakan badan kepimpinan akar umbi yang berperanan sebagai penghubung antara masyarakat setempat dengan pihak kerajaan. MPKK Tok Kandu ditubuhkan bagi memastikan suara penduduk kampung didengar, kebajikan mereka terbela, serta pembangunan komuniti dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan. Sebagai nadi utama kampung, MPKK Tok Kandu men

gutamakan kebersamaan, keharmonian, serta kesejahteraan warga melalui program pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, dan kebajikan. Dengan sokongan semua pihak, MPKK Tok Kandu bertekad untuk membina komuniti yang bersatu, progresif, dan sejahtera.

Stay safe!
14/08/2026

Stay safe!

π—œπ—£π—¨ π— π—˜π—‘π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§: 𝗔𝗣𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π——π—œπ—Ÿπ—”π—žπ—¨π—žπ—”π—‘?

Keadaan jerebu di beberapa kawasan ketika ini menuntut kita untuk lebih peka terhadap aspek kesihatan diri dan keluarga. Peningkatan bacaan IPU bukanlah sesuatu yang wajar diambil ringan, terutamanya bagi memastikan kesejahteraan golongan yang lebih berisiko sentiasa terpelihara.

Sebagai inisiatif penjagaan kendiri, elakkan aktiviti yang mendedahkan diri secara berterusan kepada udara luar. Biasakan semula amalan memakai pelitup muka sekiranya anda terpaksa berada di kawasan terbuka. Pastikan juga pengambilan air kosong mencukupi agar tubuh sentiasa kekal terhidrat. Jika mula mengalami sebarang gejala tidak sihat, segeralah mendapatkan nasihat doktor.




Alhamdulillah, selesaiπŸ’‘Kesemua lampu yang mengalami masalah di kawasan Mpkk Tok Kandu telah berjaya dibaiki dan diselesa...
14/08/2026

Alhamdulillah, selesaiπŸ’‘

Kesemua lampu yang mengalami masalah di kawasan Mpkk Tok Kandu telah berjaya dibaiki dan diselesaikan dengan bantuan serta kerjasama daripada Pejabat Penyelaras KADUN Seberang Jaya Pejabat Penyelaras KADUN Seberang Jaya

Terima kasih atas tindakan dan kerjasama yang diberikan bagi memastikan kemudahan serta keselamatan penduduk setempat sentiasa terjaga.

MPKK Tok Kandu sentiasa komited membantu menyelesaikan permasalahan penduduk. 🀝

JELAJAH CEGAH DENGGI BERSAMA COMBI SPT
10/08/2026

JELAJAH CEGAH DENGGI BERSAMA COMBI SPT

10/8/2026 @ 3pm
JELAJAH COMBI SPT CEGAH DENGGI – PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN SIHAT SEMPENA PROGRAM BEBAS DENGGI AKAN DATANG BERSAMA MPKK TOK KANDU

"Pencegahan denggi tanggungjawab bersama"
"Hapus Aedes Cegah Denggi"
"Tiada Aedes Tiada Denggi"

πŸ“’ 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 π’ππŒ? π‰πŽπŒ ππˆππ€ πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐕𝐄𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”β—οΈπŸŽ“ Anda lepasan SPM/belia yang masih mencari peluang sambung belaja...
15/07/2026

πŸ“’ 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 π’ππŒ? π‰πŽπŒ ππˆππ€ πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐕𝐄𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”β—οΈ

πŸŽ“ Anda lepasan SPM/belia yang masih mencari peluang sambung belajar?

‼️PERHATIAN KEPADA IBU BAPA & BELIA

πŸ”Š Peluang untuk belia Malaysia 16-25 tahun

πŸ”Š PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM TVET MASIH DIBUKA !!

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD!

πŸ“’ SESI PENERANGAN & TEMUDUGA TERBUKA
PROGRAM TVET MALAYSIA PENANG
━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ’‘ KELEBIHAN PROGRAM:
βœ”οΈ Pengiktirafan sijil oleh Kerajaan & MQA
βœ”οΈ Kemudahan pembiayaan yuran disediakan
βœ”οΈ Elaun bulanan sehingga RM800
βœ”οΈ Penginapan sepanjang latihan
βœ”οΈ Peluang kerjaya selepas tamat latihan

πŸ‘‰ Tiada SPM? Masih berpeluang menyertai program TVET

━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“ LOKASI SESI TEMUDUGA

πŸ“Œ GEORGETOWN
πŸ—“οΈ 18 JULAI 2026 (SABTU)
πŸ•˜ 10:00 PAGI
πŸ›οΈ SMK PADANG POLO

πŸ“Œ BUTTERWORTH
πŸ—“οΈ 18 JULAI (SABTU)
πŸ•˜ 10:00 PAGI
πŸ›οΈ EVENT HALL, BUTTERWORTH DIGITAL LIBRARY

πŸ“Œ BUKIT MERTAJAM
πŸ—“οΈ 19 JULAI (AHAD)
πŸ•˜ 10:00 PAGI
πŸ›οΈ SMK JELAPANG JAYA

πŸ“Œ KEPALA BATAS
πŸ—“οΈ 19 JULAI (AHAD)
πŸ•˜ 10:00 PAGI
πŸ›οΈ SM SAINS KEPALA BATAS

━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² WhatsApp Sekarang:
https://wasap.my/601121030454/HADIR+TEMUDUGA+TVET+PENANG+2026+FB

πŸ§•πŸ» Cik Nur
πŸ“ž 011-2103 0454
⚠️ Kehadiran pelajar WAJIB bersama ibu/bapa/penjaga.

SHARE IKLAN INI KEPADA BELIA YANG BERMINAT. SEMOGA BERMANFAAT ☺️










10/07/2026
πŸ“’ NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN SUNGAI DERHAKA DI FT3111 JALAN PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI TENGAHπŸ“’β€‹Ass...
10/07/2026

πŸ“’ NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN SUNGAI DERHAKA DI FT3111 JALAN PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI TENGAHπŸ“’

​Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengguna jalan raya.

​Sila ambil maklum bahawa Jambatan Sungai Derhaka (Jambatan Bailey) di FT3111 Seksyen 2.90, Jalan Permatang Pauh akan *ditutup sepenuhnya* kepada semua lalu lintas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecemasan.

​Ketetapan penutupan adalah seperti berikut:
πŸ“… *Tarikh:* 10 Julai 2026 (Jumaat) hingga 13 Julai 2026 (Isnin)
⏰ *Masa:* Bermula 10.00 Malam (Jumaat) sehingga 5.00 Pagi (Isnin)
πŸ› οΈ *Pelaksana:* JKR Daerah Seberang Perai Tengah & Konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.

β€‹βš οΈ *PUNCA KEROSAKAN & JUSTIFIKASI KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN*

*​Punca Utama Kerosakan:*

Hasil siasatan teknikal mendapati kerosakan drastik pada jambatan ini adalah berpunca daripada kekerapan pergerakan kenderaan berat yang membawa muatan melampau (overloading) melebihi had kapasiti reka bentuk struktur jambatan bailey berkenaan.

​Faktor had muatan yang dilanggar ini telah mengakibatkan beberapa kerosakan

*fizikal yang amat kritikal:*
​Kegagalan Deck Slab: Struktur deck slab didapati patah dan sebahagian permukaan komponen jalan telah tertanggal.

*​Kerosakan Asas Sokongan:* Kawasan bearing slab support mengalami retakan serius, pecah, serta wujud mendapan tanah.

*​Anjakan Geometri Laluan:* Terbentuknya rekahan premix pada kawasan ramp laluan masuk (approach ramp) serta berlakunya pergerakan pada struktur New Jersey Barrier (NJB).

*​Mengapa Pembaikan Ini Amat Penting?*

Pelaksanaan kerja pembaikan menyeluruh ini amat kritikal dan mendesak demi faktor keselamatan nyawa pengguna. Jika dibiarkan tanpa tindakan segera, struktur jambatan berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan total yang boleh mengundang bahaya. Pembaikan ini juga penting bagi mengembalikan tahap keselesaan pemanduan serta memelihara integriti struktur jalan raya pada masa hadapan.

β€‹πŸš— LALUAN ALTERNATIF & NASIHAT PENGGUNA

​Papan tanda keselamatan dan panduan arah lalu lintas akan disediakan di tapak sepanjang tempoh kerja berjalan.
​Lakaran peta laluan alternatif juga disediakan untuk rujukan pemanduan.
​Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jajaran laluan alternatif yang sesuai.

​Pihak JKR SPT amat menghargai kerjasama, kesabaran, dan keprihatinan daripada semua pihak demi keselamatan bersama.

​Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JKR Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-5306421.

​Terima kasih.

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π π’πŠπˆπŒ ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π πŠπ„ πˆππ“ πŒπ€πˆπππ πŸπŸŽπŸπŸ”Permohonan Skim Permulaan Ke IPT boleh dibuat melalui pautan berikut:https:/...
08/07/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π π’πŠπˆπŒ ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π πŠπ„ πˆππ“ πŒπ€πˆπππ πŸπŸŽπŸπŸ”

Permohonan Skim Permulaan Ke IPT boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://pendidikan.mainpp.gov.my

Bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT, jangan lepaskan peluang mendapatkan bantuan permulaan pengajian ini.

Sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat.

Semoga urusan dipermudahkan.

Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi unit berkenaan melalui talian di bawah:

BAHAGIAN AKADEMIK DAN PENDIDIKAN,
Unit Pendidikan & Dermasiswa,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Tel: 04-549 8088 (Ext: 125/129/155/168)
WhatsApp: +6019 5272 276 / +6019 4319 199
Emel: [email protected]

Transformasi Asnaf Melalui Zakat






π’πŠπˆπŒ 𝐀𝐖𝐀𝐋 ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ•Skim Awal Persekolahan merupakan salah satu ...
08/07/2026

π’πŠπˆπŒ 𝐀𝐖𝐀𝐋 ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ•

Skim Awal Persekolahan merupakan salah satu inisiatif tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang disediakan khusus bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai anak-anak yang sedang mengikuti persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

Objektif utama skim ini adalah untuk memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosial keluarga.

Dapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat MAINPP yang berhampiran anda bermula πŸ– π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” (Rabu).

Tarikh tutup permohonan: πŸ• πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” (Jumaat).

Orang ramai digalakkan untuk menyebarkan maklumat ini agar lebih ramai pelajar yang layak dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan:
Bahagian Akademik dan Pendidikan
Unit Pendidikan & Dermasiswa, MAINPP

Telefon: 04-549 8088 (Samb: 125 / 129 / 155 / 168)
WhatsApp: 019-527 2276 / 019-431 9199
Emel: [email protected]

Transformasi Asnaf Melalui Zakat




MPKK Tok Kandu bersama MBSP dan wakil penduduk semalam- permohonan untuk dibuat bonggol di kawasan perumahan Taman Kelis...
03/07/2026

MPKK Tok Kandu bersama MBSP dan wakil penduduk semalam- permohonan untuk dibuat bonggol di kawasan perumahan Taman Kelisa Emas

03/07/2026

Save the date esok 4 Julai 2026.
Jom sama-sama memeriahkan program Penang2030 X Daerah Seberang Perai Tengah

Address

Lorong Janggus 2, Taman Janggus, Permatang Tok Kandu
Permatang Pauh
13500

Telephone

+60194773784

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK TOK KANDU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPKK TOK KANDU:

Shortcuts

Share