Casa Villa KOMITED Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Casa Villa KOMITED Malaysia Rumah Rawatan dan Pemulihan Dadah Lelaki Casa Villa - ditubuhkan untuk membantu mereka yang terbelenggu dengan permasalahan penagihan.

Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Satu sesi Lawatan dan Perkongsian Bersama Bro Aziz telah diadakan di Casa Villa KOMITED Malaysia sempena sambutan 27 Yea...
04/10/2026

Satu sesi Lawatan dan Perkongsian Bersama Bro Aziz telah diadakan di Casa Villa KOMITED Malaysia sempena sambutan 27 Years of Clean Time Bro Aziz, sebagai tanda penghargaan terhadap perjalanan kepulihan dan komitmen beliau dalam mengekalkan kehidupan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Dalam sesi tersebut, Bro Aziz turut berkongsi ilmu berkaitan Relapse Prevention: ACERs (Adverse Childhood Experiences) yang menyentuh tentang pengalaman dan peristiwa buruk yang berlaku semasa zaman kanak-kanak serta kesannya terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku seseorang.

Sesi perkongsian ini turut dihadiri oleh wakil-wakil shelter di bawah KOMITED Malaysia, sekali gus menjadi ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan sokongan dalam usaha memperkukuhkan proses perubahan dan pemulihan.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan sambutan 27 Years of Clean Time Bro Aziz melalui acara memotong kek sebagai simbolik meraikan perjalanan 27 tahun beliau kekal bersih daripada dadah serta menjadi inspirasi kepada individu lain yang sedang melalui proses kepulihan.

Program ini juga menjadi satu wadah dalam merapatkan ukhuwah dan mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan residen KOMITED Malaysia dan Kumpulan Sokong Bantu Satu Malaysia (KSBSM), di samping membina semangat setiakawan dan saling menyokong antara satu sama lain.

27 Years Clean. 27 Years Strong. One Day At A Time. 💪🏻✨
- ODAAT -

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



04/10/2026
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil diadakan pada setiap hari Khamis di Casa Villa, dan turut disertai oleh semua shelter di ...
02/10/2026

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil diadakan pada setiap hari Khamis di Casa Villa, dan turut disertai oleh semua shelter di bawah KOMITED Malaysia bersama-sama memeriahkan majlis.

Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk meningkatkan amalan kerohanian, malah menjadi platform untuk merapatkan ukhuwah, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penghuni dan warga KOMITED Malaysia.

Kekuatan rohani merupakan antara aspek penting dalam proses perubahan dan pemulihan, khususnya bagi individu yang sedang berusaha untuk keluar daripada masalah penagihan. Melalui pengisian agama dan sokongan komuniti, setiap individu diberikan ruang untuk membina kekuatan diri, memperbaiki kehidupan serta melangkah ke arah masa depan yang lebih baik.

Bersama membina kekuatan rohani, bersama melangkah menuju pemulihan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



PERJUMPAAN STATIK GROUPPerjumpaan Statik Group telah diadakan sebagai satu medium untuk membincangkan keadaan semasa res...
01/10/2026

PERJUMPAAN STATIK GROUP

Perjumpaan Statik Group telah diadakan sebagai satu medium untuk membincangkan keadaan semasa residen setelah menjalani program di Casa Villa. Sesi ini turut memberi ruang kepada residen untuk berkongsi masalah, cabaran serta perkara yang sedang dihadapi sepanjang proses kepulihan.

Dalam perjumpaan ini, setiap residen diberikan peluang untuk menyampaikan pendapat dan cadangan berkaitan kaedah yang sesuai bagi mengurangkan tekanan, mengurus emosi serta mengatasi perasaan rindu terhadap keluarga. Perkongsian secara terbuka ini dapat membantu residen saling memahami, memberi sokongan dan menguatkan semangat antara satu sama lain.

Perjumpaan Statik Group juga merupakan salah satu pendekatan sokongan emosi yang penting dalam membantu residen melalui proses perubahan dan pemulihan dengan lebih positif dan berterusan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



Sesi Terapi Mewarna “Your Inspirational Quotes” telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti santai dan kreatif bersama ...
30/09/2026

Sesi Terapi Mewarna “Your Inspirational Quotes” telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti santai dan kreatif bersama para residen di Casa Villa.

Mewarna merupakan antara terapi yang mudah dilakukan bagi membantu mengurangkan tekanan (stress), menenangkan fikiran serta memberi ruang kepada individu untuk berehat seketika daripada rutin dan aktiviti harian.

Walaupun keletihan setelah menjalani pelbagai aktiviti harian, para residen tetap tekun dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan mewarna masing-masing. Aktiviti ringkas ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut memberi peluang kepada residen untuk mengekspresikan kreativiti, emosi dan diri mereka melalui pemilihan warna serta hasil karya masing-masing.

Pemilihan warna dan cara setiap individu menghasilkan karya secara umum boleh menjadi salah satu ruang untuk mengenali diri, memahami kecenderungan serta memberi perhatian kepada keadaan minda dan emosi.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



Sambutan Majlis Hari Lahir Residen telah diadakan di Casa Villa pada hari ini bagi meraikan hari lahir dua orang residen...
27/09/2026

Sambutan Majlis Hari Lahir Residen telah diadakan di Casa Villa pada hari ini bagi meraikan hari lahir dua orang residen. Majlis berlangsung dalam suasana penuh ceria dan meriah dengan acara memotong kek serta jamuan makan malam yang telah diinfaqkan oleh keluarga masing-masing.

Penganjuran majlis sebegini bukan sahaja menjadi ruang untuk meraikan hari istimewa para residen, malah turut membantu mengubat kerinduan mereka terhadap keluarga serta mengeratkan hubungan dan ukhuwah sesama residen di Casa Villa.

Di samping itu, penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti bersama residen turut menjadi salah satu elemen penting dalam integrasi sosial yang menyokong proses kepulihan. Sokongan, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang berterusan dapat memberikan semangat serta motivasi kepada residen untuk terus berusaha dalam perjalanan perubahan dan pemulihan.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



Majlis Sambutan Hari Lahir Residen telah diadakan di Casa Villa DIC KOMITED Malaysia sebagai salah satu pengisian aktivi...
24/09/2026

Majlis Sambutan Hari Lahir Residen telah diadakan di Casa Villa DIC KOMITED Malaysia sebagai salah satu pengisian aktiviti yang bertujuan mewujudkan suasana kekeluargaan dan keceriaan dalam kalangan residen.

Majlis ini dimeriahkan dengan sajian kek hari jadi, mi goreng kerang dan minuman Sunquick ais yang disediakan oleh pihak pengurusan serta diinfaqkan oleh keluarga residen sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap proses pemulihan.

Keceriaan yang tercipta melalui sambutan ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan residen terhadap ahli keluarga di rumah, serta memberikan sokongan emosi dan motivasi kepada mereka untuk terus menjalani proses perubahan dengan lebih positif.

Hubungan kekeluargaan, sokongan sosial dan suasana persekitaran yang positif merupakan antara elemen penting proses kepulihan. Insyaallah.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172



Aktiviti Petang – Senaman dan Sukan Residen Casa VillaAktiviti Senaman dan Sukan Petang merupakan antara aktiviti rutin ...
24/09/2026

Aktiviti Petang – Senaman dan Sukan Residen Casa Villa

Aktiviti Senaman dan Sukan Petang merupakan antara aktiviti rutin yang dilaksanakan di Casa Villa DIC KOMITED Malaysia bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental dalam kalangan residen.
Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan dan stamina residen, malah menjadi salah satu medium untuk membentuk disiplin, kerjasama, semangat berpasukan dan hubungan sosial yang positif. Pengisian masa lapang dengan aktiviti yang sihat turut membantu residen membina rutin harian yang lebih teratur serta menyokong proses perubahan dan pemulihan.






Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172




Pembelian Bulanan Barangan Hygiene & Pakaian Asas Residen Casa Villa bersama Statik Group 🧼👕Pembelian barangan keperluan...
21/09/2026

Pembelian Bulanan Barangan Hygiene & Pakaian Asas Residen Casa Villa bersama Statik Group 🧼👕
Pembelian barangan keperluan kebersihan diri (hygiene) dan pakaian asas bagi kegunaan harian residen di Casa Villa sebagai sebahagian daripada usaha pihak pengurusan di Casa Villa KOMITED.Malaysia.Official dalam menjaga kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan residen sepanjang menjalani program pemulihan.
Semoga penyediaan keperluan asas ini dapat membantu membentuk disiplin, kekemasan, keyakinan diri serta gaya hidup yang lebih sihat






Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172




Malam Lorong Wong Ah Jang – Majlis Berselawat 2026 telah diadakan pada 19 September 2026, dengan penyertaan seramai 50 o...
20/09/2026

Malam Lorong Wong Ah Jang – Majlis Berselawat 2026 telah diadakan pada 19 September 2026, dengan penyertaan seramai 50 orang residen Casa Villa bersama residen daripada shelter lain di bawah KOMITED Malaysia.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada peranan Casa Villa dan KOMITED Malaysia sebagai rakan strategik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam menjayakan program kemasyarakatan yang berteraskan penghayatan Islam dan pengukuhan hubungan sosial.

Kehadiran para residen turut memeriahkan suasana penuh mahabbah menerusi alunan selawat, tausiah dan qasidah, di samping menyemarakkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW serta mengeratkan ukhuwah antara residen, pengurusan dan masyarakat setempat.

Penglibatan dalam program sebegini juga menjadi platform penting dalam membina keyakinan diri, kemahiran bersosial dan rasa tanggungjawab dalam kalangan residen. Integrasi sosial merupakan salah satu daripada 10 komponen kepulihan, yang membantu residen membina semula hubungan positif dengan masyarakat serta mempersiapkan diri untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan bermakna.

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai program rawatan dan pemulihan.
☎️ 09-534 1172
☎️ 019-543 1172




Address

Lorong Permatang Limau Kg. Sg. Soi
Penor
26060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Casa Villa KOMITED Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Casa Villa KOMITED Malaysia:

Shortcuts

Share