Projek Anak Didik

Directions Contact the organization

Projek Anak Didik PROJEK ANAK DIDIK | Usaha pendayaupayaan kanak-kanak dengan ilmu. HER.CARE: ADAB | Usaha pendayaupayaan kanak-kanak perihal alam sekitar.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
22/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 14
Tarikh : 19 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Aliya

Bagi sesi kali ini, kami memilih untuk mengadakan pembelajaran yang lebih santai dengan mendapatkan pandangan murid tentang aktiviti yang ingin dilakukan. Murid bersepakat memilih aktiviti mewarna. Oleh itu, saya dan Cikgu Farah meminta mereka mencari satu objek di kawasan sekitar, kemudian melukis objek tersebut di atas kertas sebelum mewarnakannya. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka persekitaran sambil menzahirkan kreativiti masing-masing.

Setelah selesai melukis dan mewarna, setiap murid diminta menerangkan secara ringkas sebab mereka memilih objek tersebut. Aktiviti ini bertujuan melatih murid berfikir, membina keyakinan diri serta menggalakkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik semasa proses pembelajaran.

Aktiviti diteruskan sehingga masuk waktu solat Asar. Selepas azan berkumandang, kami mengajak murid menunaikan solat Asar secara berjemaah bersama jemaah lain di masjid. Selain membiasakan murid dengan suasana masjid, aktiviti ini juga menjadi salah satu bentuk pembelajaran secara praktikal bagi memperkenalkan tatacara pelaksanaan solat kepada mereka. Saya berharap, walaupun mereka mungkin belum mampu mengamalkan solat lima waktu secara konsisten, pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh sedikit sebanyak dapat menanam kefahaman serta memberi manfaat kepada mereka dalam menghayati ajaran Islam pada masa hadapan.

"As one of our first female Malay doctors, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali belonged to the generation of Malayans who built...
21/09/2026

"As one of our first female Malay doctors, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali belonged to the generation of Malayans who built an independent nation out of a legacy of colonialism and war. She left government service when her husband Tun Dr. Mahathir Mohamad reached the top of the political hierarchy, but for the next 22 years she was more than the wife of Malaysia’s longest-serving Prime Minister. On the international and local stages she remained a staunch advocate for public health and developmental issues, always engaging the rakyat with her signature grace and humour.

My Name is Hasmah is her account of her upbringing, career in medicine and adventures (and occasional misadventures) as she travelled the world by her husband’s side. This is a story of a woman who juggled multiple roles—doctor, advocate, daughter, sister, wife, mother—as she navigated a life marked by extraordinary circumstances."

Tajuk: My Name Is Hasmah

Penulis: Siti Hasmah Mohd Ali

…

❤️Kempen dana Projek Anak Didik: kitafund.com/campaign/17395

❤️Kempen dana perubatan Puan Fatimah: kitafund.com/campaign/18034

20/09/2026

Pada 12 September 2026 yang lepas, empat orang kanak-kanak turut mengikuti Program Kelestarian Alam: KAMI KUTIP SAMPAH AMPA anjuran bersama Grass Malaysia dan MRSM Arau, Perlis. Sampah seberat 451.6kg berjaya dikutip oleh 40 orang sukarelawan di sepanjang persisiran pantai di Dataran IMAB.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
18/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 15
Tarikh : 17 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Bushrho

Sesi pembelajaran dimulakan dengan ulangan amali daripada kelas sebelumnya yang memfokuskan kepada rukun-rukun solat. Sebagai aktiviti pengukuhan, saya menyediakan latihan menyusun rukun solat mengikut turutan yang betul tanpa memberikan sebarang bantuan. Hasil pemerhatian mendapati Umai masih mengingati turutan rukun solat dengan baik. Namun begitu, bacaan-bacaan dalam solat masih memerlukan latihan dan pengulangan secara berterusan bagi meningkatkan tahap penguasaannya.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan aktiviti latih tubi Bahasa Melayu yang merangkumi latihan mengeja menggunakan kaedah suku kata, memadankan perkataan serta latihan menulis bagi mengukuhkan kemahiran membaca dan koordinasi penulisan. Umai memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kesungguhan sepanjang menjalankan setiap aktiviti yang diberikan.

Sebelum sesi pembelajaran berakhir, saya mengedarkan bahan bacaan dan latihan sebagai rujukan serta kesinambungan pembelajaran kepada guru yang akan membimbingnya selepas ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada Umai agar terus berusaha dalam pembelajaran serta mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Bagi mengakhiri sesi dalam suasana yang menyeronokkan, saya menjalankan aktiviti kuiz menggunakan permainan Ular dan Tangga, di mana setiap petak mengandungi soalan berkaitan pembelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti ini berjaya menguji kefahaman Umai di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan interaktif.

Sesi diakhiri dengan bergambar sebagai kenangan bersama Umai setelah tamat keseluruhan kelas bimbingan bagi bulan Julai.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
18/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 14
Tarikh : 15 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Bushrho

Fokus utama sesi pembelajaran kali ini ialah Pintar Solat, yang merangkumi pembelajaran berkaitan cara mengambil wuduk, rukun wuduk, rukun solat dan amali solat.

Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai langkah-langkah mengambil wuduk yang betul serta rukun-rukun wuduk. Selepas penerangan diberikan, saya menjalankan aktiviti amali dengan meminta Umai mempraktikkan cara berwuduk bagi menilai tahap kefahamannya.

Seterusnya, saya memperkenalkan rukun-rukun solat secara berperingkat sebelum membimbing Umai melakukan amali solat mengikut turutan yang betul. Pada akhir sesi, saya menguji kefahamannya dengan meminta dia menyusun dan menyebut turutan rukun solat tanpa bantuan.

Selain itu, saya turut membimbing Umai membaca beberapa bacaan asas dalam solat serta membetulkan sebutan yang kurang tepat bagi meningkatkan penguasaan dan keyakinannya.

Secara keseluruhannya, Umai memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi pembelajaran. Aktiviti penerangan, amali dan penilaian yang dijalankan membantu meningkatkan kefahaman serta penguasaan asasnya dalam ibadah wuduk dan solat.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
17/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 12
Tarikh : 13 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Afifah

Topik: Auxiliary Verbs

Pada sesi tuisyen kali ini murid telah mempelajari penggunaan Auxiliary Verbs (kata kerja bantu) seperti am, is, are, was, were, do, does, did, have, has, dan had. Murid diberi penerangan tentang fungsi kata kerja bantu dalam membina ayat penyata, ayat tanya, dan ayat negatif.

Sepanjang sesi kelas murid menjalankan latihan mengenal pasti serta melengkapkan ayat menggunakan Auxiliary Verbs yang betul mengikut subjek dan masa (tense). Murid menunjukkan pemahaman yang baik dan mampu menjawab kebanyakan soalan dengan tepat, walaupun masih memerlukan sedikit bimbingan bagi membezakan penggunaan do/does dan have/has.

Secara keseluruhannya objektif pembelajaran telah dicapai. Murid digalakkan untuk terus membuat latihan bagi meningkatkan penguasaan penggunaan Auxiliary Verbs dalam penulisan dan pertuturan harian.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
17/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 11
Tarikh : 13 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Nurdini

Aktiviti bersama Aina dimulakan dengan memperkenalkan rupa dan mata wang Malaysia. Seterusnya, saya membuat aktiviti penambahan menggunakan mata wang dan membantu Aina menghafal sifir 2 sambil menerangkan konsep darab dengan cara yang lebih mudah difahami kalau mahu menjawab soalan pendaraban. Sebab selama ini dia jawab guna kaedah menambah. Contohnya 3x3 =9 dikira sebagai 3+3+3. Jadi saya membantu Aina untuk menghafal sifir mengira bertambah secara dalam kepala.

Bagi Dayah, saya menjalankan aktiviti penambahan bagi membantu meningkatkan pemahaman terhadap nombor. Saya memilih untuk fokus kepada satu tajuk sahaja kerana masa kelas sekali seminggu masih belum mencukupi untuk membantu mereka memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Apabila dibuat dengan kerap, saya percaya mereka lebih mudah untuk mengingati konsep.

KELAS 3M FASA 3Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat...
16/09/2026

KELAS 3M FASA 3

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis dengan tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sesi 14
Tarikh : 12 Julai 2026
Sukarelawan Pendidikan : Khalil

Bismillahirahmanirahim.

1. Untuk sesi ini, Alhamdulillah bermula dengan bacaan al-Quran dan sambung lagi kepada basic bacaan tajwid dari segi mad dan sebagainya.

2. Masih sama cuma kali ini lebih memfokuskan kepada ikhfak hakiki, dan setiap huruf diminta hafal dan ingat dan minta Kamarul cari setiap contoh ikhfak hakiki dari segi nun mati dan tanwin dan semua ini ambil masa dalam 20 hingga 30 minit.

3. Seterusnya sambung kepada pengenalan nombor dan masih lagi latih Kamarul untuk menghafal setiap satu dengan betul sebab kalau Kamarul boleh eja dan hafal mahu fokuskan kepada pengenalan jam.

16/09/2026

Habis kelas, pergi makan aiskrim.

16/09/2026

Suasana sesi ketiga belas Kelas 3M yang dikendalikan oleh Cikgu Aliya.

Address

Lot 5392, Persiaran Putra Timur
Perlis
02000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Anak Didik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Projek Anak Didik:

Shortcuts

Share