Bippa Keadilan Cabang Permatang Pauh

Bippa Keadilan Cabang Permatang Pauh Biro Pemahaman & Pemantapan Agama KEADILAN Cabang Permatang Pauh

Teguran yang baik bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa, tetapi sebagai peringatan agar kita semua sentiasa menjaga adab d...
05/06/2026

Teguran yang baik bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa, tetapi sebagai peringatan agar kita semua sentiasa menjaga adab dan tanggungjawab dalam setiap ucapan.

Dalam era media sosial hari ini, setiap perkongsian dan kata-kata yang diungkapkan mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan agama, para ulama dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memelihara lisan serta memastikan setiap kandungan yang dihasilkan tidak menimbulkan salah faham, kekeliruan atau gambaran yang boleh dianggap meremehkan perkara yang suci dalam agama.

Teguran ini dibuat dengan penuh hormat dan keikhlasan demi kebaikan bersama. Semoga ia menjadi peringatan buat diri kita sendiri dan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam berbicara serta berkarya.

Video yang dirujuk:
https://vt.tiktok.com/ZSQ8eTFe7/

Semoga Allah SWT memelihara lisan, hati dan niat kita semua.





Isu hukum perlu dijawab dengan ilmu, bukan sekadar emosi dan potongan video semata-mata. Islam menuntut ihsan terhadap h...
29/05/2026

Isu hukum perlu dijawab dengan ilmu, bukan sekadar emosi dan potongan video semata-mata. Islam menuntut ihsan terhadap haiwan, namun hukum sah atau tidak korban bergantung sama ada haiwan tersebut masih hidup ketika disembelih menurut syarak.

Semoga masyarakat memahami hukum dengan adil, tenang dan berpandukan fatwa serta dalil yang sahih.









27/05/2026

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.” 🤍

Perbetulkan niat, ikhlaskan hati, kerana nilai amalan di sisi Allah bukan hanya pada zahirnya tetapi pada tujuan dalam hati.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2026M ✨Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diberkati ...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2026M ✨

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diberkati dan diterima Allah SWT.
Moga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada
BIPPA KEADILAN Cabang Permatang Pauh 🤍

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan adab sesama manusia.Kurangkan fitnah, perbanyakkan amal ibad...
26/05/2026

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan adab sesama manusia.
Kurangkan fitnah, perbanyakkan amal ibadah dan fokus berkhidmat untuk rakyat.

Salam Aidiladha 1446H / 2026M 🤍

Esok pagi bermulanya takbir muqayyad sempena Hari Arafah 9 Zulhijjah.Mari hidupkan syiar Islam dengan memperbanyakkan ta...
25/05/2026

Esok pagi bermulanya takbir muqayyad sempena Hari Arafah 9 Zulhijjah.

Mari hidupkan syiar Islam dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil dalam mengagungkan Allah SWT.

Rebut peluang pahala di awal Zulhijjah 🤍Jangan lepaskan amalan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah) & Arafah (9 Zulhijjah)...
24/05/2026

Rebut peluang pahala di awal Zulhijjah 🤍

Jangan lepaskan amalan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah) & Arafah (9 Zulhijjah) yang penuh dengan kelebihan dan keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah menerima segala amalan kita serta mengurniakan istiqamah dalam beribadah. 🤲🏻










Majlis Agihan Lembu Korban Untuk Rakyat Permatang Pauh 🐄✨Semoga membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menyemar...
24/05/2026

Majlis Agihan Lembu Korban Untuk Rakyat Permatang Pauh 🐄✨

Semoga membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita. Semua rakyat dijemput hadir. 🤝








Salam Aidiladha 1447H. 🌙Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang p...
22/05/2026

Salam Aidiladha 1447H. 🌙
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang penyayang, prihatin dan sejahtera.

Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat Permatang Pauh.

Alhamdulillah, pada 19 Mei 2026 (Selasa), satu Majlis Pelepasan Jemaah Haji Tajaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana...
19/05/2026

Alhamdulillah, pada 19 Mei 2026 (Selasa), satu Majlis Pelepasan Jemaah Haji Tajaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah berlangsung dengan penuh barakah di Masjid Mengkuang T**i, Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang melibatkan seramai 16 orang jemaah dari kawasan Permatang Pauh.

Majlis ini telah disusun dan dikelolakan oleh Pusat Khidmat MADANI Permatang Pauh di bawah penyelarasan Tuan Zainal Abidin Saad selaku Pegawai Khas kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Program yang bermula seawal solat Subuh berjemaah ini turut diisi dengan jamuan sarapan pagi, bacaan doa musafir serta sesi pelepasan rasmi para jemaah haji ke Tanah Suci.

Turut hadir mewakili seluruh keluarga KEADILAN Cabang Permatang Pauh ialah pimpinan dan wakil cabang antaranya YB Tuan Amir Md Ghazali, Penyelaras KADUN Penanti Tuan Salehan Jahaya, Tuan Nizam selaku Setiausaha Pengelola Cabang, Puan Ashikin daripada Media Biro Penerangan serta Ustaz Danish Adam selaku Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Cabang Permatang Pauh bersama pimpinan dan anggota cabang yang lain.

Selain meraikan para dhuyufurrahman, pimpinan yang hadir juga berkesempatan beramah mesra bersama ahli keluarga jemaah dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara kepimpinan parti dan masyarakat setempat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam memastikan kebajikan rakyat Permatang Pauh terus diberikan perhatian dan dimartabatkan.

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Cabang Permatang Pauh akan terus komited memperkukuhkan kefahaman agama serta memartabatkan syiar Islam berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pendekatan yang harmoni, sederhana dan berprinsip.










Address

Permatang Pauh
13500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bippa Keadilan Cabang Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share