Psscm Kelas Latihan UMK

Psscm Kelas Latihan UMK Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kelantan (Kelas Latihan UMK)

22/02/2026
22/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini mendidik jiwa dengan sabar, menguatkan disiplin diri serta memperteguh ukhuwah dalam perjuangan.

Hayatilah Ramadhan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.





Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Dekan Fak...
01/01/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) 🎓✨

1. Siti Nur Sakinah Syahindah Binti Mohd
(Setiausaha PSSCM Kelas Latihan UMK)

2. Nurin Asyikin Binti Kamaruzaman
(Bendahari PSSCM Kelas Latihan UMK)

3. Zulaika Binti Abdullah
(Ketua Penerangan PSSCM Kelas Latihan UMK)

Pencapaian ini merupakan bukti usaha, komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang pengajian. Walaupun aktif dalam persatuan Silat Cekak, penglibatan tersebut tidak menjadi halangan untuk terus mencapai kecemerlangan akademik, malah membentuk jati diri, kepimpinan dan semangat juang yang tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, berani mencabar diri dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain. Tahniah sekali lagi dan semoga terus cemerlang pada masa hadapan 🌟





Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.✨ Demonstrasi PSSCM Sempena Majlis Penerangan dan Pengambilan Ahli Baharu PSSCM ...
10/10/2025

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

✨ Demonstrasi PSSCM Sempena Majlis Penerangan dan Pengambilan Ahli Baharu PSSCM UMK Sesi 2025/2026 ✨

Alhamdulillah, demonstrasi Silat Cekak sempena Majlis Penerangan dan Pengambilan Ahli Baharu (PAB) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya selama empat hari, bermula pada Ahad, 5 Oktober 2025 hingga Rabu, 8 Oktober 2025.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Skuad Demonstrasi daripada PSSCM Cawangan Kelantan, tenaga-tenaga pengajar PSSCMCK serta seluruh ahli PSSCM UMK yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Demonstrasi ini bukan sahaja memperlihatkan keindahan seni mempertahankan diri warisan Melayu, malah turut menyemarakkan semangat cintakan budaya dan memartabatkan Silat Cekak sebagai wadah pembentukan jati diri mahasiswa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

"Silat Diraja Bangsa Berdaulat"
"Silat Tonggak Jati diri Bangsa"





01/10/2025
01/10/2025

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke - 56

“𝔖𝔢𝔪𝔬𝔤𝔞 𝔄𝔩𝔩𝔞𝔥 𝔐𝔢𝔩𝔦𝔫𝔡𝔲𝔫𝔤𝔦 𝔗𝔲𝔞𝔫𝔨𝔲 𝔇𝔲𝔫𝔦𝔞 & 𝔄𝔨𝔥𝔦𝔯𝔞𝔱”

01/10/2025

Address

Pengkalan Chepa
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Psscm Kelas Latihan UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Psscm Kelas Latihan UMK:

Share