Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang

Directions

Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang, Non-Governmental Organization (NGO), Seberang Jaya, Perai.

🚗🤝 Satu Lagi Inisiatif Kebajikan Buat Komuniti31 Julai 2026 (Jumaat), sebuah Buggy Car akan diserahkan kepada Hospital S...
30/07/2026

🚗🤝 Satu Lagi Inisiatif Kebajikan Buat Komuniti

31 Julai 2026 (Jumaat), sebuah Buggy Car akan diserahkan kepada Hospital Seberang Jaya hasil sumbangan Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang melalui Ahli Lembaga Pelawat Hospital Seberang Jaya.

Kenderaan ini akan digunakan bagi memudahkan pergerakan pesakit, warga emas dan mereka yang memerlukan di sekitar kawasan hospital.

📍 10.00 pagi
📍 Ruang Berbumbung ED Lama, Hospital Seberang Jaya

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha murni ini.

YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG MENYUMBANG KEPADA MASJID AL-MUHAJIRIN, SEBERANG JAYA📍 Seberang Jaya, Pulau Pinang📅 ...
06/06/2026

YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG MENYUMBANG KEPADA MASJID AL-MUHAJIRIN, SEBERANG JAYA

📍 Seberang Jaya, Pulau Pinang
📅 6 Jun 2026

Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang (YKNP) telah menyalurkan sumbangan kewangan kepada Masjid Al-Muhajirin sempena Program Kayuhan Basikal bersama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib pada 6 Jun 2026.

Sumbangan tersebut bertujuan membantu menampung kos penambahbaikan dan naik taraf fasiliti masjid, termasuk pembinaan bilik air tambahan, naik taraf kafeteria, dataran masjid serta kemudahan-kemudahan lain demi keselesaan para jemaah.

Dalam majlis tersebut, Encik Sulaiman bin Abdullah telah menerima sijil penghargaan bagi pihak Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh TYT Tun sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan kepada pihak masjid.

Turut hadir ialah Dr. Sazani bin Shafie, Pengerusi Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang, yang turut sama menyertai Program Kayuhan Basikal bersama TYT Tun.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat serta menyokong usaha pihak masjid dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada para jemaah.

📢 MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH, PEMEGANG AMANAH & AHLI YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG 📢  Dengan penuh hormat da...
14/04/2026

📢 MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH, PEMEGANG AMANAH & AHLI YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG 📢

Dengan penuh hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.

📅 Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
🕗 Masa: 8.15 malam
📍 Tempat: Always Sarah Cafe, Taman Pauh Jaya

✨ Mesyuarat ini menjadi medan penting untuk membincangkan hala tuju yayasan, memperincikan perancangan strategik serta memperkukuh jaringan kerjasama demi kesejahteraan komuniti.

👥 KEHADIRAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH:
🔹 Dr Sazani Bin Shafie
🔹 Encik Abu Seman Bin Mat Karim
🔹 Encik Rosle Bin Mahamod
🔹 Dr Fathinul Najib Bin Ahmad Sa’ad
🔹 Dato Seri Dr Tan Gin Soon
🔹 Prof Dato Dr GP Doraisamy
🔹 Prof Ir Ts Dr Md Yusoff Bin Taib
🔹 Encik Sulaiman Bin Abdullah

👥 KEHADIRAN AHLI YAYASAN:
🔸 Ts Lim Swee Bok
🔸 Dr Mohd Subri Bin Tahir
🔸 Encik Noorisyam Bin Jamaluddin
🔸 Encik Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar
🔸 Encik Kamarul Ariffin Bin Abd Rashid
🔸 Encik Azri Bin Ishak
🔸 Puan Salinawati Binti Abdullah
🔸 Puan Nor Haniza Binti Bakhtiar Jemily
🔸 Cik Rehani A/P Balaya, Wakil Setiausaha Syarikat (Pengurusan Wiramaju)

💬 Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai pandangan bernas, idea strategik dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh semua ahli. Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasakan peranan yayasan dalam membantu komuniti, memperluas jaringan kerjasama serta memastikan setiap program yang dirancang memberi impak yang signifikan kepada masyarakat.

🍽️ Mesyuarat turut diserikan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang ditaja oleh Pengerusi, Dr Sazani Bin Shafie. Suasana mesra dan santai jelas terasa apabila semua ahli berpeluang beramah mesra sambil menikmati juadah istimewa, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli yayasan.

🤝 Komitmen dan kehadiran semua ahli amat dihargai dan mencerminkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam menjayakan misi yayasan. Diharapkan segala keputusan dan perancangan yang telah dibincangkan akan membawa manfaat yang berterusan kepada komuniti.

🌟 Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta kepada Pengerusi atas tajaan jamuan yang penuh bermakna.

🔥 LAPORAN PENUH AKTIVITI YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG (2024–2025)Sepanjang tahun 2024 hingga 2025, Yayasan Komun...
06/04/2026

🔥 LAPORAN PENUH AKTIVITI YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG (2024–2025)

Sepanjang tahun 2024 hingga 2025, Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang terus komited dalam melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat 💪

Program yang dijalankan bukan sahaja menyentuh aspek kebajikan, malah merangkumi pendidikan, pembangunan kemahiran dan kesedaran komuniti ❤️

✨ PERINCIAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN:

🍽️ KURSUS PEMBUATAN CHICKEN CHOP
📅 18 Mei 2024
📍 Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penyediaan chicken chop yang betul dan berkualiti. Peserta bukan sahaja mempelajari cara memasak, malah turut didedahkan dengan teknik penyediaan makanan secara profesional.

💡 Impak program:
✔️ Menambah kemahiran masakan peserta
✔️ Memberi peluang menjana pendapatan melalui perniagaan makanan
✔️ Meningkatkan keyakinan diri dalam bidang kulinari

Program ini sangat bermanfaat khususnya kepada individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan makanan.

📚 PROGRAM BICARA ILMU: NGO PEMANGKIN WADAH MALAYSIA MADANI
📅 11 Jun 2024
📍 Kompleks Rakan Muda Jawi, Nibong Tebal

Program ini dianjurkan dengan kerjasama YADIM Negeri Pulau Pinang sebagai satu platform perkongsian ilmu kepada NGO di daerah Seberang Perai Selatan, khususnya kawasan Sungai Bakap.

🎯 Objektif utama:
✔️ Memberi kefahaman tentang konsep Malaysia MADANI
✔️ Menjelaskan peranan NGO sebagai rakan strategik kerajaan
✔️ Memperkasa NGO agar lebih aktif dalam pembangunan masyarakat

💬 Program ini turut melibatkan sesi ceramah dan perkongsian yang membuka minda peserta tentang kepentingan perpaduan, nilai murni dan kesejahteraan komuniti.

🤲 PROGRAM INFAQ KASIH RAMADAN 2025
📅 18 Mac 2025
📍 Sekitar Daerah Seberang Perai Tengah

Program kebajikan ini dilaksanakan dengan kerjasama Smart Food Venture Networking Sdn. Bhd. (Ayam Ory) bagi membantu golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan.

🎁 Bantuan yang diberikan:
✔️ Bakul makanan
✔️ Sumbangan wang tunai

❤️ Matlamat program:
✔️ Meringankan beban golongan kurang berkemampuan
✔️ Memupuk semangat berkongsi rezeki
✔️ Mengeratkan hubungan dalam komuniti

Program ini turut melibatkan kehadiran wakil organisasi dan ahli jawatankuasa sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan ini.

🔬 KEM KESEDARAN STEM TAHUN 2025
📅 15 Mei 2025
📍 Kompleks Rakan Muda Jawi, Nibong Tebal

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

👨‍🎓 Penyertaan:
➡️ 151 murid Tahun 6
➡️ 52 buah sekolah rendah
➡️ Melibatkan 5 daerah di Pulau Pinang

🧪 Aktiviti yang dijalankan:
✔️ Bengkel robotik
✔️ Teknologi dron
✔️ Explorace STEM

🌟 Impak program:
✔️ Meningkatkan minat terhadap teknologi
✔️ Memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal
✔️ Membuka minda murid tentang kerjaya masa depan

Program ini berjaya memberi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna kepada peserta.

💻 PENYERAHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR B40 USM
📅 31 Oktober 2025
📍 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar kategori B40 dalam memastikan mereka mempunyai kemudahan pembelajaran yang mencukupi.

🎓 Maklumat program:
➡️ 20 orang pelajar menerima sumbangan
➡️ Bantuan berupa komputer riba

📌 Objektif:
✔️ Meringankan beban kewangan pelajar
✔️ Menyokong keperluan pembelajaran digital
✔️ Meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Program ini mencerminkan komitmen Yayasan dalam menyokong pendidikan dan kebajikan pelajar.

🌟 KESIMPULAN

Kesemua program ini membuktikan bahawa Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam:

✔️ Membantu golongan memerlukan
✔️ Memperkasa pendidikan dan kemahiran
✔️ Membina masyarakat yang lebih sejahtera

🙏 Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan setiap program ini.

🚀 Diharapkan lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

❤️ “Bersama Membina Komuniti, Mencorak Masa Depan”







15/01/2026
📌 MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG KEPADA SK AYER MERAH KULIM KEDAHKamarul Ariffin A...
15/01/2026

📌 MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA YAYASAN KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG KEPADA SK AYER MERAH KULIM KEDAH
Kamarul Ariffin Abd Rashid Abu Seman Mat Karim Abdullah Fathinul Najib
💻 SK Ayer Merah, Kulim
📅 15 Januari 2026

Majlis Penyerahan Komputer Riba sumbangan Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang (YKNPP) kepada SK Ayer Merah, Kulim telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Januari 2026.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Abu Seman bin Mat Karim,
Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang, bagi mewakili pengerusi YKNPP iaitu YBhg. Dr Sazani bin Shafie.

Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Abu Seman menyeru semua pihak agar bersama-sama memacu kemajuan Malaysia selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau turut menegaskan bahawa segala perancangan dan dasar yang digariskan oleh kepimpinan negara wajar diberi perhatian serta sokongan oleh komuniti setempat.

Pemberian komputer riba ini merupakan sumbangan YKNPP kepada pihak sekolah dan diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, digunakan dengan penuh berhemah serta dioptimumkan penggunaannya bagi membantu pembelajaran dan pembangunan kemahiran digital para pelajar.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang, Guru Besar serta barisan pentadbir SK Ayer Merah, dan ibu bapa murid.

✨ Pendidikan Berkualiti, Pemacu Masa Depan Negara ✨









Selamat Hari Lahir En Azri Ishak,Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan usia dan kesempatan untuk t...
17/12/2025

Selamat Hari Lahir En Azri Ishak,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan usia dan kesempatan untuk terus bernaung di bawah rahmat-Nya. Sesungguhnya Allah berfirman:

“Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu, maka ia adalah daripada Allah.”
(Surah an-Nahl: 53)

Semoga pertambahan usia ini menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, serta diberkati setiap langkah kehidupan. Seperti sabda Rasulullah ﷺ:

“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi – Hadis Hasan Sahih)

Moga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang halal lagi berkat, ketenangan jiwa serta istiqamah dalam iman dan amal soleh. Semoga kehidupan ini sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang-Nya, dan dikurniakan husnul khatimah apabila tiba waktunya kelak.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲

🚀 CALLING ALL INNOVATORS & EDUCATORS!Ready to showcase your brightest ideas and groundbreaking research on an internatio...
09/12/2025

🚀 CALLING ALL INNOVATORS & EDUCATORS!
Ready to showcase your brightest ideas and groundbreaking research on an international stage?
iRiseCon 2026 is now calling for submissions!

🎓 International Conference on Research, Innovation, Sustainability & Education (iRiseCon) 2026

🗓 𝗗𝗮𝘁𝗲: 18 – 19 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝘁𝘂𝗿𝗱𝗮𝘆 & 𝗦𝘂𝗻𝗱𝗮𝘆)
📍 𝗩𝗲𝗻𝘂𝗲: 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗶, 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
🕹 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗠𝗼𝗱𝗲: 𝗛𝘆𝗯𝗿𝗶𝗱 (Physical & Online)

📅 Key Dates
Call for Paper: 15 Nov 2025
Abstract Deadline: 15 Jan 2026
Full Paper Deadline: 15 Feb 2026
Payment Deadline: 15 Feb 2026
Review & Correction Period: 1 Feb – 1 Apr 2026
Final Paper Submission: 10 Apr 2026
Conference Day: 18–19 Apr 2026

🧭 Disciplines
* TVET
* Engineering
* Digital Technology
* Green Sustainability
* Science & Mathematics
* Trade & Entrepreneurship
* Social Sciences & Humanities
* Logistics & Supply Chain Management

🌏 Conference Theme
"Inspiring Innovation, Connecting Continents"

💵 Registration Fee
MYR50 – MYR250
USD13 - USD65

🏆 Awards
* Best 3 Paper Awards
* Best Theme Presenter Awards

📚 Publication Opportunities
All accepted papers presented in iRiseCon 2026 will be peer-reviewed and published in the:
🔸 Scopus-Indexed Journals
🔸 Science & Technology Index (SINTA 1–2)
🔸 Science & Technology Index (SINTA 3–4)
🔸 Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Engineering and Technology (PMJET)
🔸 Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities (PMJSSH)
🔸 Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning (PKKJLLL)
🔸 iRiseCon e-Proceeding

Publication fees for Scopus-indexed journals and SINTA will be borne by the author(s). The accepted paper for journal publication is subject to the terms and conditions of the journals.

👥 Open To:
Students • Educators • Researchers • Industry Professionals

📩 Contact for Registration
* Dr. Letchumanan – [email protected]
* Hasnieza –[email protected]

Contact for Payment:
* Mr. Firdaus – [email protected]

🔗 Register Now
https://irisecon.com

*Organisers:*
Universitas Syiah Kuala (USK), Indonesia

*Co-organisers:*
▪️Research and Innovation Centre, Department of Polytechnic and Community College Education (DPCCE), Ministry of Higher Education, Malaysia
▪️ Politeknik Seberang Perai (PSP), Malaysia
▪️ Politeknik Balik Pulau (PBU), Malaysia
▪️ Universitas Muhammadiyah Aceh (Unmuha), Indonesia
▪️ Politeknik Negeri Lhokseumawe (PNL), Indonesia
▪️ Sekolah Tinggi Teknik Iskandar Thani (STTIT), Indonesia
▪️ Karamanoğlu Mehmetbey University (KMU), Türkiye.

✨ Don’t miss this opportunity to share your ideas, build global networks, and contribute to a better future through education and innovation!





📢 *Invitation to Participate in Mass CPR & AED 2025 – Penang State-Level Life-Saving Awareness Program*📅 *Date: 7 Dec 20...
26/11/2025

📢 *Invitation to Participate in Mass CPR & AED 2025 – Penang State-Level Life-Saving Awareness Program*

📅 *Date: 7 Dec 2025 (Sunday)*
🕗 Time: 8:00 AM – 8:00 PM
📍 Venue: USM – Dewan Tuanku Syed Putra
💰 Fee: FREE

Organised by Penang Heart Safe Society (PHSS) with co-organisers SJAM Penang, MRCS Penang & USM.

✨ Program Highlights:
✅ Hands-on CPR & AED training (1 hour/session)
✅ Learn more about Penang Heart Safe initiatives
✅ Guinness World Records & Malaysia Book of Records attempt
✅ Health campaign

📌 *Special for Schools:*

*Attending students will be awarded kokurikulum (Gerko) points by JPN.*
*Laerdal sponsorship: 3 CPR manikin sets to be awarded to 3 schools with the highest participants.*

📎 Attached: Official JPN Letter, Event Letter, Brochure & Group Registration Form.

👉 *School registration: Please submit via attached Group Registration Form.*
👉 Parents/Siblings/Public: Register online at https://howei.com/event_details/masscpraed2025

📲 I’m sending this message to all St. John teacher advisors. Hope teacher can kindly disseminate this info to the school management for further arrangement.

For any inquiries, kindly call/whatsapp: Jeff Yeong https://wa.me/60175825455.

We look forward to your school’s participation in this meaningful life-saving awareness program 🙏💓

Address

Seberang Jaya
Perai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Komuniti Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share