13/01/2025
*PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU AUTOMATIK (ADTREC)*
Sebuah projek dibawah geran MySejatiMadani yang telah berjaya didapatkan oleh Pertubuhan Penduduk Taman Bukit Kubu Kuala Perlis (PPTBK). Namun sebelum permohonan geran ini berjaya didapatkan, pihak PPTBK telah menerima pelbagai rintangan dan halangan bermula dari mendapatkan surat kebenaran tapak bagi menempatkan ADTREC tersebut. Hampir 2 bulan surat kebenaran tersebut tidak mendapat maklum balas dari pihak berkuasa. Namun rezeki manusia siapa yang tahu, pihak PPTBK berjaya mendapatkan surat kebenaran tapak sekaligus memenuhi kriteria permohonan geran MySejatiMadani.
Akan tetapi halangan dan rintangan tidak berhenti disitu sahaja. Setelah berjaya mendapatkan geran tersebut, pihak PPTBK telah berurusan naik turun ke pihak MPK selama hampir beberapa minggu, akhirnya tapak tersebut berjaya didapatkan kembali oleh pihak PPTBK.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya mesin ADTREC telah sampai ke tapak di kawasan Taman Bukit Kubu tanpa sebarang masalah.