Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al Kauthar Muqarrabin

Call Directions Website Contact the organization

Rumah kebajikan ini berdaftar dengan JKM merupakan pusat jagaan bagi anak-anak yatim dan asnaf serta anak gelandangan bertujuan bagi menjaga kebajikan dan pendidikan agar kehidupan lebih terjamin.

14/10/2026

Assalamualaikum,
Salam Ramadan Al Mubarak,

PROJEK PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF PERMATA AL KAUTHAR MUQARRABIN

Mohon maaf sekiranya catatan ini mengganggu ketenteraman hidup anda.

Rumah Permata Al Kauthar Muqarrabin ini bermula sejak tahun 2015 bertempat di No. 1 Lorong 41 Taman Berjaya Permai Kuantan. Rumah ini diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang No. Pendaftaran ROS: PPM-012-06-16062015 dan berdaftar dengan JKM No. Perakuan C/PJB KK 009/2018. Projek ini di bawah Kluster Pembangunan Komuniti MRA Pahang.

Rumah ini telah beroperasi hampir 10 tahun, tahun ini kami akan memulakan pembinaan rumah baru di atas sebidang tanah yang diwakafkan bertempat di Lot 49670 Pinggiran Putra, Mukim Kuala Kuantan 1.

kami ingin memohon orang ramai untuk berkongsi rezeki bagi menjayakan pembinaan projek ini. Anggaran kos pembinaan awal fasa 1 sebanyak RM400,000.00

1.⁠ ⁠Batu bata RM 50,000.00
2.⁠ ⁠Simen RM 70,000.00
3.⁠ ⁠Besi RM 50,000.00
4.⁠ ⁠Kayu Kayan RM 30,000.00
5.⁠ ⁠Mozaik/Jubin RM 40,000.00
6.⁠ ⁠Elektrikal RM 40,000.00
7.⁠ ⁠Perabot RM 30,000.00
8.⁠ ⁠Tambun Tanah RM 40,000.00
9.⁠ ⁠Kebenaran Merancang RM 50,000.00

Sumbangan secara online sila klik ;

1.⁠ ⁠Payment Gateway : https://toyyibpay.com/Tabung-Infaq-Dana-Pembinaan

Sumbangan tetap bulanan (Direct Debit)

https://infaqpay.my/go/pertubuhankebajikansahabatmuqarrabin

No Akaun
Bank Islam 06019010105367
Maybank 556011096804
(Atas nama Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang)

Sumbangan melebih RM200.00 layak mendapat potongan cukai pendapatan LHDN .01/35/42/51/179-6.7107 dengan sumbangan ke Akaun Maybank 5560 1109 4202 atas nama Malaysian Relief Agency Pahang kerana projek ini di bawah Kluster Pembangunan Komuniti Asnaf MRA.
Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi;

Br. Mahadi (Ayah Dee) - 0134897703 (Pengurus)
Br. Rizal - 01132628484
Sdr. Firdaus - 0111 944 3892
Pn. Suzana - 0122215896
Dr. Nor Ilyani - 0134807703
Nan Manja - 0172929884
Ust. Arif - 013 975 4248 -

Firman Allah swt
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (infaq) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah,Ayat:261)

DIBENARKAN UNTUK SEBARAN UMUM

Ikhlas dari:
Mahadi bin Hj. Deraman (Ayah Dee)
Pengurus
Rumah Permata Al Kauthar Muqarrabin

🌿 JOM INFAQ JUMAAT | BERKONGSI REZEKI, MENYANTUNI MEREKA 🌿Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Sayyidul Ayyam — pengh...
09/10/2026

🌿 JOM INFAQ JUMAAT | BERKONGSI REZEKI, MENYANTUNI MEREKA 🌿

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Sayyidul Ayyam — penghulu segala hari. Hari Jumaat adalah peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan amal kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 🤲🏻

Ayuh bersama-sama menyantuni anak-anak yatim & asnaf Permata Al Kauthar. Sumbangan anda membantu kami meneruskan keperluan harian, makan minum, pendidikan serta kebajikan mereka.

Tidak perlu menunggu banyak untuk memberi. Sedikit daripada kita, mungkin sangat besar ertinya buat mereka. ❤️

💚 Hulurkan Infaq Jumaat anda melalui akaun bank atau QR Code yang tertera di poster atau boleh terus klik link di bawah

⛓️‍💥https://linktr.ee/permataalkautharmuqarrabin?utm_source=linktree_profile_share<sid=ef22f8e8-f97e-453c-a7c0-5e2e0dab6338

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab rezeki yang diberkati, urusan dipermudahkan, keluarga dilindungi serta pahala yang terus mengalir.

🤲 Ya Allah, terimalah setiap infaq para penyumbang, berkati rezeki mereka dan jadikanlah ia bekalan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

SETIAP INFAQ ANDA, HARAPAN MEREKA. 🌱

Jazakumullahu khairan kathira.
Mohon bantu kongsi hebahan ini agar lebih ramai dapat bersama-sama berbuat kebaikan. 🤍

Assalamualaikum Wbt🌹✨ “Budi Dihulur, Kasih Disemai” ✨Marilah kita bersama menabur kasih dan kebaikan dengan membantu Rum...
29/09/2026

Assalamualaikum Wbt🌹

✨ “Budi Dihulur, Kasih Disemai” ✨

Marilah kita bersama menabur kasih dan kebaikan dengan membantu Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al Kauthar Muqarrabin, di bawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang.

🌸 Sabda Rasulullah ﷺ:
“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta.”
(Riwayat Muslim)

Setiap infaq anda, walau sedikit, amat bermakna dalam menampung keperluan anak-anak yatim dan asnaf ini 💖

Semoga menjadi saham akhirat yang berkekalan, insya-Allah 🤲🏼

💳 Saluran Sumbangan:
🏦 Maybank – 5560 1109 6804
🏦 Bank Islam – 0601 9010 1053 67
🏦 RHB Islamic – 2560 1700 0618 61
🏦 Bank Rakyat – 1101 9253 92

📱 Infaq Mudah:
Imbas QR di poster melalui DuitNow, ToyyibPay, Boost, atau Touch ‘n Go eWallet
Atau gunakan JomPAY
(Biller Code: 850164 | Ref: Anak Yatim Asnaf)

📞 En. Mahadi (Ayah Dee): 013-489 7703

🌷 Semoga Allah memberkati rezeki para penyumbang dan mengganjari kalian dengan pahala yang berlipat ganda.

SahabatMuqarrabin Kebajikan PahalaJariah

🌿PERMATA AL-KAUTHAR MUQARRABIN DI BERNAMA! 🌿Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak Rumah...
16/09/2026

🌿PERMATA AL-KAUTHAR MUQARRABIN DI BERNAMA! 🌿

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak Rumah Anak Yatim dan Asnaf Permata Al-Kauthar Muqarrabin. ❤️

Aktiviti anak-anak kami menerusi projek KITAKOMPOS yang dilaksanakan bersama pasukan penyelidik Kulliyyah Farmasi dan Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini mendapat perhatian dan dikongsikan menerusi artikel BERNAMA – Tinta Minda.

Lebih membanggakan, Permata Al-Kauthar Muqarrabin telah dijadikan model pengurusan sisa dalam projek ini. 🌱

Melalui KITAKOMPOS, anak-anak bukan sahaja belajar bagaimana sisa dapur boleh ditukar menjadi kompos, malah mereka turut didedahkan dengan kemahiran pengasingan sisa, reka bentuk produk, penggunaan teknologi digital, komunikasi, pemasaran dan asas keusahawanan.

Daripada sisa yang dianggap tidak berguna, lahirlah Kompos H.I.J.A.U — satu hasil usaha yang membawa bersama ilmu, pengalaman dan keyakinan diri buat anak-anak kami. 💚

Bagi kami, pencapaian sebenar bukan sekadar apabila nama rumah ini disebut dalam media, tetapi apabila anak-anak diberikan ruang untuk belajar, mencuba, berkarya dan melihat bahawa mereka juga mampu menghasilkan sesuatu yang bernilai.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan penyelidik UIAM khususnya kepada seluruh pasukan KITAKOMPOS atas ilmu, bimbingan serta peluang yang diberikan kepada anak-anak Permata Al-Kauthar Muqarrabin.

Semoga usaha kecil ini terus berkembang dan menjadi inspirasi bahawa pendidikan anak-anak boleh berlaku di mana-mana — bukan hanya di dalam bilik darjah. 🤲🏻🌱

Daripada sisa kepada kompos, daripada kompos kepada produk, dan daripada pengalaman kepada sebuah masa depan.

Tahniah anak-anak Permata Al-Kauthar Muqarrabin! ❤️

📖 Baca artikel penuh BERNAMA di sini:
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2605105 — BERNAMA Tinta Minda






AnakYatimDanAsnaf
KelestarianAlam
PendidikanAnakAnak

🤲 SUMBANGAN BAHAN MENTAH UNTUK RUMAH ANAK YATIM & ASNAFPERMATA AL KAUTHAR MUQARRABINAssalamualaikum warahmatullahi wabar...
07/09/2026

🤲 SUMBANGAN BAHAN MENTAH UNTUK RUMAH ANAK YATIM & ASNAF
PERMATA AL KAUTHAR MUQARRABIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama-sama menyumbang bagi menyediakan keperluan bahan mentah dan makanan harian anak-anak yatim serta asnaf di Permata Al Kauthar Muqarrabin.

Allah SWT berfirman:

وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ ٱللَّهِ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

“Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, maka pahalanya adalah untuk kamu sendiri… Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dizalimi.”

(Surah al-Baqarah: 272)

🌾 Sumbangan anda akan membantu menyediakan keperluan seperti beras, ayam, ikan, sayur-sayuran, minyak masak, telur dan pelbagai bahan makanan harian untuk anak-anak di bawah jagaan kami.

💳 Maybank: 556011096804
Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Sahabat Muqarrabin

📱 Sumbangan juga boleh dibuat melalui QR Code yang tertera pada poster atau boleh terus tekan link di bawah. Untuk sumbangan dan pertanyaan lanjut.

https://linktr.ee/permataalkautharmuqarrabin?utm_source=linktree_profile_share<sid=ef22f8e8-f97e-453c-a7c0-5e2e0dab6338

Walaupun sedikit nilainya, besar ertinya dalam membantu menyediakan keperluan harian mereka. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi amal jariah, asbab keberkatan rezeki dan pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Jom bersama kita berkongsi rezeki dan menggembirakan anak-anak yatim & asnaf. ❤️

📞 013-489 7703
📍 Taman Berjaya Permai, Kuantan

Mohon bantu SHARE hebahan ini.
Mungkin sumbangan itu datang daripada seseorang yang melihat perkongsian kita. 🤲

Assalamualaikum Wbt🌹✨ “Budi Dihulur, Kasih Disemai” ✨Marilah kita bersama menabur kasih dan kebaikan dengan membantu Rum...
06/09/2026

Assalamualaikum Wbt🌹

✨ “Budi Dihulur, Kasih Disemai” ✨

Marilah kita bersama menabur kasih dan kebaikan dengan membantu Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al Kauthar Muqarrabin, di bawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang.

🌸 Sabda Rasulullah ﷺ:
“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta.”
(Riwayat Muslim)

Setiap infaq anda, walau sedikit, amat bermakna dalam menampung keperluan anak-anak yatim dan asnaf ini 💖

Semoga menjadi saham akhirat yang berkekalan, insya-Allah 🤲🏼

💳 Saluran Sumbangan:
🏦 Maybank – 5560 1109 6804
🏦 Bank Islam – 0601 9010 1053 67
🏦 RHB Islamic – 2560 1700 0618 61
🏦 Bank Rakyat – 1101 9253 92

📱 Infaq Mudah:
Imbas QR di poster melalui DuitNow, ToyyibPay, Boost, atau Touch ‘n Go eWallet
Atau gunakan JomPAY
(Biller Code: 850164 | Ref: Anak Yatim Asnaf)

📞 En. Mahadi (Ayah Dee): 013-489 7703

🌷 Semoga Allah memberkati rezeki para penyumbang dan mengganjari kalian dengan pahala yang berlipat ganda.

Address

Taman Berjaya Permai, Kuantan
Penor
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al Kauthar Muqarrabin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Anak Yatim & Asnaf Permata Al Kauthar Muqarrabin:

Shortcuts

Share