07/10/2023
Pi mengaji Riau dah depa.
Empat tahun lepas macam biasa kakyong ikut tim UiTM p Kemboja. Masa tu Rektor UiTM Perlis dan Rektor Universiti Islam Riau pun ikut sama.
Buat aktiviti macam biasa. Berkhatan, pemeriksaan kesihatan, kelas agama, gotong royong, bagi sumbangan, macam-macam lagi la. Ada melawat pejabat m***i Kemboja juga.
Lepas aktiviti tu semua Rektor UIR offer tempat pengajian kepada pelajar Kemboja.
Alhamdulillah, semalam Ustaz Rozali yang selalu jadi wakil kami di sana tu bagi tau. Beberapa hari lepas 17 orang pelajar (siri ke 3 dah) berlepas ke bumi Riau untuk menyambung pengajian di sana.
Besaq dah depa. Kakyong tumpang seronok.
Kita masuk ke kampung depa nak tunjuk yang di luar sana ada peluang untuk lanjutkan pelajaran, ada peluang untuk memajukan diri. Sebab ada yang tak pernah keluar pun dari kawasan kampung.
Alhamdulillah. Semoga ada la terpalit sikit pahala untuk kakyong kat situ. Tukang bawa banner, tukang ambik gambar, tukang hingaq. Doktor Hidayat kata runner paling laju untuk setiap department. 😁
Terima kasih kepada family, saudara-mara, sahabat-sahabat dan kenalan socmed yang selalu support program kembara prihatin ummah Kemboja nie. Banyak pahala oooo…