22/08/2026
πΊ ALHAMDULILLAH, SELESAI MATA AYER MERDEKA FUN RUN 2026! π²πΎπββοΈπββοΈ
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Mata Ayer Merdeka Fun Run 2026 telah selesai dilaksanakan pada pagi ini dengan penuh meriah dan semangat patriotik! π²πΎβ€οΈ
Team Mata Ayer Care ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, urusetia, peserta, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu dan menjayakan program pada hari ini.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada para penyumbang utama yang sudi bersama-sama memeriahkan event larian ini. Untuk makluman semua, hadiah cabutan bertuah serta pelbagai menu makanan dan minuman yang disediakan pada hari ini adalah hasil sumbangan daripada para penyumbang yang budiman.
Sesungguhnya, jasa baik, sokongan dan keprihatinan anda semua amat besar maknanya buat kami. Tanpa sokongan daripada semua pihak, program ini pastinya tidak dapat dilaksanakan dengan semeriah ini.
Semoga segala sumbangan, tenaga dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang diberkati dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. π€²π»
Terima kasih kerana bersama-sama mencipta kenangan indah di Mata Ayer Merdeka Fun Run 2026! β€οΈπ²πΎ
Mata Ayer Care
Bersama Menyemarakkan Semangat Merdeka, Menyatukan Komuniti π²πΎβ¨