HALUAN Perlis

HALUAN Perlis HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988

RAYUAN TABUNG BENCANA KEBAKARAN KUALA PERLISPada 13 Jun 2026, lapan buah rumah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis te...
14/06/2026

RAYUAN TABUNG BENCANA KEBAKARAN KUALA PERLIS

Pada 13 Jun 2026, lapan buah rumah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis telah musnah dalam satu kebakaran besar. Ramai keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Marilah kita bersama meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang diuji. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
"Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya." (HR Muslim)

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun rasmi HALUAN:

* Bank: RHB Bank Berhad
* Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
* No. Akaun: 2590-1800-0070-86
* Rujukan transaksi: Kebakaran Kuala Perlis

πŸ“Sebarang pertanyaan hubungi talian Hotline:
En Khosran 6019-6631586 atau En Muhd Ridha 6011-20593619

Ayuh hulurkan bantuan dan sebarkan rayuan ini.
Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Ayuh tuan puan, waktu2 akhir utk kita menyumbang kpd pendanaan program πŸ’ͺ🏼Anda ingin menderma & mendapat resit pengecuali...
12/05/2026

Ayuh tuan puan, waktu2 akhir utk kita menyumbang kpd pendanaan program πŸ’ͺ🏼

Anda ingin menderma & mendapat resit pengecualian cukai ❓
Disini πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
https://yayasanmatri.org/product/sukhal-2026/

Sukacita dimaklumkan, Biro Sukan & Rekreasi HALUAN dengan sokongan Yayasan Matri(YM) kini membuka peluang infaq kepada anda.

Peluang infaq ini dibuka kepada semua pihak individu mahupun organisasi.

Ayuh!!
Kita rebut peluang infaq ini bagi menjayakan program SUKHAL yang dirancang.

Semoga Allah memberkati infaq tuan-tuan.

Pertanyaan pelepasan cukai πŸ‘‡πŸΌ
YM - 011-5966 3246

TAJAAN SUKHAL 2026

6 Disember 2025, Beseri. PERLIS β€” Dalam suasana pasca banjir yang masih suram, seramai 48 orang  relawan daripada HALUAN...
07/12/2025

6 Disember 2025, Beseri. PERLIS β€” Dalam suasana pasca banjir yang masih suram, seramai 48 orang relawan daripada HALUAN Malaysia cawangan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang turun ke lapangan dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab. Mereka dibahagikan kepada tiga pasukan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara menyeluruh.

Pasukan Satu mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Tasoh, membantu keluarga yang masih bergelut memulihkan hidup selepas banjir. Pasukan Dua p**a bertungkus-lumus melakukan pembersihan di Pusat Kokurikulum Kaki Bukit, mengalihkan peralatan rosak dan membersihkan selut yang menebal. Pada masa yang sama, Pasukan Tiga meneruskan khidmat di Sekolah Tengku Budriah, Arau memastikan ruang pembelajaran anak-anak dapat dipulihkan secepat mungkin.

Di kedua-dua lokasi, keadaan masih memerlukan bantuan orang ramai, khususnya tenaga pembersihan kerana banyak aset musnah dan kawasan yang sangat kotor. HALUAN Perlis terus mengharap sokongan tenaga dan sumbangan kewangan agar usaha ini dapat diteruskan.

SERUAN MISI RAKYAT | MISI BANJIR PERLISπŸ“† Sabtu | 6 Disember 2025πŸ•— 8.00 pagi (berkumpul & taklimat)Lokasi Misi:πŸ“ Pusat Ko...
04/12/2025

SERUAN MISI RAKYAT | MISI BANJIR PERLIS

πŸ“† Sabtu | 6 Disember 2025
πŸ•— 8.00 pagi (berkumpul & taklimat)

Lokasi Misi:
πŸ“ Pusat Kokurikulum, Kaki Bukit
πŸ“ SK Tengku Budriah, Arau

πŸŽ’ Mohon bawa bersama:
- Peralatan mencuci (baldi, berus, mop dll)
- Sarung tangan getah
- Pakaian sesuai & kasut getah

🀝 Pendaftaran Relawan: daftar disini: https://forms.gle/orniMv5RYLgPK37r7
atau hubungi πŸ‘€ Taqi: 60135697987 / πŸ‘© Kak Bah: 60139543732

Ayuh sahut seruan misi ini!
Ringankan beban mangsa, ringankan hisab kita.

β€œDan Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu membantu saudaranya.” (HR Muslim)



Banjir di Perlis telah memberi impak signifikan kepada ribuan isi rumah.HALUAN Perlis sedang menggerakkan tenaga sukarel...
27/11/2025

Banjir di Perlis telah memberi impak signifikan kepada ribuan isi rumah.

HALUAN Perlis sedang menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menyediakan bantuan segera merangkumi keperluan asas, sokongan logistik dan pemulihan pasca banjir.

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar dan berterusan.
Setiap sumbangan anda menyokong tindakan pantas di lapangan β€” makanan, kit kebersihan, pembersihan rumah serta bantuan kecemasan.

Bersama kita pulihkan Perlis.
Sedikit daripada anda, besar maknanya untuk mereka.

πŸ“Œ Salurkan Sumbangan Anda

RHB Bank
25901800007086
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Kod rujukan: Perlis Prihatin Banjir

Atau imbas DuitNow QR dalam poster.

Terkini!Berita Operasi Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis(26 Nov 2025)Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis kini giat mengu...
26/11/2025

Terkini!

Berita Operasi Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis
(26 Nov 2025)

Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis kini giat menguruskan proses pembungkusan barang keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Antara barangan yang sedang dipacking termasuk beras, minyak masak, gula, garam, makanan segera, air mineral, lampin pakai buang, ubat-ubatan ringan serta kelengkapan kebersihan diri. Semua sukarelawan berganding bahu memastikan bantuan sampai tepat pada waktunya demi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Kami menyeru orang ramai untuk turut serta menyumbang barangan asas atau wang tunai bagi mengukuhkan usaha bantuan ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna.

Address

Tingkat 1, Bangunan Farmasi Ikhtiar, Taman Sena Indah
Perlis
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALUAN Perlis:

Shortcuts

Share