Rice & Roses

Rice & Roses Misi Kemanusiaan, Jejak Kasih Sayang, Santuni Masyarakat Terpinggir, Program Makanan, Pendidikan Perc

KEM KHALIFAH KECIL SAYANGI ALAM 2026Seminggu saja lagi program anjuran gabungan Ngo Serambi Damai (S.D) kerjasama Komuni...
27/06/2026

KEM KHALIFAH KECIL SAYANGI ALAM 2026

Seminggu saja lagi program anjuran gabungan Ngo Serambi Damai (S.D) kerjasama Komuniti Pondok Sukun (KomPoS), Rural Malaysia, Surau Tuan Haji Mat Prai, Rice & Roses, Taman Sara, LEKAS, Unggas Malaysia dll akan berlangsung. Program turut menerima sokongan dan tajaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MBSP, Think City, Zakat dan Wakaf Pulau Pinang dsbnya. Info program seperti berikut :

📅 Tarikh: 3 – 5 Julai 2026
⏰ Tempoh: 3 Hari 2 Malam
📍 Lokasi: Komuniti Pondok Sukun (KOMPOS), Permatang Janggus, Permatang Pauh

*Aktiviti Menarik*

✅ Pemasangan khemah
✅ Pendidikan alam sekitar – Kenapa perlu sayangi alam?
✅ Ronda kampung
✅ Kenali tumbuhan nadir kampung
✅ Bedah buku
✅ Bestari solat
✅ Explorace
✅ BBQ & Unggun Api
✅ Pembuatan wau

Program ini bertujuan membentuk sahsiah, kepimpinan, disiplin diri serta memupuk kesedaran alam sekitar dan gaya hidup lestari dalam kalangan generasi muda.

22/06/2026
Alhamdulillah, sempena masuknya Tahun Baru Islam 1448 Hijrah semalam kami Komuniti Pondok Sukun (KomPoS) & Rice & Roses ...
18/06/2026

Alhamdulillah, sempena masuknya Tahun Baru Islam 1448 Hijrah semalam kami Komuniti Pondok Sukun (KomPoS) & Rice & Roses menjalankan aktiviti 'Tuai & Kongsi Sayuran' dengan penduduk kampung.

Syiok bila hasil tuaian sayur dan tanaman dikebun menjadi kali ni dan niat kami agar tuaian kali ini dikongsi bersama semua.

Syukur kepada Allah s.w.t memudahkan aktiviti ini apabila cuaca redup dan agak dingin sampai tengahari sampai ada berseloroh macam memetik sayur di Cameron Highlands.

Kadang2 perkara kecil macam ni membuatkan hati kita seronok dan puas bila melihat hasil titik peluh menjadi apatah lagi segala sumber bahan pembuatan baja, penghalau serangga sehingga media tanaman diolah sendiri oleh kami (100% organik).

Setelah beberapa kali gagal dalam eksperimen akhirnya nampak jugak perkembangan positif terutama mengurus dan menjaga sayur kategori manja macam sawi, salad dan pak choi. Kami cuba buat beberapa campuran media tanaman terutama penggunaan jenis tanah, cuba tepati waktu pembajaan, kawalan serangga sebagainya (perbaiki jadual rutin kebun).

Cumanya ada beberapa hal lagi yang kami masih mencuba dan masih belum nampak hasilnya terutamanya penanaman ubi kentang, labu dsbnya (bangsa sayur buah). Begitu juga pengurusan dalam sistem akuaponik yang perlu lebih perhatian mendalam.

Apa²pun, Alhamdulillah sekali lagi syukur kepada Allah s.w.t atas nikmat ini, begitu juga pada sahabat2, warga kampung dan semua yang menyokong usaha kami ini.

Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا، أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا، فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ، إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَة

Maksudnya: “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.”

Riwayat al-Bukhari (2320)

Mudah²an program ini diberkati Allah s.w.t dan menjadi asbab kebaikan sepanjang tahun. Amin

*video program dalam ruangan komen. Sori banyak gambar. Malas nak memilih gambar2 terbaik...😄

16/03/2026

Program 'Roti & Ros' dulunya dikenali sebagai Jejak Umar Al Khattab dalam menyantuni mereka yang terpinggir dijalanan dan dicelahan lorong sempit kota.

Sempena Ramadhan ini sekali lagi kami ke jalanan bersama mereka yang memerlukan. Dulu sekitar 2015/2016 kami membuka kaunter agihan makanan di Lebuh Acheh, namun setelah beberapa masalah dihadapi kami bertukar strategi. Bukan membuka kaunter makanan atau konsep 'kenduri jalanan' seperti dahulu, tapi dengan 'agihan bungkusan' makanan, dan perkara ini berterusan sehingga kini walaupun tidak sekerap dahulu.

Sambil berjalan dan meninjau kami turut berkempen supaya tiada pembaziran dan lambakan makanan yang akhirnya terbuang begitu sahaja.

Kini mana² sisa makanan kami kumpul untuk dibuat baja kompos dan ditanam sayuran²an organik. Dari hasil kebun kami dikembalikan semula pada mereka yang memerlukan

Kredit Video : Shade Asri


Alhamdulillah. Semalam masuknya Ramadan pertama kami bermoreh dengan berkongsi rezeki sayur segar organik dari kebun Kom...
19/02/2026

Alhamdulillah. Semalam masuknya Ramadan pertama kami bermoreh dengan berkongsi rezeki sayur segar organik dari kebun Komuniti Pondok Sukun (KomPoS) dan Rice & Roses kepada jemaah Surau Tuan Haji Mat Prai seusai solat taraweh.

Sayur organik bebas racun 100% yang menggunakan baja EM dan Jadam JMF ini sebagai inisiatif Sekuriti Makanan Untuk Komuniti. Semoga usaha jariah ini dapat berterusan dibulan mulia ini

Makanan Asas Percuma Untuk Semua

Salam Ramadan ❤️

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua. Lama tak dengar khabar semua? Kalau sapa² terima mesej ini harap dapat menyapa....
01/12/2025

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua. Lama tak dengar khabar semua? Kalau sapa² terima mesej ini harap dapat menyapa. Kami akan bersama kembali...

Dari kami

Admin Rice & Roses...😃

04/10/2025
03/11/2023

Kami bersama kalian anak-anakku. Terus bersabar menunggu janji Tuhan. Hanya doa yang kami mampu panjatkan dan sedikit sumbangan yang tak seberapa. Semoga kedamaian tercipta disana...

Tadi aku dan Fitri Amir pi ziarah Dato' Ustaz Rosli Othman (Tok Ayah) di Bertam selepas solat Jumaat. Sebenarnya dia ada...
20/10/2023

Tadi aku dan Fitri Amir pi ziarah Dato' Ustaz Rosli Othman (Tok Ayah) di Bertam selepas solat Jumaat. Sebenarnya dia adalah salah seorang penasihat MiM Rice & Roses - Komuniti Pondok Sukun (KomPos). Perkenalan kami dengan Tok Ayah sejak di Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (Pumpp) kerana sebahagian gerakerja kami bernaung dibawah tarbiah mereka seperti Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), Aktivis Pengupayaan Insan (API) dll. Tok Ayah juga salah seorang didalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Aku sempat seketika bersama sebab masa tu aku lebih aktif dilapangan aktivis 'anarcho-punk' (Fnbpp & Masc) dan sekali sekala bersama API. Hari ini adalah plan ziarah kami untuk merapat kembali hubungan aktivis² MiM-Kompos dengan para penasihat dan guru².

Selepas belanja makan sambil ditemani mantan Tkm1 P.Pinang Dato' Zakiyuddin yang cerita pengalaman dia memasuki bumi Gaza melalui terowong bawah tanah, Tok Ayah bawa kami melawat pusat pengajian (pondok) beliau yang bakal didirikan terletak berdekatan Pongsu Seribu. Pondok berdekatan sawah padi. Ada gagasan dan perjuangan beliau dalam meninggikan syiar Islam di negeri ini walaupun telah bersara. Insha'Allah takda halangan pondok beliau akan beroperasi awal tahun ni. Kami turut menjemput Tok Ayah untuk mengajar secara berkala di KomPoS mulai tahun depan.

Selepas ziarah Tok Ayah, kami ziarah Afizal Radzi (Bang Chik) senior lama dalam gerakan API dan Unggas Malaysia terutamanya. Banyak hal dibualkan dalam penyusunan kembali program² anjuran MiM - KomPoS. Tapi masa tak mengizinkan terlalu lama kerana Amir kena segera pulang sebab tiket bas jam 7.00 petang. Lepas ni ada lagi plan ziarah bagi merapatkan kembali saf diantara aktivis, penasihat dan guru². Kita susun kembali semuanya lepas ini. Insha'Allah.

Nukilan Pakteh
Koordinator MiM - Kompos - Rice & Roses.



Address

Permatang Pauh
13500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rice & Roses posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rice & Roses:

Shortcuts

Share