08/07/2024
Encik Ruban Raj, 28 tahun, dari Buntong, Perak telah menghubungi Encik David Marshel, Pengasas Tamilar Kural Malaysia, meminta bantuan untuk membeli sebuah mesin pemotong rumput. Beliau berhasrat memulakan perniagaan memotong rumput.
Encik Balamurugan, Pengerusi Perak Tamilar Kural Malaysia, telah menghubungi Encik Ruban Raj untuk mendapatkan maklumat lanjut dan telah mencari seorang penaja. Encik Navin Raj dari Ilam Tamilan Enterprise sudi menaja sebuah mesin pemotong rumput baru kepada Encik Ruban Raj.
Encik Ruban akan menjalankan perniagaan Potong Rumput & Landscape Design di kawasan Ipoh, Perak. Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan potong rumput dan landscape design boleh menghubungi Encik Ruban Raj di talian 017-9470317.
Tamilar Kural Malaysia akan sentiasa bersedia membantu dan memberi nasihat kepada masyarakat.