Ameerah Pengkalan kubor

Ameerah Pengkalan kubor Anda perempuan muda? seorang yang aktif? Berumur 15-40 tahun? Jika YA, sertai join kami Ameerah PK

12/05/2026
30/04/2026

FESTIVAL MUZIK AIR : ANTARA KEUNTUNGAN EKONOMI DAN KERUNTUHAN SOSIAL

1. Ameerah Kelantan mengambil maklum akan penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Bukit Bintang. Ameerah Kelantan ingin menegaskan bahawa penganjuran festival begini akan memberi dampak negatif yang banyak terutamanya kepada struktur sosial dan norma bangsa Malaysia.

2. Walaupun begitu, MOTAC dalam kenyataan mereka mengatakan bahawa festival ini diadakan untuk menarik pelancong sejajar dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Hari Pekerja Pelancongan pada 1 Mei.

3. Namun begitu, pelaksanaan festival ini turut mendatangkan keresahan kepada warga ibu kota apabila turut menyebabkan jalan-jalan utama khususnya di sekitar Bukit Bintang ditutup bermula 22 April sehingga 2 Mei.

Selain itu, festival ini juga dibimbangi akan dicemari dengan aktiviti maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, minuman arak sehingga memabukkan, penggunaan dadah, seks bebas dan pencemaran alam sekitar dan bunyi daripada muzik yang kuat.

Contohnya, pihak polis mendedahkan terdapat 4 pengunjung konsert Pinkfish yang dianjurkan di Bandar Sunway terlibat dengan dadah ecstacy hingga meragut nyawa mereka pada awal tahun ini.

Ini adalah salah satu contoh bahawa penganjuran konsert membawa kesan buruk kepada masyarakat dan kesihatan.

4. Lebih membimbangkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hannah Yeoh turut mengumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kadar deposit cagaran bagi pelbagai aktiviti seni tempatan dan antarabangsa sebagai tanda sokongan kepada kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 bermula 1 Mei ini. Alasan "untuk menggalakkan penganjuran" oleh YB Menteri dan pengumuman dalam sesi parlimen tentang penghasilan ekonomi yang mencapai ratusan juta ringgit hasil daripada konsert Coldplay terdahulu seolah-olah mahu menunjukkan bahawa konsert merupakan salah satu faktor ekonomi berimpak tinggi kepada negara.

Namun hakikatnya, pulangan tinggi ini mempunyai kesan jangka masa panjang dan dibayar dengan keruntuhan sosial berterusan kepada rakyat Malaysia khususnya warga ibu kota yang turut menerima tempiasnya.

5. Lebih menyedihkan, tahukah anda bahawa tahun ini sahaja, terdapat banyak lagi konsert yang melibatkan penyanyi antarabangsa seperti Post Malone, 5 Seconds of Summer, Jason Mraz, My Chemical Romance yang akan membuat persembahan di Malaysia? Kemasukan ahli muzik asing ini bukan sahaja akan membawa budaya asing, bahkan merugikan pemuzik tempatan dan lebih meminggirkan mereka daripada berkarya dan membawa nilai norma bangsa Malaysia.

6. Justeru itu, Ameerah Kelantan dengan tegas membantah penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave ini dan sebarang bentuk konsert seumpamanya yang jelas membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat kepada masyarakat.

Bantahan ini bukan bersifat retorik semata-mata, tetapi berasaskan realiti kes-kes terdahulu yang membuktikan wujudnya penyalahgunaan dadah, keruntuhan akhlak serta gangguan kesejahteraan awam setiap kali acara hiburan berskala besar dianjurkan tanpa kawalan yang ketat.

7. Sejarah telah membuktikan bahawa penganjuran festival hiburan berskala besar bukan sahaja berisiko, bahkan pernah dibatalkan oleh pihak berkuasa sendiri akibat tekanan awam dan isu keselamatan, seperti yang berlaku dalam Good Vibes Festival 2023 dan Future Music Festival Asia 2014.

Ini menunjukkan bahawa tindakan tegas termasuk pembatalan lesen bukanlah sesuatu yang mustahil, sebaliknya satu langkah wajar demi menjaga kepentingan masyarakat.

Sehubungan itu, Ameerah Kelantan menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak berkuasa berkaitan, untuk menilai semula kelulusan yang telah diberikan, termasuk mempertimbangkan pembatalan lesen penganjuran sekiranya didapati berisiko tinggi terhadap keselamatan dan kesejahteraan sosial.

Selain itu, satu garis panduan yang lebih tegas dan berteraskan nilai budaya serta norma tempatan perlu diwujudkan bagi memastikan sebarang aktiviti pelancongan yang dibuat tidak akan mengorbankan jati diri dan keseimbangan sosial masyarakat Malaysia.

Akhirnya, ingatlah kita akan firman Allah SWT yang menegur manusia yang sering melakukan kerosakan di dunia :

{ ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ }
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

[Surah Ar-Rūm: 41]




13/04/2026
05/04/2026
31/03/2026

📢 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗥!

Duduk sekitar Selangor?
Jom meriahkan Aidilfitri dengan aktiviti santai bersama family & kawan-kawan! 🥳

🎳𝗕𝗢𝗪𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡
Anjuran Ameerah Kawasan Tumpat

📅 𝟭𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
🕒 𝟭𝟬.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟮.𝟬𝟬 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 𝗔𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗼𝗶𝗻𝘁

💥 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗝𝗢𝗜𝗡?
✨ Rapatkan silaturrahim sesama Anak Tumpat
✨ Luang masa berkualiti dengan family
✨ Santai, fun & penuh kenangan!

📝 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡
✔ Anak Tumpat di perantauan
✔ Pendaftaran PERCUMA 🎉
✔ Lelaki / Perempuan / Berkeluarga (tiada had umur)
✔ Terhad 20 kumpulan sahaja!
✔ 1 kumpulan = 4 orang

❗ Tak cukup ahli?
Jangan risau, daftar je dulu!
Pihak penganjur akan bantu padankan peserta melalui group WhatsApp 👍

📲 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚!
https://forms.gle/fh69vuMAhAXk6uR18

📞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡
[Efa]
https://wa.me/60129635377
[Ara]
https://wa.me/60145367905

🔥 Slot 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗! Cepat sebelum penuh!
Bawa family & kawan, jom kita bowling sama-sama 🎳💖
Jumpa anda di sana! 🌹

20/03/2026

Gema takbir kini memecah hening malam, menandakan selesainya sebuah fasa tarbiyah di Madrasah Ramadan.

Aidilfitri bukan sekadar tentang persalinan baru atau juadah yang terhidang. Aidilfitri adalah tentang hati-hati yang menang. Hati yang berjaya tunduk pada perintah-Nya, yang sabar menahan lapar, dan yang rindu pada rahmat-Nya sepanjang sebulan yang lalu.

Kita rayakan kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan rendah diri. Moga setiap sujud kita, setiap ayat al-Quran yang dibaca, dan setiap sedekah yang dihulur, menjadi saham yang memberatkan timbangan kita di akhirat kelak.

Buat seluruh warga Tumpat dan semua yang mengikuti kembara doa kami sepanjang Ramadan ini :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ، وَكُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
(Taqabbalallahu minna wa minkum salihal a'mal, wa kullu 'amin wa antum bikhair)
"Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu amalan-amalan yang soleh, dan semoga setiap tahun anda berada dalam kebaikan."

Ikhlas daripada kami, Ameerah Tumpat

18/03/2026
🌙🌟🅘🅕🅣🅐🅡 & 🅜🅞🅡🅔🅗🌙🌟*𝙼𝙰𝙷𝙰𝚂𝙸𝚂𝚆𝙰 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝚈𝙱 𝙴𝚇𝙲𝙾 𝙿𝙴𝙽𝙳𝙸𝙳𝙸𝙺𝙰𝙽*Assalamualaikum & Salam Ramadan semua! ✨Istimewa untuk *Mahasiswa...
15/03/2026

🌙🌟🅘🅕🅣🅐🅡 & 🅜🅞🅡🅔🅗🌙🌟
*𝙼𝙰𝙷𝙰𝚂𝙸𝚂𝚆𝙰 𝙱𝙴𝚁𝚂𝙰𝙼𝙰 𝚈𝙱 𝙴𝚇𝙲𝙾 𝙿𝙴𝙽𝙳𝙸𝙳𝙸𝙺𝙰𝙽*

Assalamualaikum & Salam Ramadan semua! ✨

Istimewa untuk *Mahasiswa & Mahasiswi Pengkalan Kubor*✨⭐️

Jom luangkan masa berbuka puasa dalam suasana santai bersama rakan-rakan mahasiswa serta YB EXCO Pendidikan.

Bukan sekadar iftar, tetapi ruang untuk kita bersembang, berkongsi pandangan dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa.

Menariknya program ini turut diisi dengan :

🎁 Hadiah Cabutan Bertuah
🕌 Solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
🍽 Nikmati juadah berbuka & make colek bersama
🗣 Sesi santai bersama YB Dato' EXCO Pendidikan
🤝 Tambah kenalan & jaringan mahasiswa
🌙 Menghidupkan Ramadan dengan kebersamaan

📅 *Tarikh*: 17 Mac 2026 (Selasa)
⏰ *Masa*: 6.00 Petang
📍 *Tempat*: Perkarangan Dewan Terbuka Pantai Sri Tujoh

📌Sila tekan link dibawah untuk pendaftaran 👇
https://forms.gle/M5oHS1bPBYKcWAa36

✨ Mahasiswa dijemput hadir memeriahkan majlis.
Datang berbuka, bawa kawan-kawan sekali!
“Ramadan dirai, mahasiswa disatukan.” 🤍

Address

Pengkalan Kubor
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Pengkalan kubor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Pengkalan kubor:

Share