Pusat Jagaan Teratak Rahmat

Pusat Jagaan Teratak Rahmat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Community Center, Pusat Jagaan Teratak Rahmat, KM 1. 2 Jalan Mata Ayer, Perlis.

Assalamualaikum,Dengan rendah hati, kami memohon sedikit sumbangan dana operasi yang diperlukan untuk membiayai anak-ana...
26/11/2025

Assalamualaikum,

Dengan rendah hati, kami memohon sedikit sumbangan dana operasi yang diperlukan untuk membiayai anak-anak yatim, asnaf dan berkeperluan seramai 68 orang.

Keadaan kewangan kami agak merisaukan, kami berdoa semoga Allah hadirkan penderma-penderma yang sudi berkongsi rezeki demi pelaburan saham akhirat kita masing-masing yang juga menjadi tanggungjawab bersama menjaga anak-anak ini.

Kami menjaga, anda bantu menyara, bersama gandingan ini menjadi saksi usaha kita dalam kebajikan dan dakwah insyaAllah.

Profail kami di : https://drive.google.com/file/d/1W2sXTinvHwDmV9sntSlaOqkP37ihdBvA/view?usp=gmail

06/06/2025
“MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH”DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNIALMARHUM TUANKU SYED PUTR...
17/05/2025

“MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH”

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI
ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
RAJA NEGERI PERLIS

SEMPENA:
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-82
DYMM TUANKU RAJA PERLIS

PADA:
17 MEI 2025M BERSAMAAN 19 ZULKAEDAH

Sembah Takzim Daripada:
Persatuan Al-Islah Perlis / Teratak Rahmat /
Dar al-Islah Islamic School

RAYUAN KORBAN AIDIL ADHA 1446 HIJRAH / 2025 MASEHIUNTUK MAKANAN ANAK YATIM/MISKIN TERATAK RAHMATRM850.00 Satu Bahagian L...
02/05/2025

RAYUAN KORBAN AIDIL ADHA 1446 HIJRAH / 2025 MASEHI
UNTUK MAKANAN ANAK YATIM/MISKIN TERATAK RAHMAT

RM850.00 Satu Bahagian Lembu

RM950.00 Seekor Kambing

Tarikh Tutup : Tujuh Hari Sebelum Hari Raya Aidil Adha

APAKAH MANFAAT BERKORBAN AIDIL ADHA DI PUSAT JAGAAN ANAK YATIM/MISKIN TERATAK RAHMAT, MATA AYER, PERLIS ?

1) DIJALANKAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH iaitu korban disembelih pada 10 Zulhijjah

2) MENJADI SEDEKAH TERBAIK kerana daging lembu dan kambing tempatan memang tidak mampu dinikmati oleh anak yatim/miskin dalam situasi biasa

3) MENJADI MAKANAN ANAK YATIM iaitu anak yang kematian bapa dan belum baligh di Teratak Rahmat

4) MENJADI MAKANAN ANAK MISKIN iaitu anak yatim yang sudah baligh atau anak yang berasal daripada keluarga miskin tegar di Teratak Rahmat

5) MENUNAIKAN KEPERLUAN GOLONGAN DHAIF TEMPATAN iaitu memastikan kemelaratan tidak membelenggu rakyat Malaysia sendiri yang masih terpinggir iaitu anak yatim/miskin walaupun rakyat negara ini dianggap lebih bertuah daripada Umat Islam di Gaza, Myanmar, Kemboja dan lain-lain

6) MANFAAT BERTERUSAN iaitu daging korban dicincang dan disejuk bekukan dalam peti-peti sejuk besar untuk dimakan sedikit demi sedikit dalam SETAHUN yang akan datang Insya-Allah

7) TIADA UPAH PENGURUSAN DAN CAJ TERSEMBUNYI. Semua kos-kos tidak langsung seperti upah penyembelih dan pelapah, pengangkutan, makanan haiwan korban ketika dipelihara sebelum disembelih, penyelenggaraan peti sejuk, penyelenggaraan peralatan dan sebagainya diserap oleh penganjur. Oleh itu TIADA caj tersembunyi dikenakan kepada mereka yang berkorban di mana bayaran harga 1 bahagian/ 1 ekor adalah sepenuhnya untuk kos haiwan korban tersebut sahaja.

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi:
Ustaz Muhammad Ihsan di telefon 0182666541
Atau
Ustazah Nurulhuda di telefon 0194219382
Atau
Puan Norshida Samingon di telefon 0126831082

dan layari laman Facebook rasmi Teratak Rahmat di

https://www.facebook.com/profile.php?id=100090228916711&mibextid=LQQJ4d

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُ...
14/04/2025

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِّنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Wahai Tuhan kami, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkan dia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah tempat masuknya, bersihkanlah dia dengan air, salji dan air dingin, dan sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan kain putih daripada kotoran, dan gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik daripada rumahnya (sebelumnya), begitu juga keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (sebelumnya), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (sebelumnya). Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab api neraka.

Sahih Muslim: 2232

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA PERLISTUANKU YANG DIPERTUAMAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PER...
08/04/2025

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA PERLIS
TUANKU YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN ARAHAN MEMBACA QUNUT NAZILAH EKORAN SERANGAN DAN SEKATAN BEKALAN KEMANUSIAAN KE G4Z4, P4LE5T1N

Dengan limpah perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan oleh tentera I5r@el dan pendatang haram Y@hud1 ke atas rakyat Palestin di bumi G@z@, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Negeri Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat 5 waktu bermula daripada waktu Subuh, 9 April 2025 (Rabu) bersamaan 10 Syawal 1446H sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Contoh lafaz doa Qunut Nazilah yang disediakan oleh Jabatan M***i Negeri Perlis adalah seperti yang dilampirkan.

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs (1920): MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH

SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis

Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 8 April 2025 bersamaan 9 Syawal 1446H

CONTOH DOA QUNUT NAZILAH UNTUK UMAT ISLAM DI P4LE5T1N


اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن، اَللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ، اَلَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلَسْطِين، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِالْيَهُودِ الْمُعْتَدِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ.

اَللَّهُمَّ اِنَّنَا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِهِمْ ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، يَا قَهَّار، يَا جَبَّار، يَا مُنْتَقِم، يَا الله، يَا الله، يَا الله.

MAKSUDNYA:

“Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim yang membunuh saudara-saudara semuslim kami di P@le5tin. Ya Allah kenakan balasan ke atas Y@hud1 yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka, Ya Allah kenakan balasan ke atas Y@hud1 yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka, Ya Allah kenakan balasan ke atas Y@hud1 yang melampau dan sesiapa yang berwalikan mereka.

Ya Allah kami jadikan Engkau di hadapan mereka dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Selamat menjalani ramadhan dengan penuh keimanan dari seluruh keluarga besar Teratak Rahmat.
01/03/2025

Selamat menjalani ramadhan dengan penuh keimanan dari seluruh keluarga besar Teratak Rahmat.

Takwim Ramadhan 1446H/2025مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ“Sesiapa y...
28/02/2025

Takwim Ramadhan 1446H/2025

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari, No. 38 dan Muslim, No. 760)

Address

Pusat Jagaan Teratak Rahmat, KM 1. 2 Jalan Mata Ayer
Perlis
02500

Telephone

+60126831082

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Teratak Rahmat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Jagaan Teratak Rahmat:

Share