Selaras dengan Pelancaran Program Transformasi Luar Bandar (RTP), kerajaan telah melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai mekanisme untuk mengoptimumkan potensi luar bandar dan menjana pertumbuhan ekonomi luar bandar. RTC berfungsi sebagai pusat pembekalan agro-makanan dan agri-bisnes yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna seluruh negara dan untuk memperhebatkan rangkaian pem
asaran produk desa. Dalam usaha kerajaan untuk mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing, Kerajaan telah menaik taraf MID di seluruh negara menjadi Mini RTC secara berperingkat. Bermula dari tahun 2012 sebanyak 77 buah Mini RTC dinaik taraf dan pada tahun 2013, keseluruhan baki MID akan menjalani proses berkenaan. Menyedari kepentingan Mini RTC dalam usaha mentransformasi masyarakat luar bandar, ia telah menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat National Strategic Executive Summit (NSES) secara mingguan dan pelaporannya di bawah agenda NBOS 5: ‘Converting MID into Mini RTC’ dan NBOS 8: Mini RTC Fasa 2. Menerusi transformasi Mini RTC, fungsi Mini RTC menjadi lebih meluas dan tidak terhad sepertimana MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT yang melaksanakan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi/jabatan berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS 5 dan NBOS 8). Langkah menaik taraf MID kepada Mini RTC juga akan memperluaskan skop, peranan dan fungsi Pengurus sedia ada. Fokus kini tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi / jabatan / swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi ini dijalankan dengan memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai kementerian yang terlibat bagi mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam tempoh yang singkat (quick win). Secara umumnya inisiatif mentransformasikan MID kepada Mini RTC adalah bertujuan:
Untuk berperanan sebagai penghubung masyarakat luar bandar dalam komuniti yang kecil dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda;
Menjadi penyumbang kepada kelancaran program transformasi yang di laksanakan di RTC dan UTC; dan
Melaksanakan 9 Inisiatif Mini RTC pada skala yang lebih kecil. Dengan moto Mini RTC ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’, adalah menjadi hasrat kerajaan agar masyarakat luar bandar menjadi lebih berdaya maju dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan mereka. KESIMPULAN
Sehubungan itu, Mini RTC akan dijadikan platform untuk memperluaskan pemasaran produk keluaran masyarakat luar bandar ke pasaran yang lebih luas termasuk pasaran di RTC dan UTC selain daripada kawasan persekitaran. Ia sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi kehidupan, meningkatkan pendapatan, menghapus kemiskinan tegar dan seterusnya mengurangkan kemiskinan secara keseluruhan
Initiatif Mini RTC ini diharap dapat membawa lebih banyak kesejahteraan dan peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar, menggandakan pertumbuhan kawasan melalui aktiviti dan rantaian bernilai tinggi serta mencipta peluang baru yang dapat meningkatkan lagi ekonomi golongan masyarakat luar bandar. THE 9 INITIATIVES OF MINI RTCs
Skills Training
1Malaysia Information Kiosks
High-Value Agriculture
Agro-Food Products Processing
Agricultural Produce Supply Chain Management
University Cooperation
1Malaysia Health Services
Financial Facilities
Agro Tourism (Melaka)