Komuniti Taman Sepadu Jaya

Komuniti Taman Sepadu Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Taman Sepadu Jaya, Nonprofit Organization, Mydin Mall, Permatang Pauh.

18/04/2026
πŸŒ™βœ¨ Sambutan Hari Raya Taman Sepadu Jaya 2026/1447H βœ¨πŸŒ™Alhamdulillah, sambutan Hari Raya di Taman Sepadu Jaya berlangsung ...
18/04/2026

πŸŒ™βœ¨ Sambutan Hari Raya Taman Sepadu Jaya 2026/1447H βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya di Taman Sepadu Jaya berlangsung dengan penuh meriah dan penuh ukhwah πŸ€πŸ’š

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir memeriahkan majlis β€” dari yang kecil hingga dewasa, semuanya tampil dengan pakaian raya yang cantik dan ceria πŸ˜πŸ‘—πŸ‘•

Semoga kemeriahan ini terus mengeratkan silaturrahim sesama kita dan menjadikan komuniti kita lebih harmoni dan bersatu padu 🌸

πŸ“Έ Jom kita throwback momen indah ini!

Pertandingan Bowling Taman Sepadu Jaya 2025! πŸ₯³πŸŽ³ Pada Sabtu, 28 Jun 2025, telah berlangsung satu pertandingan bowling bag...
29/06/2025

Pertandingan Bowling Taman Sepadu Jaya 2025! πŸ₯³πŸŽ³

Pada Sabtu, 28 Jun 2025, telah berlangsung satu pertandingan bowling bagi penduduk taman sepadu jaya yang telah menyaksikan 11 pasukan telah berentap sengit di gelanggang dengan masing-masing mempamerkan aksi dan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya mencatat kedudukan cemerlang, dan penghargaan kepada setiap peserta yang telah memberikan persembahan terbaik. πŸ”₯Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama memeriahkan acara ini! πŸ™Œ Mari terus pupuk semangat sukan dan perpaduan dalam komuniti kita.

"

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 PERINGKAT TAMAN SEPADU JAYA, TASEK GELUGORSABTU, 26 APRIL 2025Majlis Sambutan ...
30/04/2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 PERINGKAT TAMAN SEPADU JAYA, TASEK GELUGOR
SABTU, 26 APRIL 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, anjuran bersama Komuniti Taman Sepadu Jaya & Surau Ar Raudhah telah berlangsung dengan jayanya.

Walaupun dalam suasana hujan, sambutan daripada penduduk dan komuniti setempat adalah sangat menberangsangkan dan berlangsung dengan penuh kegembiraan dan keakraban.

Terima kasih kepada semua penduduk dan komuniti setempat yang sudi meluangkan masa dan turut serta dalam sambutan penuh makna ini.

Semoga ukhwah yang terjalin terus erat, dan Aidilfitri ini membawa keberkatan serta kebahagiaan kepada kita. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program jamuan raya pada tahun ini.

Diharapkan agar majlis ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dalam kalangan komuniti penduduk Taman Sepadu Jaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah swt, Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Pada bulan lepas,...
07/10/2024

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah swt, Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Pada bulan lepas, Surau Ar Raudhah julung kalinya telah menganjurkan satu kuliah maghrib bersama Ustaz Kamaruddin Toyo bagi pengisian bersama penduduk bersempena Maulidur Rasul. Turut tidak ketinggalan kita juga telah menghantar kontinjen bagi perarakan untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat Masjid Jamek Tasek Gelugor. Tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan sama-sama memeriahkan majlis, semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan.

20/08/2024
PROGRAM JIWA MERDEKAPada Ahad, 18 Ogos 2024, telah berlangsung satu program kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan Daera...
20/08/2024

PROGRAM JIWA MERDEKA

Pada Ahad, 18 Ogos 2024, telah berlangsung satu program kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan Daerah SPU dengan kerjasama Persatuan Komuniti Taman Sepadu Jaya yang telah dirasmikan oleh Dato Dr Mohamad Abdul Hamid (TKM1). Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam dan juga PTPTN atas sokongan dan kerjasama. Terima kasih juga kepada yang hadir dan tahniah diucapkan untuk semua pemenang.

Di bulan kemerdekaan ini, bersama kita semarakkan semangat patriotik di atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang.



Address

Mydin Mall
Permatang Pauh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Taman Sepadu Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share